Resepi Puasa ke - 11

cak cak cak....eh napa dgn Qief ni hahahahh tetiba plk....u guys hari ni plan nak berbuka juadah apa erk? either beli kat bazar or masak sendiri.....this time en3 Qief nak bagi skit resepi berbuka kepada penggemar bubur lambuk hehehhe.....






Ingredients

1 cawan beras
150 ml air
200g. daging cincang
1 cm halia - dimayang halus
1 lobak merah sederhana besar - dadu kecil
1 biji ubi kentang sederhana besar - dadu kecil
segenggan kacang tanah
1 biji bawang besar - potong ikut suka
2 ulas bawang putih - hiris halus
lada hitam - ikut kepedasan yang digemari
garam - jangan sampai TERmasin plak
bunga lawang,kayu manis,buah pelaga
kiub pati ayam
santan dari setengah biji kelapa (kenari tak letak pun!)
2 sudu besar minyak.
daun sup dan daun bawang dimayang halus



Directions

  1. 1. Basuh beras dan jerang dengan 150ml air.Masukkan bunga lawang,kayu manis,buah pelaga, dan halia juga garam.

  2. 2. Bila mendidih masukkan pula ubi kentang, lobak merah dan kacang tanah.Masak diatas api yang perlahan sehingga lembut dan pekat, sambil dikacau selalu.(tambah air jika perlu)

  3. 3. layukan daging cincang kedalam kuali tanpa minyak, kacau dan leraikan daging hingga agak garing,kemudian masukkan kedalam bubur nasi tadi.

  4. 4. Panaskan minyak, goreng bawang dan bawang putih hingga kekuningan dan agak garing.selepas itu tuangkan bersama minyak sekali ke dalam periuk nasi tadi..kacau rata2.

  5. 5. Tambahkan bubur lambuk dengan kiub pati ayam dan santan juga serbuk lada.

  6. 6. taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup sebelum dihidang.....



salam resepi
Photobucket

P/S = dan bermacam lagi juadah dan masakan yang Qief nak share dgn uguysss semua....

6 comments :

suezensuzanna said...

qief!!!!!!!!!!! sedapnyerrrrr

QieFLy si Dolce said...

suezensuzanna >>>

harap anda bersabar erk hahahhah

azli said...

Salam kami terjah kembali http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
aku tengah salin resepi ko ni.. tapi banyak sangat lah bahan-bahan yang ko bubuh tu..tapi sedapkan.. tak pe esok aku buat pasal nya masak bubur ni senag tak payah lah nak masaak brjenis2 lauk sampingan lain..aku org bujang aku malas nak kluar klu dah balik kerja aku terus lepak kat umah je time posa..aku malas nak gi bazar pasal aku pening nak beli ape..pastu aku dok berjiran ngan jiran yang selalu sangat bagi makanan kat umah aku.. dah banyak pinggan nak pulangkan kena ada isi.. bagi buburlah esok..aku try ye

QieFLy si Dolce said...

azli >>>>

hahahaha hidup berjiran mmg mcm tu....

||| PöJìé PööH ||| said...

shedapnyerr!!!!
tp nih resepi nih end up kat dapur umah kamu kerr hujung² bli kat bazaar jugak??
huhuh..

QieFLy si Dolce said...

||| PöJìé PööH ||| >>>

hahhahaha pojie agak????