Jun 25, 2011

Kegigihan untuk membeli Guinea Pig di Sg Buaya Banting



comel tak :)

hari ni lebih kurang dalam pukul 5 kita orang gerak dari rumah cheras shot ke Sg Buaya Banting semata2 nak beli Guinea Pig, amik kau all the diva in da house so lebih kurang dalam kol 8 juga la kita orang smpi kat sg buaya tu time tu jangan cakap r sepanjang perjalanan tu kiri kanan dah la penuh dengan kelapa sawit jer

tapi alhamdulillah weols dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamatnya, apa pun 1st ni korang layan dulu gambar2 ni semua lepas tu baru kita bagi tahu kat korang semua kat mana aku kita orang akan guide uols mcm mana nak ke tempat tu...

sesudah smpi tu terus grab Guinea Pig yang paling besar kat situ n snap picture...seyes muka hazab nak mamposss, bapak liar gak haiwan ni penat aku nak menangkapnya...n this is me with @adybajee

kenalkan my cousin @AIM, since dia tinggal kat hostel UNISEL dia tak boleh bawa balik any kind of pet, so dia snap je la pic dengan Guinea Pig tu sebagai kenangan haha...

ok yang ni pula jenis Silky, maybe sebb bulu dia tu ala2 rebonding tu yang nampak cantik jer...tapi yang penting kalau yang besar gedabak comel ni owner tu tak nak jual sebb ini induk kepada semua...tapi kalau still nak yang baka or induk tu boleh la order :) eh tapi kat tempat abang ni dia jual 4 jenis taw so kalau korang ada budget lebih tak salah kalau nak amik yang comel mahal tu :)

abyssinian guinea pig huh tu la nama bagi spesis guinea pig nie...dia ada spesis yang lain tapi since kami nak cari yang murah dan comel kita orang semua pilih spesis abyssinian nie..

ni pown sama je..tapi yang nie semuanya jantan, kata orang jantan sedikit aggressive dan betina gentle dan lembut jer...tapi once aku dah dapat yang betina dia punya diam memang tak reti nak duduk diam taw dalam keta..kejap g aku tunjuk my guinea pig tu yer :)

ok @adybajee bersama kekasih hatinya...

zuzu tak lupa gak untuk adopt sekor yang comel nie :)

DD also got this hyperactive guinea pig...once bagi dia dapat peluang untuk lepas zuppp dia lariiii..

tadaaa last but not least this is my Blondie :) she is female dan dia agak aggressive maklumla tak kenal tuan lagikann kuku dia pun tajam nak potong takut sakit plk dia nanti, kena rujuk pada yang pakar terlebih dahulu

kesemuanya ada 4 plus dengan yang sedia ada kat rumah tu dua :) aduhaiii bayangkan lepas ni kalau dorang semua lapar dan bunyi bising minta makan haha...for sure boleh buat alarm bangun pagi :)

macam ni la rupanya kalau uols datang pada belah pagi :) memang ada bnyak sngt reban guinea pig kat situ, siap ada kambing lagi uols hahaha

dan seperti yang aku cakap kan aku akan guide uols mcm mana nak ke tempat abang tu kann? ok so pertama skali uols semua kena pergi ke banting dan setibanya uols kat banting tu uols akan melepasi jambatan, selepas uols dah melepasi jambatan menuju ke pekan banting uols kena melepasi 4 traffic light and then baru uols cari NIPPON PAINT kat belah kanan, ok dah nampak Nippon Paint tu uols amik ke kanan dan drive straight sampai korang nampak selekoh tajam ke kiri huh lepas tu uols boleh calling2 abang tu sebab dia akan tunggu kat tepi jalan jer hehe..

ok lah i hope it help u guys a bit :) macam kita orang pun nak cari jalan tu mmg payah serius sampai kemalam dibuatnya plus dengan perjalanan jauh kan,

thanx sudi baca ok daaaa~

15 comments :

F Hzh said...

bestnye bape harge sekor ni ??/

Pojiepooh Abdullah said...

Comelnyaa comelnyaa!!
Nak!!

PojiePooh; Hanya Satu...

Cikya said...

rajinnya nak bela..
Kecik, kalau hilang susah cari tak?

KiFli MaLLy said...

@zoe RM25 - RM200

KiFli MaLLy said...

@Pojiepooh Abdullah hehehe boleh jer kalau pooh nak :) eh tapi u kan dah ada sugar glider hehehe

KiFli MaLLy said...

@Cikya aha memang kecik tapi once dia dah besar serius sebijik mcm arnab ehehe

Anonymous said...

HOI GEDIK LA KAU!!!

Kifli Mally said...

@Anonymous sedih lah hidup ko nyah :)

Papa PUSS said...

mggu depan baru nak terjah beli dkt abg sahril banting nie.. mmg terbaik barang² dia.. aku harap dapat laa idaman hati.. Nak silky jugaa uwaaaa

Kifli Mally said...

@Papa PUSS harap jumpa apa yang awak nak :)

raza said...

sy bru nak jaga jugak. hehehe

Anonymous said...

penerangan simple tp details... thanks kifli...

Kifli Mally said...

@Anonymous thanx awk :)

Kifli Mally said...

@LADY EMMA jagalah wak confirm masa awak akan terisi.

Unknown said...

mcm mna nk contct abg shahril tu