Jul 29, 2011

oh yeah! saya menang thumb drive Lady Gaga dari Nuffnang


ok uols sebelum kita muat turun cerita berikutnya boleh tak kalau kita nak lompat happy skit :) yahoooo

korang ingat tak lagi entry ni I am so Over Addicted to You Lady GaGa! bagi sesapa yang pernah baca tu memang uols semua akan tahu...

ok kalau korang tahu time tu aku ada buat tribute makeup untuk lady gaga lepas tu aku tak budget pun akan menang, so alhamdulillah uols dah rezeki kita dapat :) sngt nice tak haha...

klik untuk ke size gajah...

terkejut gak kita dapat 1st prize iaitu thumb drive lady gaga, oh yer tak lupa gak kepada Nuffnang n DIGI i lap u lebih lagi lah lepas ni hehe...adiossss

Jul 25, 2011

Kenapa binatang ni asyik popup kat blog aku?eh silap menatang la!!

serius dari dulu lagi aku sakit hati dengan "menatang" yang selalu pop up kat blog aku serius aku sakit jiwa kot tiap kali nak buka blog aku ada je dia pop up, masalahnya aku dah berusaha sedaya upaya untuk godek2 apa yang patut tapi still tak jumpa solution untuk puaka tu...

so disini aku nak mintak tolong kat korang kalau sapa2 yang taw? memang skit ati ko smpi kawan aku nak baca katanya smpi naik annoying, tapi aku buka kat lappy orang lain ok jer, so maksudnya sesetangah lappy yang malang tu jer dapat virus puaka ni, hah! sesuai aku namakan virus ni adalah VIRUS PUAKA

masalahnya pop up tu ada kaitan dengan GengBlogger tapi apa kaitannya dengan blog aku, kalau nak dikatakan ramai kot blogger2 kat luar sana yang link dengan GB so korang pun ada yang kena benda sama ker?

ko awas yer aku sngt marah skang ni???

ni mesti sure hackers yang dah takde keje dah ko pg hack GB lepas tu tempiasnya kena kat kita orang semua, eh silap aku maksudkan kat aku sorang cisss...

lepas tu sure korang semua tahu kan hacker (GaySec.Net) ni ada hack Nuffnang fuh!! dah la gay ada hati nak hack websitie orang lain memang takde keje ko kan nok? nasib baik sistem pertahanan nuffnang mantap serius aku nak menangis kalu earning semua dalam tu hilang, oii sikit pun duit taw, huh nuffnang aku dah puji kehebatan korang semua bak sini 50 posen...

nak je aku mencarut leha, tapi kalau aku mencarut pun tak dapat apa2 hasil dapat dosa ada lah, dari mak naik bengang baik mak g parut kelapa kat dapur letsss go!!

ko pehal usha2 mat, tak penah tengok orang parut kelapa ker?

thanx sudi baca ok daaaa~

Jul 22, 2011

On Show: perform dekat Wisma PKPS lepas tu sempat interview Fazli Zainal tuttt!!!!

seumur hidup aku tak pernah lagi buat show macam ni yer :) memang sngt heavan yer walaupun kena menari 21 lagu rancangan "mari menari"

alah tu pun sikit je uols bape lagu jer yang aku bawa haha, 1st silat 2nd cha cha lepas tu selebihnya solo tak mampu aku nak menari balet kannn feeling2 terbang kat atas stage tu hanya tuhan je tahu apa yang aku buat semua nya takde dalam kitab tarian pun hahaha :)

sure korang semua nak tahu pasal abang Fazli Zainal tu kannn kalau takde fazli zainal tu korang tak hingin pun jenguk Sob Sob~ macam tu la orang skang ni jahat semua kejar populariti semata2 je hahaha...mak tak kesah pun nok!

serius 21 tajuk lagu so setiap lagu tu kena ada perform kira macam weols ni penari latar je, memang best, yang penting semuanya miming ok aku ingt ada gak lah sorang dua bawa live rupanya semua miming, ko mampo?? ni lagi satu semuanya dress sebijik macam artis korang tunggu yer~

ni tarian semerah padi, so apa lagi semuanya buat silat ok, keazabnya tu belakang cerita yang penting ko bersilat...

yang ni plk "cintaku seratus persen" huh amik kau gelek sakan penyanyi kita tu...

pasangan bahagia berlatarkan lagu My Heart dari seberang korang taw kannn alah si irwansyah dengan budak archa tu, dah macam arca buah dah :)

last but not least kak Anita Sarawak seksis...yang penting full lagu dari video clip ok,




hah korang nak sngt tengok Fazli Zainal ni kannnn...amik lah potrait aku bersama beliau :)


ouh comel nya saya!!! *matilahhh kena cerca lepas ni

hehe aku sempat gak la tanya 1 2 soalan kat dia :) ok skang ni dia banyak buat show dengan Pak Engku (rezeki yang letup2), meriah uols yang penting dia datang dengan sapa biarlah rahsia..
kannn buat apa nak berahsia2 bagai kan tak kuasa mak, ni hah dia datang dengan kawan sepermainan dia lelaki juga so takde la aku nak buat gossip time ni, tak taste pun so snap sekeping pic dengan dia n trus angkat kaki balikkkkk~

eh sebelum cabut aku sempat lagi snap pic dia nyanyi lagu Harapan :) besar sore dia ni erk?

thanx sudi singgah ok daaaaaaa~

Jul 21, 2011

Dia asyik ulang benda sama blog aku ni tak “user friendly”

Haluuuuu apa khabar eeee! Motip nak juga copy stail johan kannn ada aku kesah :) ok hari ni mood kita feeling2 berada di tengah shopping complex sesak dengan orang dalam mahupun orang luar Negara,

sakit kepala dah uols

So entry pun sedikit stress, yelah aku tak faham la uols member aku tu asyik cakap blog aku ni tak user friendly, lepas tu setiap kali bincang pasal isu blog sure blog aku terus mencurah ayat kuar dari mulut dia hahaha
ko tengok blog dia tu tak user friendly langsung

Ok fine tu aku admit memang aku tak reti sngt coding Dan HTML ni semua tapi at least aku rasa puas bila aku dapat cipta satu blog dengan guna template aku sendiri kannnn?
Hurm nak kata hazab aku pun tak berani nak komen sebab blog aku sendiri, ko dah kenapa nak aku cakap blog aku sendiri hazab hahaha
Tapi yang penting at least kalau korang rasa ma├žam blog aku ni memang tak user friendly atau friendly user uols semua boleh tak bagi tahu tang mana?
kalu mcm ni user friendly tak? Hazab kot INI BLOGNYA

Tapi so far apa yang aku dapat feedback kat shoutbox “nice blog” “comel blog anda” walaupun hakikatnya ayat mengampu je kannn....

lepas tu takde la dorang tu semua kalau masuk blog aku seumpama masuk ke dalam hutan simpan Pahang boleh sesat sampai tak tahu nak cari Button untuk Comment kan hahaha


*hampir pitam kita fikir mcm mana nak puaskan kehendak orang ramai kannn….yang penting aku confident sudahhhh~
Tapi bagus gak kalu ada orang kritik maksudnya ada peningkatan :) keep moving forward uols ok daaaaaaaaa~

Jul 19, 2011

Aku sayang kau, jangan jadi maknyah please!

Ayoooo menggerutu tak bontot uols bila baca title blog aku arinie, serius nok arinie mak dapat satu pesanan ringkas kat shoutbox mak! Mak sapa mak aku ker? Lahanat je kan statement mcm tu, hanj taw!

Bukan apa tak sangka ada gak anonymous ni yang sayang kat aku rupanya, gila semua orang sayang kot kat aku Cuma aku kadang2 terlepas pandang sayang korang tu hahaha feeling drama kejap

sayang uols semua :)

Bukan apa uols ingt tak dulu aku ada letak header aku tu siap pakai baju hijau seketat alam walaupun lemak2 tepi perut ni nampak tapi ada mak kisah yang penting mak nampak vogue, walaupun hakikatnya hazab

huh amik kau link tu dia bagi setempek kat isu hakak Ashraf

Lepas dia bagi nasihat kat mak macam tu terus mak ubah header tu kepada picture jantan ala2 nampak lurah gitu…tapi itu bukan isunya, persoalannya sekarang ni korang ingat tak lagi peristiwa hakak kita si “Ashraf” tu yang nak tukar nama kepada nama vetina “Alessha farhana”

Hah start dari hari tu juga mak kena cerca sekali nok! Eh bukan cerca tapi sebagai nasihat, thanx pada sesapa yang drop nasihat tu kat shoutbox aku, tapi untuk peringatan diri ini dan juga kepada semua hakak2 hadik2 diluar sana, aku rasa bersyukur sngt sebab akal aku masih lagi waras sepenuhnya takdela aku bertindak melulu smpi nak tukar jantina dan tukar nama bagai...korang nak ke bangun tidur je terus berubah jadi wanita sejati isk tak nak aku!

ouh mak jadi pompuan tulen uols :) mati lah verangan lagi

Aku berani yer suarakan isu ni kat ayah aku

Kifli: pa taw tak pasal hakak2 yang nak tukar nama tu?

Mally : taw lah dia tu tak lepas tukar nama kan? Ni negara Islam walau apa pun yang terjadi benda tu sama sekali tak akan berlaku.

Kifli : amboi orang tua ni ikut sngt perkembangan akak ashraf

Mally : apa lah nak jadi dengan budak2 zaman skang ni...ko jangan nak ikut jejak dia pula kalu tidak AWASSSS!

Kifli : baik pa, saya kan anak yang taat *verangan

Mally: tapi skali pandang dia tu memang nampak mcm perempuan tulen.

Mampooo akhir sekali tu dia ayah aku boleh puji plk hahaha ko rasa??? Itu baru pendapat ayah aku, Ok la aku pun malas nak melalut tapi aku rasa bersyukur dengan apa yang Ada, aku akui aku memang lemah lembut tapi tak semestinya lemah lembut aku tu merubah aku menjadi wanita sebijik, Ada faham?

ok bai, ko jeles kan mak cantik dari ko haha :)

Sebelum berbuat sesuatu keputusan ingat keluarga dan ingat orang tersayang ok daaaaaaaa~

Jul 16, 2011

On Show: Persembahan yang menarik di Bangunan Parlimen Malaysia

ye apa khabar yer semuanya di pagi sabtu yang meriah ini...meriah ker?? uols saje yang tahu, al maklumlah skang ni busy memanjang uols smpi nak update blog pun makan masa 2 3 hari :) tension uols makin banyak yang nak dikongsi tapi makin tu la ada je keje lain yang nak dibuat kannnn...

ok show ni time kat Bangunan Parlimen Malaysia pada minggu2 yang dah lepas dan ada aku kesah aku baru nak update skang ni haha...tak kisah yang penting aku ada bahan untuk menghapdet kan....

sebagai penari selaku ketua kita orang yang akan incharge costume weols semuanya, from head to toe dan ini la hasil nya memang berseri2 dan berwarna warni...

mewakilkan pakaian lelaki tak lengkap lagi time nie, songkok pun ntah kemana jacket pun tak letak lagi so snap mana yang sempat je uols...

hah kenalkan penari muda yang berbakat ini :) amboi puji bukan main melambung lagi kannn, tapi serius budak ni menari memang cantik makan ati mek tengok nok! haha...

dan kakak kita yang ceria ni mewakilkan diri untuk kaum India, costume ni gak digunakan untuk usher para tetamu yang hadirkan diri di dalam hall tersebut

dan ini adalah kami semua, mereka time ni tengah kalut memakai costume time tu la aku sempat snap beberapa gambar, tapi yang tak bestnya tu disebabkan aku ni rasa macam junior sngt so aku memang tak boleh nak ove reacting kat situ...nanti tak pasal2 kena carut free je uols :) apa pun aku tetap enjoy sebagai penari ni...

walaupun apa pun minat tetap menjadi minat, dan umur aku masi lagi muda dan aku masi ada banyak masa untuk menimba pengalaman dalam bidang tarian nie :)

sekian update ringkas dari mak ayam KIFLI SI DOLCE

thanx sudi baca uols...ok daaaaaaaa~

Jul 12, 2011

Pagi yang ceria bersama akak BANK



halooo malaysia selamat pagi semuanya...hari ni aku bangun awal dalam pukul 9 pagi sebab nak g bank ganti kat ATM aku yang hilang :) pecah rekod aku bangun seawal macam ni kalau tak mau petang baru aku sedarkan diri,

lepas mandi je terus siap2 nak keluar sebab rumah aku ni dengan branch bank yang aku nak g nie...tengah siap2 nak lukis mata kejap :)

yang tak tahan tu aku ni asal ada urusan je mesti nervous bengong kan! padahal nak g tukar ATM kad je bukannya nak keluarkan duit berberibu2 haha
ok sampai je kat kaunter tu aku pun tnyer nak ganti ATM kad aku yang hilang lepas tu akak kaunter tu suruh masuk dalam deal dengan akak sorang lagi, bertambah nervous uols rasa nak pitam time tu, tapi tetap control comel ala2 KPOP gitew :)

nama aku pun kena panggil

akak bank : "PEAH!"
aku : yer saya!
akak bank : ok en"PEAH" nak ganti kad baru erk?
aku : aha *sambil kelip2 mata
akak bank : cantik mata ko "PEAH"

amik kau, sekali akak bank tu keluarkan statement cantik mata kita wak! rasa time tu juga nak hulur dia RM50 haha...giler tak cantik sebab kita guna contact lens la kakak oiii~

giler mata macam ni akak tu kata cantik :)

kannn lepas dia cakap mata kita ni cantik, terus pecah lobang dengan sendiri nya suara terus kepit duduk put terkepit uols haha, kannnn mana tak nyer akak bank tu pun promote dia jual contact lens uols dengan divanta aku cakap "baik sampai disini saja urusan kita" kita terus angkat kaki dengan machonya...#okbai

isk lambat tol akak tu nak mesej kita, jenuh dah tunggu ni haha..

thanx sudi baca ok daaaaa~

Jul 10, 2011

Poco Poco di Taman KLCC, meriah kot jomlah join!!

kenalkan kumpulan K-POP baru cumi-cumi haha
mcm gampang siak! (tunggu yer lepas ni ada entry pasal KPOP)

sapa sini suka poco2 sila angkat tangan, yeah kalau suka sila ikut rentak aku ni ouch mantap siak! ok minggu lepas kan kita dengan budak2 TKG ni turun kat taman klcc semata2 nak berpoco2 yer, mana ko nak cari semangat anak muda zaman skang ni mampu berpoco2...

dari korang g buat benda yang tak berfaedah baik korang join poco2 kat taman klcc nie, dah lah berpeluh sihat tubuh badan dan yang penting boleh gak kita cuci mata haha,

time budak2 ni ajak kita budget dorang ni main2 jer sebb kalau dengan dorang ni memang tak pernah serius tapi tak tahu plk kali ni betul2 join poco2...ok sapa yang anjurkan ni aku tak taw sebab aku malas nak g interview tapi apa yang aku tahu yang lead untuk step poco2 ni ada sorang makcik vouge dengan budak kelempuk sorang tu...step dia very the hadik2 :) bravoooo mantap uols

hah mereka ni la yang in-charge tentang step semua, yang penting very the 1 malaysia semua step ada okkkk,

korang bayangkan semua makcik2 yang pelbagai bentuk ada kan contoh bentuk MUG, bentuk buyung pun ada macam buluh pun ada, yang penting yer ko boleh bilang berapa kerat je jantan yang ada kat situ...naseb baik jantan yang sekor tu boleh pakai muka ada lesen lagi r takdela hazab mana pun :)

hah part ni memang best, hadik2 yang sngt menyerlah stepnya ko tak perlu bagi tahu nak buat apa sebb mereka dilahirkan dengan bakat yang sedia ada, kalau step tu just geleng skit dorang berempat ni boleh geleng 360darjah yer ko mampooo sah2 la ko tak mampu kannn sedih~

kalau korang nak feeling2 berpoco poco sambil berpeluh jemputla datang pada hari SELASA RABU KHAMIS dari kol 5.30pm - 7.00pm

apaaa tak puas dengan gambar? takper korang boleh tengok video dorang kat bawah ni kalau hazab tu maaflah quality camera ni tak berapa nak molek brand masjid jamek je uols :)
dan yang penting lagi satu kalau ko nak komen buruk2 kat YT memang tak lepas sebab aku dah visible kan tang comment tu ahahha...padan muka ko tak le nak mencarut :)
enjoy~





thanx la sebb sudi menempak ok daaaaaaa~

Jul 7, 2011

Rasakan minuman berperisa gigi palsu

ni la hostel kita orang..takde kaitan pun dalam citer kat bawah ni

hye uols, lama tol aku tak update blog jari jemari ni pun malas nak menari di atas keyboard, banyak kot cerita yang kita nak share kat semua orang tapi disebabkan busy dan penat tu yang malas nak update :) ni pun sebb terpaksa uols boleh?

motif sngt aku nak cerita tu semua kann, vengong! oit tukar citer, dulu kan kat hostel tu cikgu aku ada cakap kat Asrama Aspura tu memang ada satu kes, biasa la budak2 lelaki ni semua nya pada belah petang selesai je minum petang dorang semua akan turun padang untuk bersukan, kita kalau turun padang wak kita just main bola tampar jer tak pun main bola jaring, puas ati kau???

jadi ada sorang budak ni tiap petang dia akan bancuh teh dalam cawan besar, sebelum dia turun ke padang. Tapi yang pelik bila budak tu balik je ke bilik teh budak tu confirm akan habis, dia pun memang la marah sebb benda ni dah berapa kali terjadi kat dia kot...

ini last mak bancuh teh untuk ko nok!

lepas tu satu hari tu dia dia plan baik punya sebelum dia turun ke padang, coz budak tu tahu benda ni akan terjadi punya r so korang taw apa budak tu buat? korang tunggu yer?

seperti yang di jangkakan budak tu dah minum hampir separuh teh tu, so dengan bangganya dia pun announce kat semua...

budak teh : woi! sapa yang selalu cilok teh aku ni hah
semua orang : ~~~~ takde response
budak teh : ko taw tak sapa yang minum teh aku tu aku dah rendamkan GIGI PALSU aku kat dalam teh tu...so sure sapa yang minum tu confim akan dapat nikmat...
semua orang : ewwww~

dalam banyak2 budak kat situ ada sorang tiba2 termuntah haha, so apa lagi uols malu tak hingat la jawabnya, ko dah lah minum teh orang lepas tu ko dapat extra flavor gigi palsu :) very nice

korang nak rasa gak?


dan yang penting tu nasib baik dia bagi gigi palsu kalau aku dah sah2 aku akan bagi air stokin aku yang berbaas seminggu then aku perah dalam teh tu hahah...jahat tol kalau idea2 jahat ni adajer mencurah...

thanx sudi baca, ok daaaaa~

Jul 2, 2011

Apa kejadah budak kitchen KFC buat macam ni.

eh korang tak terkejut ker tengok apa yang budak tu buat kat dalam kitchen, sangat menyakitkan hati ok, for sure la sapa2 pun yang nampak video ni akan meroyan dan geli nak datang ker KFC

wey pasal korang ni la tak pasal2 isu ni dibesarkan dan kurangnya mutu dan kualiti KFC tersebut, masalahnya yang ko tak puas ati buat macam tu asal? tak ker ko buat aniaya kat orang lain namanya tu?

ko nak tak kalau aku amik ayam tu lepas tu aku salut dengan tahi anjing lepas tu aku bagi family ko makan? macam mana sedap tak? sure ko pun tak suka benda2 ni terjadi kan isk seriuslah aku pun tak tahu sapa la yang malang tu terasa KFC cap Boots ko tu?

yang penting aku rasa macam nak salut muka ko dengan tepung lepas tu rebus dalam minyak panas tu jer...budak yang record tu pun memang hampeh nak record lepas tu cucuk2 budak tu suh buat ulang tayang ko ingt korang boleh terlepas macam tu ker??? hehe korang tunggu jer la...