Acara naik turun tangga UNIKL, mampukah korang?

hye noks2 sekalian alam,

adoiiii malas tol nak update blog, walhal boleh taip je kat lepas tu publish, lepas tu bersawang sebb takde orang nak singgah, binatang sngt kalau perangai mcm tu kannn...1

ok la ni minggu lepas dan minggu ni banyak sangat event yang di anjurkan oleh UNIKL, aku pown tak taw mana dorang dapat idea ni semua, tapi aku tertarik dengan satu acara ni, sebb ianya boleh membuatkan aku terus coma selama sebulan kat HKL,

yer korang tengok kat atas tu, bukan larian amal, bukan marathon dan bukan juga tarian poco-poco, sebaliknya step thon...memang barua kalau korang tak taw apa tu...

meh sini aku habaqkan, mcm ni acara ni weols kena mendaki setiap anak tangga tu dari GFloor ke 23thFloor so sapa yang dapat mendaki naik turun terbanyak secara automatiknya dikira pemenang!

ko rasa ko mampoooo?

aku ni yang naik 3 tingkat dah kena serang asma ni kan pula 23 tingkat, bagi mereka tu yang memang aktif jangan cakap r mungkin peluang untuk mereka menang tu tinggi,

eh eh aku ajak mamat2 GYM dorang tak nak join okkk nampak sngt dorang tak mampo nak menampung berat badan dorang yang bermuscle tu naik tangga hahaha,

harus gigih membilang anak tangga...

dan yang penting bukan itu saja okkkk, dah nama pown bertemakan super hero so kepada sapa yang memakai best dress super hero akan dapat best dress, haiyoooo memang verangan kan acara ni, siap ada best dress gite alamatnya aku kena cari dress super hero la kannnn lepas tu siap ada cabutan bertuah, wah bukan meriah lagi kannn....

yesss! aku yakin dengan dress ini aku akan menang

memang jijik sngt nak pakai dress bagai kan dah lah ketiak air bercurah ni kan pula ada hati nak pakai costume, ouh tuhan :)

lepas tu nasib baik la selang 5 tingkat tu dorang cakap ada orang sediakan Revive untk tambah tenaga, bagi aku bukan saja Revive ubat asma harus ada skali ok kot2 time tu aku pitam golek2 jatuh tangga...

*alaaaa dia bagi masa 8 jam so aku lenggang kangkung naik pown takper :) tak pown aku curi naik lift lagi senang keje aku hahaha....

ok la uols aku dah lmbt nak g training kat tangga batu caves ni, ok daaaaaa