Bersantai dengan penangan Transformer 3 memang kaww !


ok baik anak2 kejap lagi kita akan citer sikit pasal Transfiormer 3 ni yer memang sngt gempak dan tip top wa cakap sama lu~

tapi kita nak citer part lain dulu k, 1st kita g amik ticket kat Nuffnang office tu dari isnin dengan cousin aku @aim, seriously time kita g amik ni sure kita orang akan dapat seat depan sekali lepas tu kena mendongak sakit leher uols dah pernah rasa kat tropicana mall aritu...

kenal kan @aim yang kini sudah punya blog...

tapi bila time tengok wayang kita g dengan orang lain plk hehe sapa yang tak kenal member yang selalu temankan kita tiap kali screening @sazry time kita sampai tu dorang tengah promote Transformer 3 ni bagai nak rak! siap ada celeb turun padang uols, dan ada gak yang perform..

bukan main gembira lagi ko yer...

yang ni best instant photo snap :) comel jer dapat kecik2 gitewww

last but not least, the Diva yang menajdi igauan malaya hehe gurau2 jer :) @RedMummy in da house too, kak red comel sngt time nie i like...

PREVIEW

ok semua dah settle meh aku nak cerita skit pasal Transformer 3 ni, aku just nak share dengan uols semua cerita ni memang gempak ok, dalam cerita ni gak dorang boleh buat unsur jenaka korang bayangkan la kita orang memang tak boleh terleka untuk seketika coz movie ni penuh dengan action, part yang aku tak boleh blah tu bila geng kita orang Autobot tu dah mati grrrr~ geram sngt2

lepas tu geng autobots tu sendiri menjadi pengkhianat, memang banyak benda yang korang budget korang boleh predict semuanya tersasar ok, aku punya lah expect citer ni biasa2 jer but it turn me out, korang bayangkan dorang semua bersatu time akhir2 tu fuh serius memang gempak sapa yang tak pernah tengok dari part 1 until 3 nie memang sngt rugi sebb tak taw jalan cerita dia kan?

dalam banyak2 cerita Transformer 3 memang sngt bagi kepuasan kat semua orang :) btw ending dia pun kali ni memang tak tergantung seperti sebelumnya sebab semua musuh dah mati kat tangan abang aku Optimus Prime :)



kalau korang tengok trailer ni best, full movie ni lagi kaw2 best :) dari 10 bintang aku akan bagi 10 dan siap extra lagi, memang berbaloi kalau korang g tengok dengan member uols...


thanx sudi baca~ok daaaaaa

Hujung minggu ni memang sesuai manjakan Blondie "Guinea Pig" dengan pelbagai tips penjagaan

dulu kalau ada masa terluang memang aku manjakan diri dengan treatment buatan sendiri kat rumah, tapi since dah ada teman baru kat rumah ni memang sesuai la kita manjakan mereka ni pula :) mari aku kenalkan kat korang Guinea Pig aku yang baru nama dia Blondie napa aku bagi napa blondie? sebab nama tu sesuai untuk dia ni female n brownish color...

untuk pengetahuan korang terlebih dahulu sebelum weols beli 4ekor kat Banting tu kat rumah dah ada 2 ekor so which is lepas tolak campur kesemuanya ada 6 ekor haha, ini bukan bela ini menternak namanya, sapa nak beli sila roger2 weols :)

kalau macam ni meriah tak hidup uols :)

ok since kita orang beli dari 2 tempat yang berbeza 1 kat Petwonderland Midvalley dan 1 lagi kat Sg Buaya Banting, jadi nasihat pun berlainan cara ada bagi cara kampung dan ada bagi nasihat cara bandar, mari kita ikuti nasihat2 mereka ini

MidValley (Bandar)
Makanan : kena bagi makan epal merah dan juga pallet
cara mandi : gunakan bedak, perfume or talcum
luka : ubati dengan ubat dari pharmacy or bawa je ke klinik haiwan berdekatan

Banting (Kampung)
Makanan : makan timun, daun tebu,lobak dan juga pallet
cara mandi : gunakan air suam
luka : kalau ada luka just sapukan ubat gamat atau minyak masak goreng ikan (yang telah digunakan) dan kalau mata merah just letakkan EyeMo moist

tengok tu berbezakan kannn nasihat yang diberikan, so memang banyak info yang berguna aku boleh combined untuk si comel Blondie aku nie. So skang ni mari kita tengok macam mana aku bagi dia treatment yang sngt mudah dan ringkas.

ok 1st apa yang korang semua perlukan ialah Seekor Guinea Pig hidup bukan patung :) 1 cotton bud, sebotol minyak Gamat, dan juga bedak Johnson's Baby

2nd ialah korang just drop kan sedikit minyak gamat kat cotton bud tersebut dan kemudian sapukan pada area yang luka, berkurap ataupun "berkuridak" (*bahasa sabah)..time ni Blondie memang jenis yang duduk diam coz dia fokus kat camera, kalau uols tak percaya nanti try la yer haha

dan terakhir curahkan sedikit bedak tersebut kat atas badan blondie tu...jangan banyak sngt taw sebb takut nanti dia pening, lepas tu korang ratakan pada seluruh bulu dia so lepas ni confirm wangi satu sangkar tu :)

ok nampak tak kesan luka pada kaki blondie nie, yes aku just perlukan masa dalam 2 hari jer nak sembuhkan luka dia nie, aku sendiri tak perasan time aku beli dia kat banting ni ada luka kat celah peha, biasalah uols dah nama pun tinggal beramai2 kat sangkar belakang rumah memang banyak risiko dia boleh luka :) tapi jangan risau uols just sapukan minyak gamat InsyahAllah luka guinea pig tu akan sembuh :)

thanx sudi baca, ok daaaaaaaa~

Kegigihan untuk membeli Guinea Pig di Sg Buaya Banting



comel tak :)

hari ni lebih kurang dalam pukul 5 kita orang gerak dari rumah cheras shot ke Sg Buaya Banting semata2 nak beli Guinea Pig, amik kau all the diva in da house so lebih kurang dalam kol 8 juga la kita orang smpi kat sg buaya tu time tu jangan cakap r sepanjang perjalanan tu kiri kanan dah la penuh dengan kelapa sawit jer

tapi alhamdulillah weols dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamatnya, apa pun 1st ni korang layan dulu gambar2 ni semua lepas tu baru kita bagi tahu kat korang semua kat mana aku kita orang akan guide uols mcm mana nak ke tempat tu...

sesudah smpi tu terus grab Guinea Pig yang paling besar kat situ n snap picture...seyes muka hazab nak mamposss, bapak liar gak haiwan ni penat aku nak menangkapnya...n this is me with @adybajee

kenalkan my cousin @AIM, since dia tinggal kat hostel UNISEL dia tak boleh bawa balik any kind of pet, so dia snap je la pic dengan Guinea Pig tu sebagai kenangan haha...

ok yang ni pula jenis Silky, maybe sebb bulu dia tu ala2 rebonding tu yang nampak cantik jer...tapi yang penting kalau yang besar gedabak comel ni owner tu tak nak jual sebb ini induk kepada semua...tapi kalau still nak yang baka or induk tu boleh la order :) eh tapi kat tempat abang ni dia jual 4 jenis taw so kalau korang ada budget lebih tak salah kalau nak amik yang comel mahal tu :)

abyssinian guinea pig huh tu la nama bagi spesis guinea pig nie...dia ada spesis yang lain tapi since kami nak cari yang murah dan comel kita orang semua pilih spesis abyssinian nie..

ni pown sama je..tapi yang nie semuanya jantan, kata orang jantan sedikit aggressive dan betina gentle dan lembut jer...tapi once aku dah dapat yang betina dia punya diam memang tak reti nak duduk diam taw dalam keta..kejap g aku tunjuk my guinea pig tu yer :)

ok @adybajee bersama kekasih hatinya...

zuzu tak lupa gak untuk adopt sekor yang comel nie :)

DD also got this hyperactive guinea pig...once bagi dia dapat peluang untuk lepas zuppp dia lariiii..

tadaaa last but not least this is my Blondie :) she is female dan dia agak aggressive maklumla tak kenal tuan lagikann kuku dia pun tajam nak potong takut sakit plk dia nanti, kena rujuk pada yang pakar terlebih dahulu

kesemuanya ada 4 plus dengan yang sedia ada kat rumah tu dua :) aduhaiii bayangkan lepas ni kalau dorang semua lapar dan bunyi bising minta makan haha...for sure boleh buat alarm bangun pagi :)

macam ni la rupanya kalau uols datang pada belah pagi :) memang ada bnyak sngt reban guinea pig kat situ, siap ada kambing lagi uols hahaha

dan seperti yang aku cakap kan aku akan guide uols mcm mana nak ke tempat abang tu kann? ok so pertama skali uols semua kena pergi ke banting dan setibanya uols kat banting tu uols akan melepasi jambatan, selepas uols dah melepasi jambatan menuju ke pekan banting uols kena melepasi 4 traffic light and then baru uols cari NIPPON PAINT kat belah kanan, ok dah nampak Nippon Paint tu uols amik ke kanan dan drive straight sampai korang nampak selekoh tajam ke kiri huh lepas tu uols boleh calling2 abang tu sebab dia akan tunggu kat tepi jalan jer hehe..

ok lah i hope it help u guys a bit :) macam kita orang pun nak cari jalan tu mmg payah serius sampai kemalam dibuatnya plus dengan perjalanan jauh kan,

thanx sudi baca ok daaaa~

yeay invitation ke Screening Transformers 3: Dark of the Moon

hye uols dah lama rasanya tak update blog kan...biasalah kita busy dengan menari uols alhamdulillah rezeki mencurah2 ke ladang gandum, sampai nak buat entry pun tertangguh arghh tak kesah lah pasal tari menari tu kann yang penting aku melonjak keriangan sebb dapat invitation dari nuffnang :) aku ingat kan aku ni takde harapan dah lagi nak dapat tiket ke screening tu...

yer la mana taknya tiap kali nak ke Screening tu for sure aku clash dengan event luar, so time tu menggelabah la mencari backup untuk jadi pengganti kita untukwakil movie tu, tapi selalunya kita selalu menaruh harapan kat @Pojie hanya dia je yang mampu tolong kita...but this time kita akan tetap akan gigih untuk hadirkan diri ke Screening nie, rugi kot kalau aku lepaskan peluang sehebat nie...


dan apa pun yang penting aku kena collect tiket tu kat Office Nuffnang before 29hb nie...huh better cepat sebelum terlambat :)




thanx sudi baca..ok daa~

"Saya Sayang Ayah Saya"


saya sayang ayah saya...

terima kasih ayah memberi kami perlindungan dari hujan mahupun panas
terima kasih ayah menyuapkan kami dengan rezeki hala hasil dari tulang 4 kerat mu
terima kasih ayah menghantar kami semua ke sekolah dan mengenal huruf dan angka
terima kasih ayah kerana sudi menjadi tempat luahan dimana kita selalu mengadu
terima kasih ayah kerana senantiasa mendoakan kejayaan buat anak2 mu
terima kasih ayah menjadi penyokong setia dikala kita bermuram duka
terima kasih ayah membesarkan kami dengan kasih sayang mu
terima kasih ayah di atas ilmu yang ayah curahkan

yer dulu terus terang aku katakan aku tidak rapat dengan ayah aku kerana ayah aku mula berpindah ke KL ni untuk mencari rezeki sejak 1996 lagi so dari situ aku merasakan kurangnya belaian dari seorang ayah..namun setelah aku dah start pindah ke KL aku mula rapat dengan ayah aku..walhal dulu aku memang bukan jenis anak ayah kerana aku memang kurang bertegur dengan ayah sendiri...tapi siapa tahukan umur dan usia mematangkan seseorang itu untuk berfikir dengan lebih matang lagi...

Ayah maafkan jika kita selalu membuat ayah sakit hati...kita tahu walaupun ayah tak pernah meluahkan namun jauh di sudut hatimu aku dapat merasakan yang kamu selalu kesunyian...InsyahAllah suatu hari nanti kita semua akan bersatu kembali, kita nak tunaikan kewajipan kita sebagai seorang anak izinkan kita untuk membalas segala jasa dan pengorbanan agung mu itu...Ya Allah lindungilah ayah dan ibu kita agar semoga mereka panjang umur dan mampu melihat dan merasa kejayaan anak merka sebelum mereka menutup mata buat selama2nya...

Ayah tercinta En. Mally muah esok kita call ayah erk?? sayang ayah....

kita tujukan khas lagu ini untuk Ayah kita semua...


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

( korus )
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

SELAMAT HARI AYAH 19 JUNE 2011
SAYA SAYANG AYAH SAYA :)

[Short Entry] RotiBoy Contest


wazup wazup wazup...bagi korang yang suka snap gambar ini lah masanya untuk join contest yang di anjurkan oleh RotiBoy dengan cara yang mudah uols boleh muat turun kat RotiBoy Facebook kemudian kalau terpilih uols mungkin boleh dipilih sebagai pemenang...

BELUM CUBA BELUM TAHU~

jadi tunggu apa lagi jemput klik di sini untuk keterangan lebih lanjut tak pun korang just klik gambar kat atas tu :) arahan yang sngt mudah untuk uols ikut...

kite pun nak try juga lahh ok see u guys shortly :)

Kisah Gerhana Bulan 16 june 2011 di Dataran Shah Alam

lebih kurang dalam jam 12tgh malam kita dapat call dari seorang member juga merupakan seorang blogger..Pergh~ ayat skema siak!

AdybaJee : uols nak g tengok Gerhana Bulan tak?
Kifli Mally : nak! tapi kat ne?
AdybaJee : Shah Alam...JOM!!!

ok roger n out...duduk je dalam kereta terus pecut ke destinasi uols..feeling2 time tu nak buat vlog la tapi nan hadooo semuanya mitos semata2...tak berani lagi uols..sampai2 je kita orang terus makan ok...sebab tak sempat nak makan kat rumah @adybajee dah ajak kuar :)

sampai je weols terus usha benda nie...dimana benda ni tunjukkan(demo) macam mana terjadinya gerhana bulan tersebut kalau uols semua nak tahu gerhana bulan ni terjadi setiap 360 tahun kira bernaseb baik sebab sempat lawat dan lihat dengan lebih dekat lagi pada malam tu...

kalau korang semua nak tahu selepas saje gerhana bulan ni 2 minggu selepas itu terjadi pula gerhana matahari dan di ikuti semula gerhana bulan pada hujung tahun nie...dan korang tahu tak bila terjadi nya gerhana matahari ni korang boleh berdirikan telur ayam yang berbentuk bujur itu...kalau tak percaya nanti kita akan try...

sesudah menelaah tentang gerhana bulan weols pun singgah kat warung kat Musuem Station dekat je dengan dataran shah alam tu...dimana kat situ yang kita sempat lihat ada satu kereta api melayu yang sangat besar color merah...huhu tak sempat pula nak snap gambar time tu sebab ingat nak isi perut jer :)

tempat ni sangat best...weols duduk kat lantai beralaskan tikar dan satu meja kecik kanak2...memang terasa macam weols tengah bersantai pun ada~

jemput makan uols...nampak sedapkan? serius memang sedap giler :) kita melantak mee goreng ladna plus dengan neslo ice semua RM7.00

sesudah itu weols sempat tengok fenomena gerhana bulan itu dengan lebih dekat lagi...sesudah para jemaah menunaikan solat sunat weols pun tumpang sekaki nak tengok kat 7 teropong yang telah di sediakan...screen besar ni mereka dah sediakan dari awal lagi untuk memudahkan semua orang boleh lihat kejadian gerhana bulan tersebut...

boleh dikatakan dalam 100 orang yang datang berkunjung...mereka semua bersama2 berada di dataran sampai pukul 3.22am sebab time tu terjadinya gerhana bulan penuh...

dan yang penting...kita orang memang suka overshadow orang lain...semua teropong kat situ kita orang nak try :) thanx to aim lead weols tengok live dari teropong tu...kalau ko takde nok sah2 kami berdua ni tak dapat merasa haha...
ini hasil dari apa yang weols snap dengan zooming yang melampau...walaupun gunakan camera yang tak berapa nak canggih tapi weols puas hati sebb dapat snap pic gerhana bulan ni time to time :) *sila lihat dari kanan ke kiri

ramai gak yang datang malam tu nak tengok gerhana bulan tapi ada gak malam tu yang amik kesempatan untuk berdating kan...ok la tak mo carut lebih2...

ok daaaa~

Laporan untuk si comel SMURFS

wah wah wah bukan main lagi sampai selang berapa hari tak update blog kan uols...kecik ati sampai BE kita pun jatuh menjunam dari 4 ke 1..motif nak citer??? kan saje je uols...ok la ni nak citer pasal invitation ke Collection Smurfs Day hari tu...so since ini adalah single invitation aku pun tak taw nak buat apa time tu serius aku #kejung sorang2 sebab takde kawan so susah sikit nak meliarkan diri...tapi at the same time nasib baiklah @issacTan ada temankan aku tapi at the end aku tak sempat nak amik pic dengan dia sebb terlupa boleh?

dan yang penting for sure lah kalau dah nama invitation sure ramai punyer la blogger yang mantop lagi havoc akan turunkan diri kannn contohnya seperti~~~ tunggu selepas ni dengan pic yang aku snap, jangan banyak komen taw Quality pic yang aku snap ni tak sehebat Camera DSLR mereka itew~

dengan bertemakan Biru tak lupa juga kasut summer shoes aku color biru ok..tapi sayang tak sempat nak snap :) (hari yang sama terus g saloon buat rambut)

korang lihat betapa ramainya orang yang datang tapi ada gak few of them yang bukan blogger...ada budak tu confident je aku ingt dia blogger tup2 dia dari source lain...takpela uols yang penting peramah kannn?

ni lagi tak tahan...korang bayangkan dorang "sepahkan" menatang comel hampir kat semua tempat...isk geram betul aku dibuatnya, sayang tak dapat bagi kat nuffnangers coz benda ni hanya untuk display jer...siap dari luar IPC entrance benda comel ni dah ada taw, orang terpijak tersepak tu jangan cakap la sebab tak perasan comel sangat...



tu diaaaa~ cantik kan?? serius time tu aku rasa macam nak masuk je dalam rumah tu walaupun hakikatnya tak muat...

sedap tak cupcake comel nie...kita orang dapat setiap sorang tapi masalahnya aku tak sampai hati nak makan wey apatah lagi nak jilat sebab terlalu comel uols...aku siap minta box paper tu sebab nak bawa balik smpi umah baru nak fikir nak buat apa dengan benda comel ni hahaha...

hah tu dia @ciklily merupakan orang yang pertama menjawab soalan mudah dari MC untuk hari tu..kalau aku tak silap soalan dia "bila hari movie smurfs ini release? " apa jawapan uols...sure semua tahu kan...kenapa aku tak jawab, sebab aku segan n nervous uols setiap kali MC tu datang dekat dengan aku, aku akan berusaha gigih untuk buat2 snap picture yang takde kaitan haha(kira mode busy la tu)...menggelabah sajoooo~

dan cuba teka sapa yang turut sama meriahkan event ini..tak lain tak bukan @broframestone

lepas tu pihak media tak nak ketinggalan untuk tambah seri dalam event ni uols...semua nak amik port untuk pelancaran Smurfs Day ni so adik kita ni gigih practice untuk shoot time tu :) chayok2

dan tak ketinggalan juga host comel ni dari @TV3..bukan main ceria lagi time dia on shoot uols, terkumat kamit dia practice nak ingat script time tu, eh! ada script ke uols?? matilah mek pun tak taw sebab mek takde pengalaman jadi pengacara hahaha...

sapa nak hadiah??? sila jawab sapa mereka ini??? dah jawab sila cakap hadiah apa uols nak :)

last but not least from @NTV7

me and Fresh get the 3d cupcake :) so damn cute serius tak sanggup nak makan...ouh ya this picture were taken by @issacTan thanx dude!! ngeee~

tapi ada gak budak yang jahat sebab sanggup makan benda comel nie...dia boleh #Ngap kepala smurfs yang comel tu hahahha....papa memang jahat hahhaa

dan begitulah jalan cerita untuk hari itu...so skang ni tengah busy nak update pasal Closing Sukma2011 pula...apa pun jom tengok trailer Smurfs kat bawah nie :)



ok daaaa~