Event : Preview Concert DJ Dave (Journey Through Song Ingin Bersua)

hye uols,

wah bukan main lama lagi mendiamkan diri dari dunia blogging ni kan :) takpe berehat seketika kerana terlalu banyak event nak kena attend wahh mampu keluarkan statement macam tu bajet orang atasan je kan haha...

ada 4 ticket preview semalam, thanx to Eysan :)

Semalam sempat juga menghadirkan diri ke Preview concert Dato DJ Dave dimana beliau ingin membuat concert khas buat peminat beliau selama 40 tahun ini. Seperti biasa Istana Budaya memang tak lari dari tumpuan para artis untuk membuat persembahan yang berprestij itu.

teman baik pada malam itu kenalkan cowok baru Fadzil nama dia, masih single haha

ada beberapa buah lagu yang Dato DJ Dave dendangkan semalam contohnya seperti ingin Bersua, Maafkanlah, Biar, Nora, Different Kind Of Lady. Tak lupa juga lagu baru beliau bertajuk nyawaku serius aku sngt tersentuh dengan lagu ini plus dengan video clip yang cukup menyentuh emosi weols semalam.

begitu hebat beliau hingga ke bawah pentas beliau membuat persembahan, sungguh sporting baju yang beliau pakai tu adalah baju asal beliau pada tahun sekitar 70an & 80an so maksudnya Dato still maintain. Kalau tak silap umur beliau skang ni berusia sekitar 60an betul ker?

malam tu juga beliau bawa lagu Hari Raya wah terasa seperti raya semakin dekat pula :) eh tak lupa juga dengan lagu Bhangra dan kami semua sngt terhibur malam itu.

eliau juga berduet dengan artis superb seperti Dayang Nurfaizah, Marsha Milah Londoh dan juga Uji Rashid eh mana boleh lupa ft dengan Man Kidal the legend :) Seperti biasalah suara yang yang husky dan power tu membuatkan kami semua terbua seketika. Dayang sungguh cantik dengan dress hitam simple yet astonishing

Marsha dengan lagu barunya bertajuk "Janji" not bad actually...

yang ni plak masa untuk Marsha berduet dengan DJ Dave I Always Love You versi Hindi...time ni aku sendiri tergamam kesetika dengan suara Marsha, yesss aku dulu pun macam korang dengan andaian Marsha ni sore tak sedap takle pergi jauh but then once dia bawa lagu ni OMG, goosebumps beb :) i salute u Marsha -ok bah kalau kau-

so kepada mereka peminat DJ Dave harap korang semua datang concert beliau start 1-3 jun 2012 dapatkan tiket anda sekarang..yuhuuu

#sekian dari budak teater :)

No comments :