Event : Konsert Dir Koir Kebangsaan Auditorium DBKL (TKG CREW)

hey uols,

sabtu yang lepas aku dan TKG CREW yang lain macam biasa datang bagi support pada kawan kita orang yang terlibat didalam concert DIR kat Auditorium DBKL. Sememangnya terbaik yang harus kami berikan sebagai penonton sorakan umpama kicauan burung tu umpama penyeri keadaan.

dia ni lah salah seorang kawan kita orang dalam koir kebangsaan Arul nama dia. Aku sangat suka lagu yang dia nyanyikan time ni dan aku akui suara dia lunak kalau bawa lagu traditional sebab itu memang makanan dia mengalunkan lagu

seperti biasalah Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal dan beliau amat berbakat yer banyak juga award yang syafinaz menang di dalam pertandingan. Di dalam buku atucara koir kebangsaan mempersembahkan dalam 19buah lagu di antaranya contoh Toyol, Salam Terakhir, Terasing dan banyak lagi.

persembahan dan vokal suara ahli koir kebangsaan ni memang tak kurang hebatnya cuma kita orang semua berharap sangat mereka bagi sesuatu yang membuatkan kita orang terasa macam berada di dalam suasana koir yang sebenar, kalau tak silap persembahan SALAM TERAKHIR dan TERASING baru ada semangat yang padu disitu :)

mungkin ada betulnya juga mereka kelihatan penat sebab practice untuk beberapa bulan kan :)

selesai saja persembahan kita orang terus bergambar wah feeling-feeling graduate gitu

Diantara TKG CREW yang hadirkan diri :)

p/s : Pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad masih meninggalkan kesan yang amat mendalam pada kita semua melalui lagu-lagunya umpama kita begitu kenal rapat dengan beliau. Sebagai satu penghargaan koir kebangsaan malaysia telah menunjukkan penghargaan yang cukup bererti bagi kita semua.


saksikan persembahan dari mereka HUJAN dan arul sebagai penutup lagu tersebut :)

#sekian dari budak yang sukakan koir kebangsaan

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-



No comments :