Aug 9, 2012

Part 1: Amal jariah dibulan ramadhan bersama TKG Crew

hey uols,

apa khabar semuanya? harap semuanya sihat belaka lah yer.
TKG Crew pada 2 minggu yang lepas dah merancang untuk mengadakan satu event amal dimana TKG Crew ingin berbuka puasa bersama anak2 yatim serta menghulurkan bantuan dan derma kepada rumah anak yatim tersebut.

ok macam ni lah kita kongsi cerita ni part by part, dalam part 1 ni lebih kepada apa aktiviti yang dijalankan oleh TKG Crew itu sendiri. Orang yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan amal jariah ni adalah En Abam n En Aruel

En. Abam & En. Aruel

yer kakak tahu confirm korang semua merembes yer, tapi ingat pesanan kakak jangan terpedaya dengan senyuman abang2 itu sesungguhnya mereka berdua ini juga maha bottom sama seperti kakak. OKBAI

En. Abam dan En. Aruel merupakan orang kuat untuk event charity berbuka puasa bersama anak2 yatim tahun ini.

pada permulaannya untuk mengumpul dana kami memulakan dengan menjual kerepek kepada saudara mara terdekat, rakan sekerja dan juga atas kenalan lain. Selain dari itu kami juga ada mempromosikan di TKG CREW PAGE lagi memudahkan urusan jual dan beli.

JOM TENGOK disebalik tabir menyediakan kerepek2 tersebut

kami start membungkus kerepek ni dalam 2 petang. Ada lebih kurang 6/7 kampit kerepek yang berlainan rasa dan setelah dipacking dapatlah dalam 100++ bungkusan seberat 250gram dengan harga RM5 sahaja

ada yang siap dah tempah 30 pack uols, dan ada juga yang menderma pada masa yang sama :) syukur alhamdulillah.

hah kau, kalau bulan puasa ni kudrat banyak terpakai uols, sampai terbaring juga la dia packing kerepek tu. Mau saja aku libat mamat sorang ni kucing malas btol

sebagai tuan blog harus tunjuk muka uols :)
yang penting mek ikhlas packing segala kerepek ni kannn apa motif? hahaha

tadaaaa seteleh siap di packing ini lah hasil kerepek kami tu :) bagi sesapa yang beli mereka tentu suka siap ada TKG CREW nyer sticker lagi

diantara tenaga kerja yang turut menyumbang tenaga sehinggalah waktu berbuka tiba :)
Syukur kerepek setakat ni dah abis dijual dan ramai yang minta untuk tempahan berikutnya pula...

soalan dari anonymous : apa stratergi uols lakukan hingga kesemua kerepek tu laris dijual?

hah ni jawapan dari aku kami buat promosi dengan bantuan dari mokcik jah n mokcik jah, siap buat video lagi uols, tu yang makcik2 diluar sana terus beli lepas tengok video dari mereka ni hahaha....

mokcik jah n mokcik pah :)
so korang tunggu lah yer cerita berikutnya pada part 2, rumah anak yatim mana yang akan bersama kami TKG Crew berbuka puasa nanti :)

#sekian dari budak jual kerepek

3 comments :

♛☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼♛ said...

ekekeke yang atas tu.. tu tu... merembes jugak aku tengok... dan aku suka berkawan dengan makhluk2 mahabottom nih... heh! Selamat berpuasa untuk 10malam terakhir kifli!

Kifli Mally said...

@♛☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼♛ haha gitu lah. Selamat berpuasa juga uols 10 malam teakhir ni buat yang terbaik k :)

Anonymous said...

Basicаllу this meаns filling youг washeг
with water, adԁing the ԁye anԁ ѕoakng thе sockѕ until thеy
turn рumρkin orаnge. Everу Tuesdаy,
Thursday, and Satuгdаy morning he would offеr her a гіde.
Also visit my website ; natural rights