Sep 14, 2012

Preview Screening : Resident Evil - Retribution

hey uols,

semalam aku balik jer dari Premiere ni memang tak sempat nak update sebab dah terlalu lewat so kol 12am aku terus black out. Dengan harapan esoknya kat office aku boleh type entry ni.

apa yang perlu aku nak cakap kat sini Review Screening Resident Evil - Retribution ini adalah yang terbaik dan aku berikan 5 bintang sebab menghasilkan cerita yang super amazing ni.

aku terus teringat game yang pernah aku main dulu time diploma bila watak Leon dan Ada Wong muncul :) terbaik kot. Movie ni memang tak akan bagi korang peluang untuk pegang phone ataupun melihat kiri kanan sebab pengambaraan mereka penuh dengan aksi-aksi suspen. Korang kena ikut perkembangan cerita ni dari awal hinggalah sekarang ni baru korang akan faham jalan cerita ini, lebih kurang sama macam main game juga sebenarnya.

Thanx Nuffnang :)

Apa yang menarik nampaknya perang Biologi adalah perang yang lagi menakutkan berbanding dengan perang Nuklear, mungkin juga kerana perang Biologi melibatkan virus dan juga uji kaji terhadap manusia dan binatang, lepas tu virus ini jenis tidak boleh mati malah ianya merebak keseluruh dunia. Ianya lagi mengancam jika ianya diaplikasi pada dunia realiti,

dan apa yang pasti sure sekarang ni para saintis dah pun mengkaji secara menyeluruh tentang virus seumpama dalam cerita ni. Korang bayangkan jer lah apa yang berlaku adakah ianya betul mengancam dunia kita? siapa tahu kan?

so munculnya lah hero dikenali sebagai Alice :)

Sinopsis:

Project Alice, dan kali ini Alice dibantu oleh Ada Wong dan juga Kawan Leon untuk membebaskan Alice dari Umbrella Corp dibawah tahanan The Red Queen, dan kali ini Alice sekali lagi menentang kejahatan dari The Red Queen untuk membebaskan diri untuk menyelamatkan sisa-sisa manusia yang masih lagi hidup di White House. Wesker telah memberikan balik kuasa pada Alice dan kali ini Alice bangkit dengan kuasa baru untuk mempertahan dan melindungi manusia dimuka bumi ini.



Wah makin banyak koleksi treasure aku.

p/s : Thanx to Nuffnang and Sony Pictures Malaysia

No comments :