Soalan Kifli Mally: Kurus itu elok ker? saya kurus saya ok.


hey uols,


wah mentang-mentang aku baru buat sekali je QA session terus dapat lagi soalan yang aku kena perah otak untuk fikir apa jawapan yang sesuai untuk kakak try untuk beranak kan dari mulut akak ini yer.

 Kurus itu elok ker? 
soalan ini kalau  fikir dengan teliti hingga bawa masuk ke dalam toilet boleh membawa parah tau, duduk kat toilet bowl tu fikir pecahkan otak sampai tak tahu nak buang apa kat toilet bowl tu kan :)

ok lah pada pandangan aku yang tak seberapa banyak ni Kurus itu memang cantik, dan kalau boleh semua bentuk tubuh badan kat dunia ni memang cantik tak kesah lah dari saiz memerang hingga ke saiz badak sumbu. Selagi perwatakan ko tak di keji dek khalayak umum selagi tu ko akan tetap cantik. Tapi kalau dah kurus tahap sampi (skinny) tu memang dah tak cantik lah uols

apa yer yang orang selalu panggil tu lepas makan je pergi toilet muntah kan balik makanan dorang. Ok tahu dah orang panggil anorexia

yer akak memang tahu kurus macam ni adalah kurus yang paling orang akan keji, ko model cantik-cantik tapi makan tak cukup sebab apa sebb terlalu obsess dengan kekurusan.Kurus yang normal, balance, cantik dan natural adalah kurus yang sngt susah untuk dikawal. Sebab tubuh badan kita ni cepat berubah-ubah metabolisme bergantung pada jisim tubuh badan seseorang.

banyak juga kawan akak ni yang dari gemok nak ke kurus dan begitulah sebaliknya. Pendapat aku mereka yang gemok nak ke kurus tu for sure mereka nak kurus sebab nak merasa apa itu erti memakai saiz M/S/XS betul tak? bukan lah korang nak kurus semata2 macam tiang lampu yang reput tu kan....

kurus macam akak ni pun dah nice, so no need lah nak mencabar diri korang tu ke arah yang lebih drastik, melainkan ko tu model. Tapi sayang kalau setakat kat #Malaysia ni tak payahlah korang nak bersaing sngt untuk menjadi kurus sebabnya orang kita local ramai yang tak begitu gemar yang terlalu kurus beban kurus itu terletak pada WANITA terutamanya. Korang fahamkan kenapa akak cakap macam tu sebab figure uols tu akan nampak macam plywood dari jauh. Market boleh jatuh uols :)

Manakala bagi lelaki pula, majoriti apa yang kita lihat di malaysia lelaki kebanyakannya bukan jenis yang memiliki six-pack pun, mereka yang memiliki six-pack hanya segelintir saja seperti abang2 yang pergi ke gym, abang yang sering bersukan. Tapi kebanyakan yang pergi ke gym tu pun bukan semua yang mempunyai six-pack uols ada yang baru nak start.


susuk tubuh lelaki seperti ini sudah biasa dimiliki oleh majoriti lelaki melayu dimalaysia.Bagi kita semua ini adalah yang terbaik tak begitu kurus (skinny) dan tak begitu gemok berisi. Tapi biasanya isu kurus atau gemuk pada lelaki tidak sedikit pun mendatangkan impak yang besar pada diri mereka kerana lelaki menerima seadanya tentang susuk tubuh badan mereka. Akan tetapi berbeza pula bagi wanita, jangan kau berani2 mempersoalkan tentang susuk tubuh pada wanita kalau korang tak nak kena halilintar haha.


Kalau dulu korang akan berkata Umur menjadi soalan sensitif kan? sekarang soalan naik turun badan pun boleh kena jadi isu.


 Saya kurus saya ok!
ok sekarang ni kita beralih pula cerita kepada mereka yang berisi atau yang dipanggil GEMOK. Kebanyakan mereka yang berstatus gemok ni takde confident diri itu sudah semestinya even mereka yang jenis kurus ni pun pernah rasa tak confident dengan diri sendiri sebab terlalu kurus. satu tips ni je yang i will share with you guys.

Pemakaian yang bersesuaian. Pemilihan dari segi pakaian amatlah penting uols, kakak ulang yer tersangat lah penting. Kalau korang tersilap memilih pakaian korang confirm sepanjang hari tu tidak akan merasa selesa dan confident. Korang kenalah kreatif di dalam memilih pakaian yang sesuai. Harap korang faham yer


ok jah ko pose taw, lepas ni aku tak nak kurus dah, kita berisi macam ni pun boleh jadi model kan uols :)
 i believe i can swim like sealion :) 
tak ke makan hati berulam paku pakis mak badak sumbu tengok pose akak kita sorang ni, skang ni bukan saja skinny yang dok menge-pose untuk photoshot ok skang ni orang yang chubby pun memainkan peranan dan yang penting permintaan itu sangat tinggi ok.

korang sendiri fikirlah sebab korang yang akan bawa penampilan korang untuk jadi tatapan kat luar tu. Setiap orang ada citarasa yang tersendiri untuk tampil cantik dan segak.



No comments :