Nov 25, 2012

Cara betul memberus gigi dengan Colgate Slimsoft

hey uols,

masalah yang sering dihapai diri ini ialah Gusi Berdarah, setiap pagi kalau berus gigi tu confirm akan berdarah dan dah banyak berus gigi yang diguna pakai tapi hasil masih sama gigi ini masih lagi berdarah, lepas tu contohnya kalau makan buah epal pun still ada kesan darah tercalit pada buah. 

So masalahnya disini ialah Gigi ini jenis sensitif dan juga gusi yang mudah terdedah pada geseran jer terus berdarah. Plak yang melekat pada gigi adalah hasil daripada sisa makanan yang kita makan tu tak dibersihkan dengan teliti. Semua orang sudah sedia maklum memberus gigi adalah 2 kali sehari pagi dan malam itu semua orang dah sedar dari kecil lagi kita sudah ditekankan akan kepentingan memberus gigi.

minggu lepas aku pergi ke HERO supermarket area cheras ni dengan harapan nak beli Berus gigi yang baru, mungkin dengan berus gigi yang baru ni bersifat lembut dan tidak lagi melukakan gusi saban hari menggosok gigi. Betul tak?
permukaan hujung yang tipis memudahkan untuk mencungkil keluar sisa makan, amik ko takde lagi sisa makanan yang melekit lepas tu.
tapi sayang berus gigi Colgate Slimsoft 0.01mm tu takde lah pula dijual kat pasaraya tu, brand lain tu ada juga tapi masalahnya nampak macam berus gigi yang keras, so baik  tak berani untuk ambil risiko baik cari berus gigi ni sampai dapat ^_^
korang tak perlu risau macam mana untuk beruskan gigi kerana tutorial yang sebetulnya ada ditunjuk kan pada video diatas. Klik Sini untuk ke video tersebut  
tapi apa yang penting sekali berjumpa dan membuat temu janji dengan doktor gigi itu semestinya penting untuk memastikan pengawalan gigi kita yang sihat tu :)
Gigi yang sihat menghasilkan senyuman yang ikhlas.
 so untuk dapatkan maklumat lanjut korang boleh lah klik mana-mana satu iklan yang terpapar di blog kifli mally tu yer.
selamat membersihkan gigi yer. Ok lah uols nak sambung memberus gigi sambil mandi. Pedih mata masuk sabun hahahha