Nov 23, 2012

Projek 100 Bloggers Dari Bro Fremestone


hey uols,


malam ni memang tak dapat nak lelapkan mata, so apa lagi bermulah episode mencari cinta iaitu blogwalking. Dari satu blog ke satu blog aku menjelajah siap lappy aku dah hang dibuatnya. Tapi itu semua tak penting setelah melihat satu pembaharuan yang begitu besar impaknya kepada mereka yang bergelar sebagai seorang blogger. 

Siapa yang tak mengenali broframestone, seorang blogger yang memang diakui kehebatan di dalam dunia berbloggin ni. Boleh dikatakan diantara salah seorang otai juga ok. Kini bro ingin mencari 100 blogger untuk menjadi sebahagian dari mereka untuk di-exposed-kan kepada beberapa syarikat di malaysia ni. Untuk menjadi sebahagian daripada projek 100 bloggers ni seperti dibawah:

  1. Blogger mestilah warganegara malaysia dan duduk dimalaysia
  2. Mempunyai trafik sehari dalam 500 UV (Sekurang-kurangnya)
  3. Setiap blog post mendapat 5 -10 komen dari pembaca (Sekurang-kurangnya)
  4. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan
  5. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  6. kekerapan untuk update blog sekurang-kurangnya seminggu 4 kali
  7. Sanggup memberikan komitment kepada projeck 100 bloggers
  8. Lebih diberi keutamaan kepada Blogeers ber"niche" contohnya seperti kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, makanan dan keusahawanan.

akhir kata, kalau uols semua merasa uols layak untuk menjadi sebahagian dari keluarga Projek 100 Bloggers sila KLIK SINI untuk mengetahui cara lebih lanjut untuk menyertai.


2 comments :

Afasz said...

oooo baru ke ni?

Kifli Mally said...

@Afasz Bro dah lauch pada bulan march aritu, tapi i rasa tak terlewat lagi untuk join :) kalau ada rezeki sapa tahu kan. try la awk