Lama dah Kifli Mally tak usha blog Jejaka ini.

hey uols,

aha betul aku ada 3 blogger jejaka yang dah lama tak jenguk bukan sebab terlalu busy uols, sebab dah terpadam dari ingatan ni saja, terpadam sementara sajo bukan terpadam buat selamanya. Apa yang penting blogger pertama yang aku terus teringat ialah Ben Ashaari time tu aku tengah duk bergayut sakan kat dalam train merenung masa depan katanya uols tapi apa kaitan masa depan MEK dengan BEN Ashaari gituuuuu~ ko jawab sendiri bedah!
pertama ni biarlah aku bercerita tentang Ben Ashaari dulu yer macam mana weols sama2 dulu pergi memancing, main futsal dan yang penting pergi gym buat muscle kekar haha wahhh gituuu masih ada hati ingin #verangan kan. Dulu seperti tahun lepas wah bukan main lagi blogger ni menjadi perhatian dan bualan orang ramai tak tahu lagi lah sekarang ni masih hangat seperti dulu or tidak, contohnya seperti entry Ben Nyah! sumpah kelakar ok memang tak tahan dibuatnya diri ini dari terus buasir sebab gelak hentak pulas ke lantai :)

dahulunya Ben selalu buat something untuk naikkan budak2 blogger yang baru ni, so ada diantara mereka ni kaw2 punya kipas susah mati lah katakan hehe. Apa lagi uols aku pun mana nak mengalah walaupun tak dapat nak kipas dengan brand yang mahal tapi dapat gak lah di featured kan dalam blog dia haha.
wow dan apa yang penting budak yang Kaki Kipas tu skang ni memang dah naik setinggi menara kalam. Dulu nama pakai domain QieflySidolce.blogspot.com tapi lepas tu rasa lidah tu terbelit terus tukar ke Kiflimally.blogspot.com iaitu skang ni ^_^

tak sangka kang dari dia busy2 berblogging terus dah ada cahaya mata uosl lagi meriah lah kehidupan berblogging beliau kannn #makanhati kejap tengok blog beliau ala2 tengok drama korea uols. gituuuu
beralih pula cerita ni seorang blogger ecommerce wah gitu. Dulu gua sangat respect dengan beliau sebab kegigihan berblogging dan banyak juga sumber dan ilham yang aku amik sama ada berizin ataupun tanpa izin dari blog beliau harap halal lah yer :) Mel Romeo jejaka blogger malaya katanya uols. Apa yang penting membuatkan aku teringat pada beliau ini kerana perang saudara blogger. 

Dulu mel romeo ada bertekak dengan seorang blogger ni tapi dia reply blogger tu dengan ayat2 yang cool sebab tu dia patut dicontohi, haha siap blogger otai or blogger o-taik. Tapi apa pun perang dingin macam tu kejap je kot sampai bila nak bertekak setakat nak panaskan suasana berblogging saja lepas tu sejuk balik isu ni. Maaf tak boleh nak pakai carik link romeo yang terkini, ntah lah mungkin dah tak berblogging kot :)
 
dan yang ke3 aku paling tak tahan blogger ni yang al-kisahnya duduk kat jepun dan aku tak tahu sama ada dia dah abis study ataupun dah kerja, harap maaflah kalau aku tak tahu yer sebab aku pun bukan nya rajin stalker beliau haha. Blogger paling otai yang aku maksudnya ialah zackzukhairi si blogger realiti konspirasi. Aku respect gile dengan dia ni satu entry tu dia boleh cecah dalam 5ratus koooo. Ko mampo? sah2 tak mampu dhek. Setiap entry yang dia nyatakan memang ada berkaitan dengan hidup kita seharian yang normal ni. 

kadang tu terfikir dari mana dia dapat readers yang boleh reply setiap entry dia hingga menjadi beratus tu. Huhu respect giler r. Kalau korang tak percaya korang belek satu persatu entry beliau, jangan risau entry dia boleh dihitung dengan senang sebab dia pun busy layan budak2 KPOP kat sana so entry yang dia update tu amatlah jarang. Setahun tu ada 5 entry sajooooo. haiyooo takutlah aku mcm ni. Even blogger local pun tak dapat comment macam dia ni. harap tarik readers dengan traffic jer. 

Tapi betul ker kata orang kalau dah duduk kat luar negara tu jauh dari malaysia kita ni ada keyakinan untuk mencarut dan bersuara tanpa segan wahhh gitu. Esok aku nak g duduk kat thailand lepas tu buat tetek besar2 siap tayangkan satu malaysia, tak ke sia2 balik nanti kat airport terus kena kahak hahaha...SEDIH~ eh yang penting mamat ni terror melukis tu yang part paling best dalam ber-blogging ni korang boleh share apa saja dalam bentuk lukisan :)
dan part yang paling ditunggu seorang lagi blogger hakak-hakak ni, memang aku sangat tertunggu setiap entry yang dihasil kan dan tak lain tak bukan kalau bukan kak senduk. Ko jangan macam2 yer walaun korang tak kenal dia tapi jangan membuatkan dia update entry yer kalau sekali dia update entry berdentum lah petir tu atas kepala uols. Hahaha cari pasal je namanya tu.

Semua cerita pasal kak senduk amatlah kelakar dan setiap entry yang dia post menjadi tumpuan segenap blogger untuk membacanya, mungkin sama ada nak dengar carutan beliau tak pun tutorial nak buat tudung haha.
Tapi sayang kalau korang tengok takde dah himpunan gambar tutorial tudung beliau, nak buat macam mana mungkin terlalu ramai yang copy paste gambar kak senduk untuk buat sumber inspirasi. walau apa pun kak senduk ko tetap meriah.Entry ala tudung dulu-dulu tu dah mencecah comment 3ratus kot. haiyoooooo meriah uols~

Eh eh mama kenapa adik nak search gambar senduk kat google tapi gambar akak ni yang terdisplay? dialah mahakarya senduk :) ok bai


5 comments :

Selena Helena said...

Adeq pun dah menjadi blogger yang terkenal sekrg....

"Tunjuk ajarku Sifu!"

Rawlins byRawlins said...

Kelas...
Tahniah uols
Uols pun dah melets skang kan

Rawlins byRawlins said...

Kelas...
Tahniah uols
Uols pun dah melets skang kan

Kifli Mally said...

@Selena Helena wah gitu, klu kita femes kak sure orang dah mintak autograph haha :)

Kifli Mally said...

@Rawlins byRawlins jangan mcm tu kak, u n i kalau bergabung meletups taw uoll. so dari sekarang kita kena atur strategy