Sertai Yuna di dalam Galaxy Wonderland. Ilham Bersama Yuna Zarai

 hey uols,

Uols kalau sebut je Samsung siapa duta mereka yang akan korang fikirkan? Wow confirm YUNA ZARAI kan? dan ada berita gembira buat peminat Yuna dimana Yuna sekali lagi akan muncul di dalam Samsung Galaxy Note II Oh Yeah~

Korang tahu tak? Di dalam pembikinan projek mereka yang pertama Yuna memenangi Anugerah di Sparkle Project, Wow~ kini Yuna dan Samsung sekali lagi memulakan perjalanan mereka bersama Galaxy Note ll, dan kali ni lebih mengujakan kerana Galaxy Wonderland merupakan Pengembaraan Musical yang terkini buat Yuna serta korang semua diluar sana.

Yuna sememangnya merupakan sumber isnpirasi dan setiap koleksi lagu Yuna semuanya ada makna yang tersendiri. Jambu pula suka sangat dengan lagu Yuna Zarai (Fading Flower) boleh demam kalau tak dengar lagu dia tu seharian haha.
Jadi kali ini Yuna ingin anda semua untuk menjadi sebahagian daripada inspirasi muzik beliau, Korang hanya perlu ker Wonderland Galaxy dan kemudian Hantarkan sumber ilham, idea dan wonderland korang untuk dikongsi bersama dengan Yuna didalam pembikinan lagu baru dan juga muzik video klip Yuna. Semakin ramai yang menyertai Galaxy Wonderland ni dengan menghantar idea korang semakin meriah muzik yang bakal dihasilkan.

Yer korang hanya perlu mencoretkan ilham serta idea korang di Galaxy Wonderland's Online Portal contoh seperti apa yang Jambu buat. Tengok kat bawah ni 
Ada 3 bulatan merah kan? Create & Explore Wonderland tu adalah tempat korang nak hasilkan ilham dan idea kreatif korang :) Dan bawah sekali tu bila korang Log In melalui Facebook. Senang dan mudah bukan? 
so macam mana cantik kan? haha TQ dan jambu percaya ilham serta idea korang sure lagi gempak dari ini :) Korang hanya perlu log in diri melalui Facebook dan terus Create ilham korang tu. Apa yang korang suka tentang malaysia? hah kan senang untuk di adaptasikan di dalam Galaxy Wonderland.

Haha sangat comel juga hasil jambu kan? Apa yang Jambu inginkan ialah dimana #wonderland hujan candy dan juga ais krim dari awan. Sweet kan wonderland dari Jambu.
selepas korang dah submit nanti ianya akan terhasil dalam bentuk doodle :) comel bukan? Cuba ke Galaxy Wonderland's Online Portal dan saksikan berapa banyak doodle yang telah pun sudah dihasilkan. Doodle itu merupakan ilham dan idea mereka semua. Seperti yang Jambu cakapkan makin ramai yang sertai makin meriah Galaxy Wonderland tersebut dengan idea korang yang cukup kreatif tu.
Yuna dah pun beritahu korang macam mana untuk menyertai, senang bukan? Jadi jangan tunggu lama ok, dan pastinya ilham dan idea korang akan terpapar di dalam Lagu Baru Yuna.
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila ke Facebook Page Samsung Malaysia KLIK SINI

No comments :