Sugar Glider: Kenal kan my new baby HONEY!

 hey uols,


dah tiba masanya I perkenalkan my new baby in this house, all her information stated as below:
Name: Honey
Age: 4 months
Sex: Female
kenapa aku namakan dia Honey? kenapa bukan puteri? salmah? or melor? haha beginin ceritanya. Asalnya Honey ni adalah milik sepenuhnya kepada kawan aku sorang ni zuzu, but then since dia tak boleh nak hadapi keliaran si honey ni so terpaksa lah dia serahkan pada Mr Pakar,so far honet di dalam jagaan aku dah dekat 2 minggu lebih dan apa yang penting banyak benda aku buat untuk jinak kan budak tomey ni.

Siap google lagi tengok apa yang patut untuk menjinakkan dia ni, lepas tu part yang tak tahan bila ada yang mengatakan amik baju yang kita pakai semalaman lepas tu biarkan dekat dengan cage, sebab apa? sebab nak bagi bau ketiak korang tu Sugar Glider ni kenal mau korang. Gituuuu~ Kiranya dia kenalpasti bau badan/ketiak korang tu.
 mana pula datangnya nama Honey tu? 
Pada minggu yang pertama aku jaga budak ni, ya ampunnn Tuhan je lah yang tahu dia punya bising tu, liar nak mampos terkinja-kinja kesana kemari walhal ko dalam cage je pun. Lepas tu tak tahan sangat aku lepas kan dia kat lantai rumah. 

Habis satu rumah tu dia scan, kemudian nya aku umpan dia dengan Madu. Calitkan madu tu pada jari telunjuk dan panggil nama dia, time aku buat tu dengan cepatnya dia datang dan menjilat jari jemari ku ini.ohhh~ sweetnya kan tak pasal2 dapat nama Honey
 kemudian tu, bila part makan adalah masa yang sesuai untuk jinak kan dia. Selalu sebut nama dia tak kira waktu. Time korang sebut nama dia tu kadang-kadang dia menyahut bising. Tak kisahlah bahasa ko yang penting aku tahu ko tak "bisu" sebab ko menyahut panggilan nama ko.
 
 so far far away, dia suka makan epal, madu, anggur dan juga vitamin. But being honest aku tak prepare lagi barang2 dia yang lain seperti pouch, roda mainan. Since dia tengah dalam process nak kenal aku, aku tak berapa nak galakkan untuk ketip kuku dia takut nnti dia meroyan tersalah ketip plk. Kang satu hal luka pada jari pula :)
apa yang korang nampak itu sebenarnya adalah Vitamin yang aku lumatkan dalam air, so senang sikit dia makan. Lembut ala-ala bubur gitu :) Aku budget dia ni macam kucing or Guinea Pig apa kita bagi dia tibai jer, rupanya tak yer! dia ni memang jenis pemilih sikit. Dia memang ada taste yang tersendiri. Oh i loike.Classy~

Might be kalu ada masa I will go to Downtown Cheras, sebab kat situ aku pernah nampak ada kedai pet dan banyak peralatan untuk Sugar Glider as well.
kat bawah ni ada video yang sempat aku rakam, ntah tiba2 je aku teringin nak tengok sejauh mana dia boleh merayau kat rumah ni.
 
 
 ini tak boleh jadi aku kena tetapkan lagi sebulan dan aku akan pastikan dia jinak, kalau tidak ko tak akan dapat jantan haha. Ko ingat pesanan dari mak tiri tu Honey haha.

No comments :