Kisah AJL26 congrats Hafiz, Faizal Tahir, 3Suara dan Alyah

hye uols,

KISAH AJL 26

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..


congratz to hafiz sebb berjaya menyandang title AJL26 tahun ni :) dan menyandang 2 tahun berturut2 vokal terbaik...serius performance hafiz sngt sempoi dan tak memerlukan budget yang besar, yelah baju simple props just platform tu je dah membolehkan dia menang, yang tak tahan tu ada mcm sabotage 10saat...

manakala gandingan 3 suara Ning Baizura Jac n Shila Amzah mmg tak kurang hebatnya, berada di tempat ke2...malam tu mmg banyak sngt kelainan yang mereka lakukan tabik spring semua artis yang terlibat :)


manakala tempat ketiga disandang oleh Karma Faizal Tahir :) bagi aku malam tu he is the best suara dia sngt lantang dan sedap utk di dengar :)


manakala yuna, hurmmm aku sngt terkedu sebb dia tak dapat apa2 title malam tu tapi bagi weols semua as fans YUNA dia dah memang pemenang untuk malaysia :)

adik kita plak si najwa latif tu, mcm mana nak cakap erk? dorang cakap semalam kalau dia menang sure ramai yang tak akan setuju dan suka, yelah budak umur belasan tahun boleh menang AJL26, at least dia tercalon ko mampo? tu pun tengok kat rumah je kannn hahah....

P/s : Sebenarnya aku target Alyah - Kisah Hati menang AJL26 semalam yelah mana taknya tak ker gimik vokal suara dan persembahan alyah cukup mendapat sambutan hangat dari dalam stadium putra tu, serius aku cakap suara alyah semalam tak sama dengan suara dia time peringkat suku akhir...mcm mana korang dengar lagu dia kat mp3 korang mcm tu la sebijik suara dia kat stage...GOOSEBUMPS kot :)

ape pun artis malaysia memang hebat2 belaka :)

#sekian

(TKG CREW )kelas kawan aku sekarang ni, semuanya dah bertudung.

tgok akak senduk dah insaf siap buat tutorial tudung lagi haha :) comel tol dia ni

hye uols,

hari ni aku tak taw nak buat apa, aku duduk rumah je terperuk lepas tu aku godek punye godek jumpa lah kawan2 aku yang dulu nya mmg teramat liar perangai sekor2 ni lagi teruk dari benda yang dalam kandang tu...haha apa tu uols? sendiri mau fikir la yer :) mereka semua ni dah temu jalan yang benar uols menitik air mata kejap...

part yang aku paling tak tahan bila dorang mempelbagaikan fesyen tudung skang ni kelasss, mak hanya mampu menongkat dagu je sebb terpegun dengan kehebatan uols mendecorasi tudung uols tu :)

kalau ko tak percaya ko tengok kat bawah ni jah...mak siap buat biodata ringkas untuk tatapan dan kejian uols semua...

nama glam : untie leha
hobi : tidur dan makan
pekerjaan : call center syarikat karipap service
stail : makcik yang simple dan bersahaja dan tudung juga seharusnya dipenuhkan dengan kerawang atau labuci.

nama glam : akak tasya aka aisha
hobi : hasilkan gelang silver
pekerjaan : exec di syarikat pakaian (jersey)
stail : akak bertudung style raget sebb senang skit nak pukul orang (bekas kaki pukul petaling jaya)

nama glam : akak Nina
hobi : pengumpul koleksi shawl
pekerjaan : human resource
stail : bekas tomboy berjinak2 nak bertudung :) tudung tu labuh skit tutup paras dada tapi baju pinggang singkat

nama glam : makcik toncet
hobi : masak dan buat teh suam utk tetamu
pekerjaan : pembekal nasi lemak di swiss garden
stail : fabric tudung jenis shawl di ikat toncet mudah untuk menjual nasi lemak...lebihan tudung kiri dan kanan boleh buat feeling2 libas rambut.

nama glam : adek najwa
hobi : snap pic tudung
pekerjaan : student mass com
stail : tudung ni jenis shawl juga tapi senang utk dililit pada kepala dan di bawa ke kampus :)

stail : tudung ni senang utk di bawa ke majlis anual dinner kat kampus :) jenis tudung ni jenis ketumbuhan kat kepala sngt nice kalau diletak ropol atau sekumtum bunga besar...

stail : tudung ni mmg sesuai bagi mereka yang nak g mandi sungai contoh kat sg gabai haha...tak pown kalau uols nak g mandi laut sngt nice cara tudung ni boleh di praktiskan begitu mudah tak perlu pin langsung, mudah bukan

selamat mencuba uols

#sekian

Gambar (LIVE) : Polis selamatkan kanak-kanak perempuan jadi tebusan

hye uols,

ok i admit that back few days i was away and quite busy, so kali ni aku balik dengan cerita sedikit panas...aku bukan nak jadi reporter ke apa ker? sebb itu bukan cita cita akak pun ok...aku just nak conclude apa yang terjadi pagi semalam...

sure korang ada dengar cerita atau berita TV3 dimana ada orang kurang siuman berbogel ugut bunuh budak 10tahun kan? kalau uols tak taw, uols semua kategori SEDIH~ haha

cerita nya bila aku dan kawan tkg lain nak lunch kat kg baru, sampai je kat kg baru terus jamn as usual, lepas tu ada nampak kereta polis and ambulans park kat tepi rumah

then kawan aku pergilah siasat...siasat punya siasat rupanya ada kes siap Mazidul Akmal Sidek berada ditempat kejadian..

"uols, ada jantan tu lari bogel satu kawasan ni lepas tu orang awam pukul terok punya sampai mamat bogel tu terus masuk rumah makcik ni then terus acu pisau kat leher anak makcik tu.."

ok dari situ aku sendiri nak g menyibuk ala2 reporter smbil bawa pass ko mampo?

pakcik cameraman ni baru sampai tapi dia sendiri tak tahu cerita, apa lagi aku pun bercerita pjg lebar bagi pakcik ni faham...bangga kejap~

ini rumah mangsa jenayah tu berlaku...

salah seorang kakitangan HKL bagi ubat pelali kedalam air sebelum bagi kat mangsa, tapi masalahnya si mangsa tak nak minum dan yang penting time ni jarum tu tu patah yer...nervous ye abg? takpe2 buat slow2...

pegawai polis yang datang membuat liputan...agak ramai juga la...

ko sendiri bayangkan betapa lamanya mereka semua nak pujuk suspek untuk menyerah diri tapi gagal ok, even sebelum tu girl friend suspek sendiri pun tak berjaya nak pujuk..so aku pun tak tahu mcm mana dengan air mineral yang di isi ubat pelalu tu sama ada berkesan atau pun tak? tapi kalau dari kol 10am smpi kol 4.10pm maksudnya cara tu tak bagi kesan kat suspek lah kan..

at the end polis terpaksa lepaskan 4 das tembakan, sebb dah tak boleh nak buat apa2 dah kot, tapi rasa sedih tu tetap ada yelah orang tu dah lah kurang siuman ntah dia sendiri pun tak tahu apa benda yang dia buat tu...last skali mati sia2 je kena tembak dengan polis...

tapi part yang aku rasa kecewa sngt bila kejadian pertama tu berlaku, dah ko nampak dia berlari bogel pada awalnya ko bagi lah dia baju ker kain pelikat ker untuk tutup kemaluan dia kannn...ini tidak yang korang semua g bantai dia smpi dia naik angin pasal pe plak? tu lah orang melayu sikit2 nak terus guna kekerasan...

tak kisah lah kalau aku tak tahu cerita sekali pun tapi perluker ko nak guna kekerasan segala...???

berita penuh klik SINI

#sekian~

Audition "CUCI the Musical 3" 2012


hai uols,


kelas bagi mereka yang meminati cuci the musical ada berita gumbira hehe sebb cuci the musical 3 akan dipersembahkan kat istana budaya. So bagi mereka yang tertunggu2 sila dapatkan tiket nanti yer eh lambat lagi bulan dua karang :)

so alkisahnya time tu aku saje je nak cari pengalaman mcm mana rasanya orang ni selalu g audition fuh~ jangan cakap time tu aku mmg berdebar tak hingat dunia uols,

time aku pergi audition tu aku secara acuh tak acuh telah diajak oleh phet, penari freelance professional, so aku pun beranikan diri untuk join sebb apa? sebb nak cari pengalaman teheee~

nama dia @Phet

yup korang boleh panggil dia phet :) budak ni sngt tip top yer kalau menari semua dia boleh buat...aku ni selalu je makan hati kat dia haha...

ok sudahhh nak sambung pengalaman aku g audition tu plak~

sampai je kita orang kat istana budaya tu kita orang terus proceed ke dewan audition aku pun isilah borang dan amik nombor giliran,

no aku 48, phet 47~

smpi je time tu mak aiii ramainya manusia :) tiba2 rasa rendah diri tu timbul haha maklum lah aku ni tak delah reti nak menari sngt sah2 lah budak yang datang ni semua adalah penari kayangan semua tip top ok...

ini baru separuh je...ada lagi ramai yg menanti kat tepi tu :)

sebelum masuk dalam dewan audition para peserta kena snap sekeping dua pic ok ...

dalam audition ni 1st dia akan test vocal lepas taste vocal kemudian baru lah dia akan test menari...

time tu aku pun buntu mati akal tak taw nak bawa lagu apa...so aku pun decide last minit bawa lagu anuar zain keabadian cinta....hahaha thanx abg anuar lagu u juga jadi pilihan hati aku haha...

gigih kakak tu bersembunyi di sebalik tiang....

time test vocal tu ko jangan cakap r, pelbagai macam lagu dan versi yang korang dengar dari budak2 ni :) smpi part aku jer terus gugup sore sebut aaaaa~ bergetar shaking kotttt malu siot haha lepas je ko nyanyi lagu feveret ko juri tu akan suh ko ikut tone piano dia sebb dia nak uji tone suara korang :)

part ni test menari...maaf aku snap dari luar so tak berapa clear...

yesssss time ni mmg best sebb dia bagi lagu Who Run The World by Beyonce, alamak maafkan aku sebb tak ingt sapa nama juri yang buat step choreography tarian nie...serius aku cakap aku nervous sngt time ni...counting aku kelaut haha...

orang tu dah suh masuk aku plak masih feeling2 catwalk atas pentas :)

Result audition : aku tak dapat (sedih~) mungkin sebb aku terlalu cantik untuk menari dengan mereka semua so tak layak...haha matilah kena pijak kang, tapi @phet mmber aku tu dapat ok, tapi bagi aku phet mmg layak dapat sebb dia menari sngt flawless :)

bagi aku dapat tak dapat itu belakang cerita yang penting aku ada pengalaman audition fuhh, baru aku tahu mcm mana rasa dan feel orang g audition nie, serius bukan semudah yang korang sangkakan ok :)

skang ni mereka dah start practice dari awal bulan satu lagi so apa pun jangan lupa saksikan persembahan mereka bulan 2 nanti :)

sekian~

Makin menjadi-jadi tabiat makan aku sekarang ini.

hye uols,

ini selingan untuk seketika taw nak merapu kejap :)

aku tak taw la apa nak jadi dengan tabiat pemakanan aku skang ni uols, macam makin menjadi2 plak mcm tak boleh nak dibendung, korang bayangkan lah kol 7 pagi dah dapat panggilan dari kawan aku fahmey teman dia breakfast kat Qbistro lepas tu selang sejam kemudian weols shoot ke McD Cheras Leisure mall breakfast lagi...

kol 10 macam tu kawan belanja kat Old Town dan last skali closing makan kat Tutti Fruitti kol 1030 ko rasa time tu macam aku ni tak cukup makan kan? makan smpi tak ingt dunia...sedih tol~ eh makan pun kena nak sedih ker haha... tapi seriously this lately aku mmg sentiasa nak mengunyah jer :)

nak nak pula kena dengan penangan sup meletup kat cheras ni haiyoooo kalau tak kena maki hamun oleh mmber boleh juga aku makan dalam 3 kali sehari haha...

abang lapar dhek dah 2 hari tak makan...dap dap dap~

dalam aku tengah merayau2 tu fefiling ombak rindu boleh kawan aku si fahmey tu update status kat bbm Food Tour bersama Kifli Mally,

terus aku dapat pujian dari kawan2 "welcoming kifli mally to ___ "

A : cheras leisure mall
B : Gemok team
C : Black Berry world

ko rasa apa jawapan dia~ mcm binatang tak perangai kawan aku haha, smpi ati dia kata aku ni gemok :) aku tak gemok lagi okay cuma berisi sikit jer...jangan sesekali berkata yang aku ni Gemok kalau ko tak nak mulut ko masuk anak gajah~

ko tengok saleha tu gemok dah skang kan...tu lah makan lagi tak hingat dunia...

dulu time aku kurus melidi ada yang cakap aku ni tak nice lah cekung lah, mcm orang sakit lah, penagih dadah lah iskk tension akak dibuatnya dhek~

tapi bila aku nekad makan menjelang 12tgh malam aku berisi sedikit pun masi mendapat kritikan ramai yer..."eh ko berisi sngt ni tak nice lah kalu time ko kurus lagi elok" susah kan nak puaskan hati dan mata setiap orang yang memandang...

kannnn fefiling macam artis plak aku ni uols :) yang penting confident...

aku gemok boleh pose dalam air ko mampo? bukan senang taw anak gajah nak pose mcm tu...

Aku Gemok Aku Cantik


sekian~

Lawak - Kasihan pemuda itu dikenakan oleh pakcik biri-biri

hye uols,


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

*pemuda bagi buku lima kat pakcik tu dan blah :)

sekian~

Makan Carl's Jr.® Tengok The Darkest Hour (Review)

hye uols,

ok semalam status BB fahmey "apa movie best ek?" so aku pown sahut status dia tu dengan cerita "The Darkest Hour" pantang tol budak tu kalau aku dah bagi suggestion terus dia ajak aku g tengok dengan EJ

so weols pun g lah menapak dalam kol 5PM movie tu start, skali dah smpi sana dah siap beli ticket bagai baru lah aku teringat yang aku ni tak tengok lagi Mission Impossible Ghost Protocol tu...hurm takpe rezeki takde lagi kannnn~

eh agak lama juga la aku tak tengok wayang ni...tapi ok lah kan hari rabu kira tiket wayang murah gak :)


tapi sebelum nak g tengok wayang harus isi perut dulu kannnn...kalau tak meraung pula perut dalam cinema kang...

so weols decide nak melantak Carl's Jr, lagi satu senang skit nak g cinema takde lah rasa malas sngt lepas kenyang tu...

bersama EJ

inilah dia Fahmey, thanx to fahmey sebb belanja weols :)

last but not least sure lah tuan tanah punya pic kena ada dalam blog ni kan :) hidung adik makin kembang...huhu kembang kuncup kembang kuncup

burpppp~ alhamdulillah bila perut dah kenyang baru senang hati nak tengok wayang kannn so weols pun masuk layan cerita yang dikatakan gempak ni...so ini kesimpulan cerita yang aku buat :

cerita dorang ni lebih kurang 4 orang remaja yang fight balik alien yang try conquer dunia dorang, dan sebb alien datang nak conquer bumi sebb nak amik hasil dalam kerak bumi, dalam ramai2 manusia kat muka bumi ni hanya dorang je yang terselamat kat Moscow so dalam pengembaraan dorang ni dorang kena fight menatang tu untuk smpi ke tempat dimana ramai lagi yang terselamat dari serangan alien tu...

yang tak tahan alien ni halimunan sebb perisai dorang diperbuat dari tenaga elektrik, yang penting kehadiran alien yang halimunan tu boleh dikesan melalui elektrik, kalau ada elektrik maksudnya adalah si lahanat tu...

yang penting ada beberapa group askar yang fight menatang ni dengan senjata tip top

aku tak leh terima bila mereka berempat ni kehilangan kawan masing2 sedih taw uols, aku sayang kawn aku dan kalau boleh tka nak kehilangan mereka :)

ko tengok kucing tu siap kena balut dengan lampu hari raya semata2 nak kesan kehadiran alien tu haha comel sungguh :)

Dari 10 aku bagi lah 3 haha sebb jalan cerita yang tak berapa nice :)



ok daaaaaaaaa~

Video (skype) dari Nur Amalina Che Bakri

aku cilok dari http://www.anakulucheka.com


hye uols,

tak kesah lah apa orang nak berkata tentang budak cerdik pandai tu sapa nama dia? spirulina? eh mak gurau je nyah takkan tu pown ko nak marah dah rambut color bagai kannn sah2 ko open minded :)

tapi apa yang pastinya bukan pasti mmg sahih dah pown yang amalina masih lagi sambung study dan merupakan pelajar pintar kat University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan. so what do u expect?

alaaaa kalau setakat nak mengata dan mencaci tu mmg nampak sngt jeles mulut orang melayu takkan boleh tutup punya lah, kejap jer benda ni jadi isu lepas tu hilang ditiup angin kannn alih2 orang yang dok mengata tu yang duduk kat ulubanat mana ntah skali kena hantar luar negara lagi teruk kot dari Nur Amalina :) perumpamaan je uols haha...

klik lah kalau ko gigih nak baca :)

so biarlah kalau dia nak buat apa pakai apa skali pown kat sana itu hak dia kita kalau boleh just doakan yang terbaik jer untuk dia kan lebih elok faedahnya berbanding dengan memberi cacian paling busuk pun badi cacian tu berbalik kat batang hidung sendiri...kannnn


cilok dari http://beautifulnara.com

so kira amalina ni adalah seorang student yang kental gak lah sebb nak sambung study jauh2...kawan aku yang kertu2 dulu cakap dorang pown ada nak kena sponsored nak g sambung study tapi skali fikirkan pasal tomahan dan cacian ni terus tak jadi nak smbung study uols,

kelassss ko kesum~ g study jauh2 pown tetap orang kenal bila ko dah buat "taik" kat tempat orang terus berita smpi kat telinga negara...

yang penting Amalina tahu apa yang di buat dan doakan dia buat yang terbaik bukan saja untuk diri dia tapi untuk negara kita :)

Go Nur Amalina Che Bakri~ u rawk~