Begini cerita praktikal aku.

DAY 1

hey uols,

mak ai baru 1st time masuk keje aku dah terlena terhantuk2 kepala aku di depan PC. Bilik office aku yang sejuk membuatkan aku rasa macam nak tidur awal jer dan yang penting working hour aku 9.30am - 7.30am dan nampaknya sepanjang bulan ramadhan ni aku akan berbuka kat office jer.

company yang aku berkerja sekarang ni not bad aku pun suka cuma maybe aku kena bertukar cara enjoy aku ke cara seperti orang berkerja dimana mereka semua ada commitment masing2. kalau sebelum ni aku jenis yang akan tidur lambat dalam kol 5 pagi baru aku boleh nak lelapkan mata.

DAY 2


hurm aku masih lagi menunggu kerja apa yang supervisor aku nak assign kat aku yang penting jangan dia suruh aku g angkat benda berat2 sudah, kudrat di bulan puasa ni tak banyak dek :)
macam mana aku nak start conversation dengan budak2 kat sini sebab aku ni kalau tak berapa nak kenal pada mulanya aku mmg sngt pendiam.

time aku tengah menaip entry ni supervisor aku ada kat belakang tengah usha, tapi jangan risau aku dah siap cover baik punya, buat2 senyum manja lalu ucapkan lah SELAMAT PAGI SIR! eh lupa nak bagi tau kat korang ni company sales online dan supervisor aku tu male chiness dan yang penting sekali memang taste kita awk haha..

ok lah dulu smpi setakat ni dulu je kot nanti kita update lagi :)

#sekian dari budak yang dah praktikal

Soalan Kifli Mally : Apa itu TKG CREW?


hey uols,

serius aku tak tipu kawan-kawan aku yang lain ada bertanya "nok TKG tu mende?" jadi aku pun bagi mereka peluang untuk bagi maksud jawapan apa maksud TKG CREW itu.

so mereka ada 3 jawapan seperti :

1) Tengku Kamsiah Girl = bermaksud dimana group member kita orang ni umpama macam mak datin yang suka buat aktiviti seperti poco-poco dan brazilian wax

2) Tahan Keji Girl = hah yang ni plak memang best sebab ini menunjukkan yang group kita orang akan selalu dikeji gitu, walaupun dikeji dan di kahak weols mampu bertahan katanya, eh aku tak tahan taw dorang ni pandai-pandai je letak nama mcm tu kan :)

3) Terima Kasih Geng = yang ni lagi tak boleh belah, motif sangat nama group kita orang letak atas nama Thank You bagai, dah macam takde nama yang lain dah untuk kita orang nak guna kan.

ok~ nice try my friends, unfortunately semuanya salah memang tak kena walaupun uols dah try sedaya upaya kan.

TKG CREW
= Tak Kering Gusi

ok sure korang pun rasa hairan kenapa tak kering gusi? napa bukan tak kering kulit? mata? bibir? kaki cagu? masalahnya akan terungkai yer sabar yer dah alang biar aku terus lah bercerita salahsilah APA ITU TKG? sebab dah terlalu ramai yang bertanyakan benda yang sama so lain kali kalau ada orang bertanya lagi aku bersama rakan2 yang lain just pass link ni je terus abis cerita :)

so aku just listkan beberapa soalan yang basic untuk semua orang tahu seperti dibawah:

1) Kenapa Tak Kering Gusi? Kami memilih nama ni pun sebab rakan2 yang lain asyik buat lawak dan masing2 gelak tanpa henti tu yang tak kering gusi.

2) Berapa ramai ahli TKG Crew? Semuanya ada 30 ahli dan semuanya memang tak kering gusi (percayalah)

3) TKG Crew ni buat apa jer? kami buat pelbagai event, contoh seperti kerja amal, berkelah, bersukan, beriadah, teater, musical, concert, menari, flashmob dan yang paling latest skarang ni ada Bowling Tournament dan Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim :)

4) Korang semua ni kerja apa? aku paling suka jawab part ni sebab apa, sebab kerja mereka ni semua membolehkan kami melengkapkan satu sama lain sebagai satu group yang hebat. Contohnya ada diantara mereka yang kerja sebagai kakitangan kerajaan, Student, Berniaga sendiri, Pereka bangunan, insurance executive, retailer, Koir Kebangsaan dan banyak lagi :)

5) Apa website korang? BLOG, Twitter, Facebook Fan Page

6) korang selalu lepak mana? kami semua akan lepak kat mamak restoran area cheras :) (Lokasi Rahsia)

7) macam adik2 je semua ni? come on soalan macam ni pun nak ajukan ker? yes kami semua ni adik2 yang manja, lembut, very soft spoken dan yang penting kita orang tak pernah amik kisah tentang kritikan yang kita orang terima but mostly are welcoming compliment lah :) sebab orang tahu kalau kita berikan mereka sesuatu yang terbaik nescaya orang kita sendiri akan buka mata dengan sendirinya :) Ini cara kami dan bagi mereka yang tak suka takde masalah sebab TKG Crew always happy till the end of the day.

8) Ada bayaran ke Group ni? kami juga kenakan kutipan yuran tertentu pada setiap bulan ini adalah bagi memudahkan pengurusan kalau ada event yang dianjurkan. Serius kami sentiasa dahagan event sebab kami membolehkan rapat sesama sendiri :)

9) berapa umur korang semua ni? majority 20an

10) kalau ada apa2 soalan lagi korang boleh ajukan kat komen kat bawah entry ni TQ :)

------------------------------------------

gambar-gambar dibawah ni adalah bukti yang kami semua telah menjayakan beberapa event seperti :

Gerak tari musical DBKL 2011

Berbuka bersama Dynaz serta anak-anak yatim 2011

TKG CREW open house 2011

TKG Crew -Fabulous cute day- 2010 kot :)

TKG Crew Trip to penang 2010 kot :)

TKG Crew berbuka puasa -back to shcool- 2011

koir kebangsaan 2012

Pementasan Aswara -PETA- 2012

TKG Crew Sg congkak -Together As One- 2012

Sebenarnya ada banyak lagi cuma itu sahaja yang aku berjaya upload :) so seterusnya apa2 info terkini sekarang ni TKG CREW dah ada blog sendiri iaitu mytkgcrew.blogspot.com walaupun blog official untuk tkg crew ni masih baru tapi aku yakin dengan kegigihan kawan2 yang lain untuk update blog tu harap2 bersemangatlah yer :)

so aku rasa entry ini sudah cukup memberi keluasan akan kewujudan group kita orang ni. Jikalau berkesempatan insyahAllah manalah satu hari nanti kami sebagai TKG CREW akan menjalankan perniagaan sendiri. Verangan kejap nok~ tak salah kan manalah tahu satu hari nanti tercapai bangga mak nok.

kami berkawan dari muda

hinggalah ke tua :)

dan apa yang penting hubungan kami sebagai kawan memang tak akan putus kerana kami saling melengkapi antara satu sama lain. Insyah Allah

#sekian dari budak sayang TKG CREW

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ramadhan

hey uols,

Selamat datang Bulan Ramadhan yang cukup memberiku satu erti kehidupan dibulan baru ni. Baguslah kalau syaitan dah kena ikat maghrib malam semalam dan kini biar aku mulakan coretan baru sebagai seorang practical student yang sedang belajar erti hidup yang sebenar.

entah kenapa menjelang jer masuknya bulan Ramadhan hati aku terasa sayu dan sebak jer, terasa pukulan pada diri ini mungkin juga disebabkan faktor aku berjauhan dengan keluarga kan (Sabah) adik beradik aku yang lain pula sorang kat UPSI dan sorang plak kat Twintech so mmg susah nak jumpa dorang.

Terkedu sejenak memikirkan alangkah beruntung juga aku kerana mempunyai teman yang senantiasa menemani aku tanpa henti dan jemunya :) Hanya mereka je yang berupaya untuk membuatkan aku girang dikala duka.

Ingatkan sahur tadi aku keseorangan dan bersendirian tapi sekali tengok ramai juga budak TKG ni yang bersahur bersama kat NANA CAFE so rasa kesunyian tu agak kurang sedikit :)

Mak selalu pesan kalau bersahur tu kita kena banyakkan minum air suam so pada esoknya takde lah kita nampak lemau jer :) Yer mak kita tadi sahur dah naik kembung minum air mineral hehe...


perancangan pada belah pagi ni pula nak settlekan untuk event yang akan datang yang dianjurkan oleh group TKG CREW 28th july ni. Sempena ramadhan ni ada bowling aktiviti yang dijalankan so mungkin itu juga salah satu mengisi keriangan dikala Bulan Ramadhan.

nampaknya setakat ini dulu coretan aku yang tak seberapa. Dengan ini Kifli Mally ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Bersamalah kita semua mengejar amalan baik luar dan dalam :)

Muatan Beg lelaki lebih berharga berbanding wanita

hey uols,

sapa sini bawa beg? bengong juga soalan aku ni kan, opcoz semua orang bawa beg ada yang bawa beg besar kecil dan sederhana, ada juga yang pelbagai cara pembawakan beg masing2 ada yang suka sling beg, beg pack, beg jinjing dan macam2 lagi lah.

kalau dah ada beg tu sudah pasti muatan dia ada banyak kan, dan kalau korang perasan zaman millennium ni lelaki pun tak kurang hebatnya gigih menggalas beg sebesar bakul paling menyerlah sekali adek2 dan habang2 yang feeling wanita sekeping kan.

termasuklah aku sendiri kalau korang perasan apa yang ada kat dalam beg lelaki yang besar dan gah tu kan?


seperti yang dilihat kalau dah beg tu sebesar alam takkan pula lelaki nak bawa ke hulu-hilir make up box kan, of course lah tidak yer melainkan ada function sahaja baru lelaki2 yang feeling maskulin ni akan membawa makeup box mereka. Tapi kat sini lelaki biasanya dalam beg mereka akan penuh dengan IT Gadget contoh seperti

IT Gadget : IPAD, TAB, IPOD, notebook, Mp3 Player, PSP, Laptop dan pelbagai lagi
Alat kecantikan : Lip Balm, sunblock, lotion, compact power, deodorant, Wax rambut, towel, chewing gum, perfume dan banyak lagi

serius aku cakap ini bukan main2 ok, sebab itu aku cakap muatan lelaki yang terkandung kat dalam beg mereka adalah lebih berharga berbanding wanita, kalau boleh semua barang yang ada kat rumah selalu je nak bawa kemana2 bukan nak show off tapi kadang itu memang satu kewajipan yang akan membuatkan diri mereka terasa lengkap gituuuuuu~

BRAND & Selesa:

ok pasal brand pula majority hadek2 student yang suka akan beg besar ni SEED adalah salah satu favourite murah pun murah, selesa pun selesa. Sebab aku sendiri ada koleksi untuk Beg Seed bak kata orang Seed tu kalau pakai pergi pasar beli ikan pun nice ok :) yang penting kalau ada 70% discount ko jangan cakap hadek2 boleh borong 5 sekaligus ok

dan brand yang jenis berkulit dan juga buatan dari structure cotton membuatkan lagi si pemakai begitu selesa untuk di bawa kemana2

manakala bagi habang2 dan hadek2 yang dah berkerja tu mereka akan bermain dengan brand yang mahal sedikit seperti Topman, Gucci dan zara. Yes sapa yang tak nak merasa beg branded macam tu kan. So tak sabar nak kerja lepas tu nak shopping beg banyak2 :)

mak hayam pinjam pic ko sat naaaa~ http://fash-un-able.blogspot.com/

KESELAMATAN:

Dalam bab keselamatan actually lelaki lebih merbahaya berbanding wanita, SEBAB APA? sebab mudah kena ragut oleh abang2 jahat diluar sana. Sure lah abang yang jahat sebb kaki ragut kan takkan pula wanita bertudung meragut lelaki MASKULIN ni. Choiii takde maknanya~

Yes lelaki bersifat maskulin ni yang jenis membawa pelbagai barang berharga dalam satu beg besar. Dah lah ditambah dengan IT Gadget plus dengan wallet mereka yang berkepuk2 tu kan :)

mampo?

and even pemain bola sepak terkenal ni pun suka akan beg brand Gucci :) macam sesuatu je kan dia ni haha...

kepada mereka yang pernah terbaca entry Edisi: Terjah Beg pada entry post yang lalu aku ada terjah beg kawan aku gegurl dan korang boleh tengok lelaki dan wanita sapa lagi membawa barang berharga gituuuuu :)

#sekian dari budak suka beg besar



-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-



Event : Konsert Dir Koir Kebangsaan Auditorium DBKL (TKG CREW)

hey uols,

sabtu yang lepas aku dan TKG CREW yang lain macam biasa datang bagi support pada kawan kita orang yang terlibat didalam concert DIR kat Auditorium DBKL. Sememangnya terbaik yang harus kami berikan sebagai penonton sorakan umpama kicauan burung tu umpama penyeri keadaan.

dia ni lah salah seorang kawan kita orang dalam koir kebangsaan Arul nama dia. Aku sangat suka lagu yang dia nyanyikan time ni dan aku akui suara dia lunak kalau bawa lagu traditional sebab itu memang makanan dia mengalunkan lagu

seperti biasalah Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal dan beliau amat berbakat yer banyak juga award yang syafinaz menang di dalam pertandingan. Di dalam buku atucara koir kebangsaan mempersembahkan dalam 19buah lagu di antaranya contoh Toyol, Salam Terakhir, Terasing dan banyak lagi.

persembahan dan vokal suara ahli koir kebangsaan ni memang tak kurang hebatnya cuma kita orang semua berharap sangat mereka bagi sesuatu yang membuatkan kita orang terasa macam berada di dalam suasana koir yang sebenar, kalau tak silap persembahan SALAM TERAKHIR dan TERASING baru ada semangat yang padu disitu :)

mungkin ada betulnya juga mereka kelihatan penat sebab practice untuk beberapa bulan kan :)

selesai saja persembahan kita orang terus bergambar wah feeling-feeling graduate gitu

Diantara TKG CREW yang hadirkan diri :)

p/s : Pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad masih meninggalkan kesan yang amat mendalam pada kita semua melalui lagu-lagunya umpama kita begitu kenal rapat dengan beliau. Sebagai satu penghargaan koir kebangsaan malaysia telah menunjukkan penghargaan yang cukup bererti bagi kita semua.


saksikan persembahan dari mereka HUJAN dan arul sebagai penutup lagu tersebut :)

#sekian dari budak yang sukakan koir kebangsaan

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-



Purchased Milk Deal aku yang pertama

hey uols,

semalam punya semalam aku terlintas dan terniat kat hati nak try beli barang secara online, sebab dulu aku selalu berfikiran kalau aku shopping baju online sure smpi rumah tak muat kena lah g outer, tu kalau besar boleh kecik kan tapi kalau baju tu kecil tak ke kena mak aku pakai bungkus cempedak jawabnya :)

tapi kali ni aku lebih yakin sebab benda yang aku beli ni memang aku nak pakai pun, plus ianya gadget yang sngt aku perlukan bila BlackBerry aku kehabisan nyawa.

comel tak Power Bank charger ni. Portable, ringan, kecil dan mudah dibawa kemana saje kan :) so dengan keyakinan yang berbaki aku pun gigih lah purchased online, walaupun ianya ambil masa skit untuk deliver smpi kat rumah kita.

mehlah tengok cara aku purchased satu demi satu dan benda ni senang nak faham dan navigation yang di bagi tu memang mudah untuk difaham bagi customer yang ingin membuat pembelian secara online

1) korang pilih barang apa yang korang berkenan untuk beli, dan setiap promosi tu ada expired date so siapa cepat dia dapat.

2) Pilih color, macam aku dah pilih color turquoise. Selepas dah puas pilih color korang ke steo berikutnya
3) diatas menunjukkan senarai barang yang korang nak beli, korang kena check dari segi Email dan juga contact number.

4) selepas itu korang boleh pilih cara pembayaran yang senang bagi korang, kalau aku seperti biasalah payment semua atas CIMBCLICKS, kemudian korang boleh tekan proceed button.

5) dan time ni pembayaran telah pun akan berlaku sebab korang kena login dan confirmkan pembayaran harga barang uols,

6) perlu mengisi alamat yang senang untuk delivered package korang tu.

7) adalah bukti pembayaran untuk pembayaran korang, boleh just download ataupun print terus :) kemudian dia akan sent email kat korang tentang penghantaran package korang tu semua.

kepada mereka yang ingin nak try purchased item online meh lah try ur first experience kat sini ok :)
MILK DEAL

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-