Asia's Next Top Model Cycle 1 Episode 12 - Video Released


hey uols,

macam mana dengan kehidupan korang? splendid or nay?
hahaha tak kesah lah apa pun yang korang buat sama ada baik or buruk yang penting korang tahu diri korang gorgeous. Baru je lepas tengok ANTM (Asian) dekat youtube dan seperti biasa ada beberapa yang membuatkan bibir aku terkumat kamit untuk memberikan pandangan walaupun pandangan aku ni selekeh dimata Hatta Dolmat mahupun Rizman Ruzaini hahaha

ok dalam episode kali ini hanya tinggal 4 orang model yang cantik, Jesica, Kate, Stephenie, & Sofea.
lepas tu Nadya beri mereka utk pergi casting
resultnya agak menghampakan bagi si gadis tinggi lampai ni.
dalam banyak-banyak casting yang dia attend tu satu pun tak lepas

Jessica : 3
Kate : 2
Sofia : 0
Stephanie : 2

so apa yang korang rasa bila tak dapat satu pun dari casting tu? confirm mak pun akan meroyan walaupun asalnya muka si sofia tu tenang je. Jessica jangan cakap lah dia dah dapat 5 kali best photo shot kot. Ko rasa? tak ke yang lain tu makan hati. Walaupun pada awalnya aku predict perempuan dari nepal tu yang menang Aastha. Jangkaan mak sekali lagi melecet yer. Rupanya Jessica bukan calang-calang orangnya.
ketiga-tiga photo di atas serius nampak seperti goddess of hong kong tapi sekali tengok pic dari sofia sayang seribu kali sayang.
sepanjang photo shot tu dia struggle dengan dress dia tu. Wanita japan ni berukuran 183cm, ko rasa?
mak yang ala-ala Fazura ni pun 172cm je. mana nak cari lagi baki 11cm tu? makan calcium sampai lebam ke? haha
 Tips1: Bila photographer cakap dia nak ELEGANT ko jangan lah buat lentok-lentok umpama duyung di darat. Korang just perlu bend sedikit dan pergerakan tangan sangat lah penting. Keadaan badan seharusnya flexible. Mimik muka berikan serius dan bibir mungilkan sedikit dan ingat bukan nya senyum.
Tips2: siapa cakap tubuh yang panjang jenjang cecah atap rumah always look stunning and gorgeous. NO NO NO kalau tubuh korang yang panjang tu tapi tak reti nak menge-pose kan sayang tu. Situasi ni di hadapi oleh sofia pada shoot kali ni. Dia terlalu banyak memikirkan pasal dress tu hingga lupa fokus pada mimik muka dan body pose.

dan sayangnya sofia tersingkir pada episode kali ni. Takpelah gurl dengan ketinggian dan pengalaman uols lepas ni confirm akan jadi model yang tip top.



No comments :