Feb 26, 2013

BlackBerry 10 Ciri-Ciri yang Di Highlight

hey uols,


selama ni aku ada juga dengar tentang ura-ura Blackberry 10 tu dah nak released, aku pun try lah usha kat mana website untuk usha berapa $$$$ kan? kot kalau murah boleh gak merasa sebijik haha dari Bold 1 bawa ke Bold 2 terus lompat ke Bold 10.

BB 10 ni ada 2 jenis iaitu Z10 dan Q10, kita ignore je Q10 tu sebab bentuk yang hampir sama seperti Bold 4 walaupun cuma Q10 ni lagi havoc ^_^
so seperti yang korang lihat kelebihan yang ada pada BB 10 ini bergantung pada jenis aplikasi dan kemudahan yang membuatkan hidup korang lebih senang dan teratur. Itu kekdahnya uols~ takkan pula phone dicipta lagi untuk membebankan kan? setakat yang buat kita terasa beban bila hujung bulan tiba kena bayar bil haha!

ok jum kita tengok beberapa kelebihan BB10 ni ada:
  • BlackBerry Flow & Peek: Di mana penggunaan aplikasi tu semua smooth dan senang korang hanya slide je dari bawah ke atas untuk unlock, dan penggunaan browser terpantas yang pernah korang rasa. Peek pula contohnya korang tengah layan video lepas tu ada BBM/Email masuk korang boleh slide ke kanan tanpa mengganggu video tadi. Konsep intai-intai lah uols~
 
  • BlackBerry Hub: Ok Hub atau penghubung ini merupakan yang terpenting di dalam BB10 ni kerana semuanya teratur pada menu di sebelah kiri phone tersebut. Korang just slide dan tengok menu seperti Email, Twitter, Facebook dan sebagainya tersusun rapi. korang boleh just baca pada hub tanpa masuk ke apps tersebut. Mudah kan?
 
  • BlackBerry Keyboard: Satu lagi kelebihan yang ada terletak kat Keyboard, mak sangat respect cara mereka design Touch Keyboard ni. Contohnya korang taip Hello di atas keyboard tu sendiri terus memberikan ayat penyambung so apa yang korang perlu just slide je ayat tu "Hello Good Morning!" Keyboard ini seolah-olah tahu apa yang korang fikirkan. Katanya ada dalam semua bahasa, tak sabar pula mak nak tengok kalau mereka ada ayat pencadang dalam BM. Lepas tu korang hanya perlu slide ke atas untuk menukar dari Abjad ke Nombor ke Simbol. Senang bukan? 
 
  • BBM, Video, Screen: ok sebenarnya kalau korang sebut BlackBerry orang terus akan terfikir BBM Chat dan Group free. Tapi kini mereka (BlackBerry) telah menaik tarafkan lagi phone mereka ke Video Call *jaw drop. Serius uols mek tak tipu uols boleh bervideo call sampai lebam. So boleh buat Video call kat laki korang yang kerja kat Laut tu hari-hari. Selain dari itu juga mereka membenarkan untuk share Screen. Apap itu Share Screen? maksudnya kawan korang tu boleh share apa saja yang ada kat phone dia tu dengan korang. Wow seriously best gile.
 
  • BlackBerry Camera: Setaip shot yang diambil dari camera ini amatlah cantik dan berkualiti tinggi selain dari itu juga phone ini ada Time Shift Mode dimana korang boleh adjust mimik muka. Urghhhhh tak sabarnya nak pergi tengok dan alami dengan sendiri.

  • BlackBerry Story Maker: Dengan ada Story Maker ni korang hanya perlukan BlackBerry 10 dan semua video yang korang nak buat itu tercapai. Konsep yang sama seperti video maker.
so korang pun beli lah yer, jangan bagi akak meroyan!
hah ngko Alicia Kunci dah meroyan suruh uols untuk beli ^_^ ada minat?

tapi lah kan aku bukan apa! aku memang minat bbm ni sebab apa? sebab BBM Chat tu jer. Kalau nak kata Whatsapp, Twitter, Facebook, Foursquare tu semua ada kat android, dan apa yang pasti akak dah start meroyan dengan Android 

BlackBerry 10 ni boleh support Camera 360, Instagram n Bina Kata segala? hahaha
tapi ura-ura cakap semenjak RIM dah ada hubungan baik dengan Facebook dimana Fb beli instagram dari Apple. Tapi uols kalau ikut logik kalau BlackBerry 10 ni boleh ada app Android so Instagram sure adakan? 
 tak sabar nak tunggu uols,

Nak tahu lebih lanjut tentang Full Specification BlackBerry 10 klik sini 
Nak tengok video official BlackBerry 10 review klik dini
 ok mek nak g jual tudung ni, nak kumpul duit beli BB10 daaaaa~

No comments :