Sambutan Hari Wilayah Persekutuan "Oppa FT Style"



hey uols,


Sihat semua? Harap sihat sejahtera di samping orang tersayang k. Hurmmm gamaknya tak dapat juga aku nak cari video yang berkualiti sebab masing-masing terlibat dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013. Sambutan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bertempat di Stadium Bola Sepak Bandar Tun Razak Cheras, Seramai ribuan penari dan kontinjen yang terlibat uols. Wow amat pack juga yer keadaan di stadium tu~ so tanpa nak buang masa uols baca blog mek ni. 

korang layan kan jer gambar sekitar Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ni, dari mula kita orang rehearsal sehinggalah ke hari yang sebenar.
 beginilah rupanya bila hari ke dua masuk ke Stadium kita orang start rehearsal seawal jam 6am ok. Ada yang breakfast di Q-Bistro sebelum shot ke Stadium bola sepak BTR cheras ni. Parking jangan cakap always full dan kita orang decide to park area HUKM.
 
wajah-wajah mereka yang tidak pernah kenal erti penat dalam menjayakan hari wilayah kali ini, kalau tak silap dalam 3 hari juga lah weols training pagi sebelum ke hari sebenar. Biasanya weols practice start 6PM - 11PM 

tapi bila masuk seawal jam 6pagi kat stadium tu diaaaaaa~ bahang dia pergh terus basah cawat akak dek! tapi hati tetap feeling bagitaw kat kawan2 yang lain Cahaya Matahari waktu pagi baik untuk kesihatan uols. Walaupun hakikatnya sebahagian mereka dah rentung dalam kol 12pm haha
 part ni kurang best skit bila pengagihan costume. Sangt-sangat tak suka sebab mek yang KECIL umpama semut merah dibagi costume bersaiz Gajah. Ko rasa? cantik ke semut pakai underwear gajah haha.

Meroyan uols di hari kejadian apa lagi balik je terus jahit jelujur ikut pinggang mak yang terletak ni. Walaupun benang2 tu nampak yer kat tepi baju haha..
pada hari kejadian iaitu 2-2-2013 (Sabtu)
kita orang semua dah ready so far so good takde masalah yang timbul ^_^
fasa pertama kita orang semua penari harus masuk ke dalam padang dan menunggu ketibaan Perdana Menteri lepas tu start dengan Pembukaan acara dimana terbang lah segala Bendera (Merah, Biru Kuning) tu.

lepas selesai weols kena tukar topi ke pada head gear. Head gear mek sangat cantik gitu, slumber pula kawan aku cakap head gear aku tu untuk orang cina dalam mode kematian. Biadap yer mulut masing2 takde insurance betol.
Rehearsal Full

Boleh dikatan Oppa FT Style penutupan untuk acara kali tu. 
maaf lah yer mek try untuk cari Video yang berkualiti tapi takde pula. Haish~ 
ni lagi satu buat mek makan hati bila cabutan bertuah tu dapat kat seorang pakcik pentadbiran DBKL ^_^ takpe rezeki pakcik tu dapat keta myvi SE kuning~ 

ok lah uols sampi setakat ni jer update mek yer, sebab lepas ni ada lagi Pelancaran My Beautiful Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita kat kampung medan. So stay tuned ok

2 comments :

Lynn Easyanz said...

hello si Jambu..u nie hair stylish ker??leh wat rambut i?ngeee :D.. like ur style anyway

Kifli Mally said...

@Lynn Easyanz haha ni lah lyn, i tak reti pown bab2 rambut ni :) apa cantik tu je yang i buat ^_^