Bercuti di Bangkok Thailand Part 4 - Siam Paragon Mall



hey uols,

at last setelah part demi part aku cerita tentang bangkok ni overall dah sampai ke part yang terakhir iaitu part ke 4. So kali ni mek ke Siam Paragon The Pride of Bangkok katanya, lepas tu sebelah jer ada Siam Centre dan kemudian ke MBK. 

Di dalam hari terakhir tu tinggal lah kami berdua jer kat bangkok. Aku bersama dengan Issac. So weols abiskan masa ke shopping complex yang berdekatan, so dari Sala Daeng station korang just naik straight ke Siam Station dan disitu korang boleh terus ke Siam Paragon.
me and issac.
sampai je kat Siam Paragon tu weols off to Harvey Norman nak tengok kalau kat Bangkok ni murah tak gadget mereka. The result we had found is the same. Sama je uols kalau uols beli kat Malaysia. Price range kat sini lebih kurang je. Mungkin sebab tengok kat dalam Mall kan. Kalau pergi ke MBK or Black Market mungkin boleh dapat murah. Wahhh sindekit black market katanya haha.


First thing first aku pergi ialah Paragon Cineplex mereka. Bila dah sampai dekat atas tu aku terpegun dengan hasil yang dorang bina. Mak aiii sangat high standard betul berada kat tempat dorang ni. Setahu aku pavilion pun takde lah sampai macam ni sekali. Cineplex dengan The Curve tu pun akan menangis tengok reka bentuk kat sini. OMG sangat luas ok. Sidang media dorang jangan cakaplah memang cukup untuk tampung beratus orang untuk buat liputan akhbar ^_^

Das puas meronda sekarang tiba masanya untuk ke Siam Center di mana kat Siam Center tu ada juga lah Food Republic.
meriah memang meriah dengan pengunjung yang tak henti-henti datang makan kat sini. Plus makanan dia pun sedap2 juga.
Nasi Ayam Curry
char keow teow omelet
dan nasi goreng campur.
sorry to say lah aku punya perut memang tak masuk dengan dorang punya makanan kat sini. Tomyam tu boleh tahan lagi tapi char keow teow dan nasi campur tu rasa dia lain sangat. So aku memang tak makan habis. Aku suruh Issac je habiskan ^_^
Madame Tussauds Bangkok - ialah dimana patung lilin selebriti international. Tapi sayang aku tak sempat nak masuk ke dalam ^_^ mungkin di lain hari lah yer.
So far itu je lah yang mek nak kongsikan dengan uols semua. Biasalah apa yang membuatkan kita tertarik kat tempat orang ni ialah culture mereka tu sendiri. Budaya kat sini memang lain cara mereka bercakap tu teramatlah sopan dan yang penting sepanjang berada kat Bangkok ni takde lagi kita terserempak dengan budak-budak nakal.

InsyahAllah lepas ni kalau ada rezeki nak ke Filipin atau China pula. Haha tetap angan tinggi nak pergi tempat orang lagi kan. Tapi Bangkok akan menjadi event tahunan lah kiranya. Sebab heavan uols shopping kat sini. 


ok korang tengok lah video sepanjang aku berada kat Bangkok ni beberapa tempat yang aku dah pergi contohnya dari nana plaza ker Platinum Fashion Mall. Dari pratunam market ke Chatuchak Market. Walaupun banyak lagi tempat yang aku tak dapat pergi kat bangkok tu tapi takpe mungkin lain kali berlainan pula lokasinya kan ^_^

Bercuti di Bangkok Thailand Part 1 - Hotel dan Public Transport
Bercuti di Bangkok Thailand Part 2 - Chatuchak Market
Bercuti di Bangkok Thailand Part 3 - The Platinum Mall dan Pratunam Market

ok stay Goddess guys.


No comments :