Review Screening: Fast & Furious 6 @One Utama TGV

Hi uols,

Selasa yang lepas ni dapat juga aku hadirkan diri ke Screening Fast and Furious 6 kat TGV Cinemas, Thanx guys for the screening.

Wow korang semua mesti tak sabar nak pergi tengok movie ni kan? Bagi sesiapa yang masih lagi meragui kehebatan filem ni serius aku akan paksa korang untuk pergi tengok sebab FF6 ni tak sama dengan cerita kereta yang lain. OH MY GOD!!!!!

tak tahu lah nak letak kat mana jantung ni asyik berdegup kencang je bila tengok setiap aksi yang dorang lakukan, di jalan raya! di atas bangunan! di dalam kapal terbang! di atas kereta! tu semua dah makanan mereka kot.

korang akan saksikan kehebatan aksi dari muka yang sama juga seperti FF yang sebelumnya seperti Vin Diesel, Dwayne Johnson, Paul Walker, Michelle Rodriguez dan Luke Evans. Dalam banyak character tu mek paling berkenan dengan Paul Walker sebab mata beliau yang sangat BIRU
 Sinopsis:
Letty merupaka kekasih lama kepada Dominic Toretto dan Letty telah disahkan mati (FF5) kemudian ada satu kes jenayah yang melibat kan Letty dan Shaw (FF6) cuma kali ni Letty telah hilang ingatan dan "polis tak guna" Luke Hobbs memerlukan pertolongan dari Dominic Toretto, Brian O'Conner dan juga ahli keluarganya yang lain untuk menewaskan Shaw, 
Dapatkah Dominic Toretto meyakinkan Letty adalah kekasih nya yang dulu? dan mengembalikan semula ingatan Letty
Dapatkah Luke Hobbs dan juga Dominic Toretto mengalahkan kegiatan jahat Shaw?
Adakah Dominic Toretto akan kehilangan ahli keluarganya yang lain?
dan yang penting adakah cerita ni "Happy Ending Story!"

Semua tu akan terjawab bila korang pergi tengok sendiri di pawagam ok!
 Damnnnnnn~ kalau aku cerita sekarang ni pun confirm tak nice kan? better korang pergi tengok sendiri dan rasakan kehebatan kereta mereka.  Dan kereta diatas ni memang sngt berbahaya kalau macam ni pun boleh tak boleh nak tangkap. Aku bagi nama kereta ni ialah "Platypus RaceCar" sama kan dengan haiwan yang comel tu ^_^ semua kereta dia boleh sontot!!!

all thanx to +Rawlins byRawlins sebab belanja kita orang minum kat papa rich sebelum layan screening tu ^_^

No comments :