Project Hope oleh World Marketing Summit Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Craft Complex



hi uols,

Selasa lepas ni aku baru je menghadirkan diri ke Complex Craft kuala lumpur sempena dengan event Project Hope yang di anjurkan oleh pihak World Marketing Summit Malaysia untuk 2013 ^_^
 
wah lepas tu dapat tengok betapa meriahnya muka adik-adik kita ni di beri hospitality yang sangat best ditambah dengan aktiviti seperti bermain bola sepak.
100 anak yatim dari seluruh rumah anak yatim di malaysia ni telah bertempat di Kompleks Kraf KL untuk menunjukkan minat dan bakat mereka bila besar nanti.
kanak-kanak diantara 8-12 tahun ini diberikan dengan aktiviti yang menyeronokan seperti bermain bola sepak bersama dengan jurulatih profesional serta diberikan medical check up percuma oleh Columbias Asia Hospital setapak dan juga lawatan untuk berkunjung berjumpa dengan malaysian idol.
Para VIP yang hadir pada Project Hope hari tu.
Christian Rehren, Ambassador of Chile to Malaysia; En Mansor Abdul Latiff, General Manager of Karyaneka; Mr. Stuart Ramalingam, Director of Marketing & CSR, Asian Football Confederation; Dr Annathurai, Head of CSR, Asian Football Confederation; Christopher Huehn, CEO of Staedtler Malaysia; Yang Berusaha Dayang Habsah Abang Saufi, Director of Ethnicite Sdn Bhd; and Donne Ray of The Platters
Selepas itu Donne Ray menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan lagu kegemaran beliau.
 Lepas tu dari mana pula kemunculan Mr, Bean ni. Habissss kecoh satu dewan bila semua kanak-kanak berebut nak bergambar bersama dengan pelawak antarabangsa ni ^_^
 Selain dari itu juga mereka kami diberi sedikit video clip tentang perjalanan mereka di dalam menjayakan event Project Hope kali ini, selain itu dimana untuk memberi kesedaran dan semangat untuk terus berjuang demi menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

World Marketing Summit Malaysia 2013 sangat gembira sebab boleh memberikan pertolongan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini untuk mempunyai masa depan yang cerah. Selain dari itu juga selepas WMSM2013 berjaya melaksanakan project hope kali ini di malaysia , baru lah ianya akan di terapkan di negara lain pula.

Yang penting selain dari itu juga SMEs turut terlibat di dalam menjayakan project hope kali ini. Dengan adanya pelancaran 8 Billion ini anak-anak yang kurang bernasib baik di malaysia akan diberikan kemudahan dan juga sumber kehidupan agar mereka boleh mencapai masa depan yang cerah di tambah dengan kelebihan yang terletak pada penaja Project Hope kali ini. 

Diantaranya adalah penaja-penaja yang bernama besar seperti Kraftangan Malaysia and Karyaneka (Venue Sponsor), AirAsia (Airline Sponsor), Staedtler (Official Stationery), F&N, Volkswagen Group Malaysia, Manoah Consulting, Alcom, BMI Research, Columbia Asia, Jim Liaw Photography Studio, AOS Conventions & Events, Dream Asia and Gabungan Bola Sepak Asia
sekali lagi berterima kasih kepada Airasia kerana memberi penerbangan percuma kepada rumah anak yatim dari Semporna Sabah, 40 orang kanak-kanak kesemuanya. Bagaimana mereka memilih rumah anak-anak yatim di seluruh malaysia? Mereka akan memilih mengikut purata dimana 50% dari Semenanjung Manakala 50% adalah dari Sabah & Sarawak
Mr. Ng Ghim Hwa, Dr Marceline Lemarie, dan Mr Fabian Nesan Selva. Mengadakan sesi press conference bersama dengan media lain.

100 keping koleksi hasil dari kraf kanak-kanak ini akan diletak pada laman bidaan pada 28-30 september 2013. Selepas itu duit yang mereka menang bidaan tertinggi akan diberikan pada mereka bila mereka mencecah usia pada 18tahun. Selain dari itu juga WMSM2013akan sentiasa untuk mengikuti setiap perkembangan kanak-kanak ini dari masa ke semasa.
kepada korang semua yang berada diluar sana jemput lah untuk memberi sokongan kepada adik kita yang kurang bernasib baik ni. Sentiasa bersyukur uols dengan apa yang kita ada sekarang ni berbanding dengan adik-adik kita yang masih kecil ni.
Korang like dan follow lah yer page WMSM2013 dibawah ni yer!!!

Stay goddess people!!!

No comments :