Jaga diri baik-baik di tempat orang, selamat bekerja semula!



hi uols,

tak sangka kan raya cepat sungguh masa berlalu, dari itu juga mek berasa sungguh bertuah kerana dapat merayakan raya ni bersama dengan mereka yang tersayang.

andai kata lah sabtu ni kita tak dapat berjumpa sebelum awak fly balik ke Overseas, awak baca je lah kat sini yer. Sebelum ni mek nak ucapkan terima kasih sebab kembalikan feeling dan semangat sayang mek tu. Awak pun tahu kan ianya telah hilang beberapa tahun yang lepas.

Akhirnya dapat juga merasa kembali kemanisan dalam perkenalan, tapi apa yang pasti bila dah tiba masa untuk mengikut haluan masing-masing, sakit yang ditanggung ini lah yang mek takutkan selama ini. Nampaknya ianya menjadi realiti. Siapa tahu kan mek menangis keseorangan bertemankan dengan kenangan Teddy Bear yang besar di dalam bilik setia melihat dan duduk kaku terdengar esakan perit dari mek.

Kadang-kadang tu nak juga pukul dan tampar diri ini, sambil mengatakan diri ini di depan cermin! kenapa bodoh sangat mudah jejaskan perasaan terhadap sesuatu yang tidak pasti? kenapa hati ini mudah sangat untuk mengenal dan menyayangi orang yang tidak diketahui usulnya kerana hanya dia berbekalkan kebaikan yang menjadi kunci untuk meraih kepercayaan mek.

kenapa bukan hati dan perasaan itu di lulurkan kepada seseorang yang berbaloi, seseorang yang boleh menjenguk mu dikala kamu sakit, seseorang yang boleh menumpang kan bahunya tatkala mek ingin mengalirkan air mata, seseorang yang mampu memberikan apa yang terbaik untuk diri mek!. Akan tetapi kenapa perlu orang yang jauh nun di sana?

kenapa perasaan ini selalu tidak mengadili diri mek, kenapa perlu saja ingin melihat mek di dalam kekecewaan. Sedangkan tawa riang, gembira, gelak tawa dan saat bahagia bersama sangat sekejap dipinjamkan untuk kita merasa apa itu naluri dan perasaan sayang. Bila kita dah betul-betul serasi pasti ada saja yang menjadi halangan untuk meneguhkan  tiang yang tegak terpacak itu.

Adakah entry ini akan berulang dan terus berulang jika mek menjumpai pengganti awak,
dan berapa kali akan mek coretkan perasaan mek di dalam blog yang tak berapa nak hidup ni,
Jangan risau blog ini akan tetap hidup jika awak memberikan nafas untuk diri mek,  

apa pun awak dah berjanji untuk sentiasa bertegur sapa dan berkirim layang, itu kata awak pada mek, mek tak pernah menjanjikan apa-apa, kerana mek tahu mek akan lupa dek dikambus masa yang berlalu pergi. Awak menyuruh mek mencari pengganti lain sedangkan di saat ini hati mek hanya terpaut pada awak seorang, kenapa tiada kepercayaan langsung buat mek, mungkin juga kerana awak sudah ada yang setia menunggu nun jauh disana, apa kan daya kalau ianya terus berputar belit, mek percaya itu terletak ada pada karma. Akhir kata penutup bicara, Jikalau kita masih mampu bertahan kita pasti akan bersua lagi.
Sampaikan salam sayang mek pada mereka di glasgow ^_^
bye-bye kucing ku yang berbulu lebat. mek senantiasa menyayangi dan merindui kamu sayang ^_^

No comments :