Oct 29, 2013

minum malam susu dan biskut!



hi uols,

semalam sebelum basuh kaki dan loncat ke atas tilam mek yang empuk tu, mek buat secawan milo, lepas tu di cecah pula dengan biskut cokelat tiger,

nak cari oreo memang tak lah pula tengah2 malam ni kan!! so biskut tiger ni pun kira boleh lah janji ada.
sambil mek celup biskut ke dalam air milo panas mek tu, terus mek teringat dulu time zaman muda mek stay kat hostel, mek duduk hostel sekolah menengah kebangsaan sandakan (SMK Sandakan) selama 2 tahun lebih juga mek meringkuk habiskan masa kat hostel tu, 

yang bestnya bila malam kami akan beratur kat dewan makan untuk minum malam, kemudian kami akan lepak kat taman tak pun port baik depan tangga surau, sebab kat tangga tu kami boleh perhatikan semua galagat pelajar lain, kira mek ni macam pemantau lah yer. 

ada yang kena kejar, ada yang tergolek jatuh, tambah lagi yang main simbah2 air panas. Dah terasa seperti mek duduk kat rumah sakit jiwa pun ada gak ^_^
 susu dan orea memang tak boleh di pisahkan, betul tak anak2? ^___^

teringat zaman indah itu, even sampai ke minum malam pun kami di disiplinkan dengan kuantiti makanan yang sedikit, hanya secawan teh dan juga biskut 2 pek kecil tu. Tapi hati mek cukup gembira sebab dapat minum bersama-sama dengan kawan lain.

tapi mungkin sekarang dah berubah, dah berkurun lama juga aku tak jejak kan kaki kat hostel tu, yang pasti kewujudan nya tetap ada. Cuma bertukar pengetua hingga kan mek sendiri lupa sudah ^_^

apa yang pasti satu hari nanti mek pasti akan balik menjenguk tempat pertama mek dapat timba ilmu di sekolah tersebut. ^_^
lina kalau nak pandai makan biskut banyak2, pesan si ibu pada si anak. Baik lah mak lina telan semua sekali gus ^_^

ouh tiba-tiba rindu pula kenangan hampung halaman.

Stay goddess people.


No comments :