Dec 31, 2013

Food Review: Restaurant Western Express @ Bandar Sri Permaisuri



HI UOLS,

Ahad lepas seperti biasa Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) akan buat promote marketing sangat uols nak bagi tahu kat mana kedai yang menghidangkan makanan terbaik dari ladang sekitar Kuala Lumpur/Selangor. 
Kebetulan pula time tu JJCM promote Western Express dekat dengan rumah mek, alaaaa belakang rumah sajo uols cross dua tiga jalan raya, redah sungai ikut susur sungai boleh lah sampai. kannnn rumah dekat tapi tetap nak feeling drive ke sana ^_^
 korang tengok lah mereka beratur pada hari kejadian, memang berkesan betul ek marketing dari TV3 ni
promote skit terus ramai yang berpusu serang kedai ni, plus dengan buah mulut orang lain lagi kan. 
Mesti ramai yang letak expectation yang tinggi kat Restoran ni sebab bila diwarwarkan di JJCM nampak menggiurkan.

Pada hari kejadian tu kawan mek tak jadi nak makan sebab kena tunggu 2 Jam baru hidangan boleh siap plus dengan meja yang tidak mencukupi.
Oleh itu mek pun pergi serang pada hari kedua.
 muka ketat seharusnya itu adalah trademark mek ^_^
 Kiri: Chocolate Soya RM4.00
kanan: Coconut Shake RM5.00
 Chicken Chop Double: RM11.00
 Fish N Chip: RM9.00

 nampak menyelerakan bukan? 
Untuk main dish seperti Chicken Chop dan juga Fish n Chip tu memang sedap. 
Chicken Chop memang terasa dia nye ayam yang betul-betul rangup juicy dan lembut je daging dia.
Manakala Fish N Chip rasa yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut. Juicy pada dagingnya.

 Mek asalnya nak rasa main menu yang lain, tapi kena rasa yang basic dulu kalau basic such as Chicken Chop dan juga Fish N Chip tu lepas dari penghakiman mek. So next time boleh rasa yang lain. Tak gitu yang arif?

Cuma slack pada menu itu ialah Side dish seperti coslow dan juga sekerat roti gardenia tu.
Kenapa bagi sekerat je? napa tak bagi 1 buku je teus kat mek? hahaha
lepas tu coslow dia terlalu kasar dan kurang creamy. Sekian

 Adakah mek akan datang lain kali?
Ya, mek akan datang untuk lain kali sebab nak membaham Murtabak Singapore dia tu.
kemudian nak rasa signature di kedai tersebut.

Dari 5 mek kasik 3 bintang ^_^

Phone: +60182828914/+60193180360
 Adress:
KUALA LUMPUR
52-G, Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Off Jalan Tasik Permaisuri 1
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 kuala lumpur
INFRONT OF BANK ISLAM BANDAR TUN RAZAK, CHERAS.

 p/s: lepas ni perniagaan makin maju, sediakan banyak meja kosong di laman depan tu yer ^_^


2 comments :

mrsshahrul said...

dah try beefburger horshoe... makan kat branch shah alam... mmg xbleh masuk dengan tekak...daging burger xmasak...display pun xcantik...bg makanan tolak mcm tu je

Blend Blank said...

Kdai ni ttup kul brape ek??