Dec 19, 2013

Kemeriahan contest di The Atmosphere Shopping Mall @ Seri Kembangan (Strike A Pose Photo Contest)

Hi uols,

PERHATIAN PERHATIAN, Disini ada dimaklumkan bahawa akan ada Grand Launching of  The Atmosphere di area Seri Kembangan, kalau korang nak tahu ini merupakan Pusat Membeli-Belah (Shopping Complex) yang baru dibuka dan ianya telah menjemput 20 artis dari luar dan dalam negara untuk membuat lukisan mural sebanyak 80 hasil lukisan kesemuanya.

Lukisan Mural ini sangat berbeza dan menarik kerana ianya dihasilkan dalam bentuk 3D, bukan saja 3D malah ianya juga cukup menarik hingga nampak seperti realiti dan bukan fantasi *gelak nakal. Ini merupakan hasil lukisan mural yang terdapat salah satu tempat di Malaysia.
Jangan segan-segan anda semua dijemput okay!!! - Boleh selfie banyak2 dengan mek nanti yer.

Aduh!!!! part ini yang tak tahan kerana bukan saja korang datang untuk merasakan suasana tempat pusat membeli-belah yang baru, malah korang juga berturut untuk menyertai pertandingan (Contest) yang dianjurkan dari pihak mereka sendiri. Strike A Pose Photo
Mek pun akan turut sama untuk menyertai Strike A Pose Photo Contest ni sebab mek juga tak nak lepaskan peluang untuk memenangi gadget yang bernilai sebanyak RM15,000 wow!!!

*pengsan kejap. Percaya atau tidak, jom kita beramai-ramai meriahkan pada hari kejadian. Siapa tahu kamu merupakan peserta yang bertuah ^_^

Apa itu Strike A Pose Photo Contest?
Adalah satu pertandingan di mana mereka akan di nilai dari segi bakat mereka di dalam menghasilkan gambar yang cantik dan real. Selain daripada itu ianya mampu menyerlahkan lagi bakat anda di dalam bidang photography.Ianya terbahagi kepada 2 kategori iaitu Photo Paling Disukai Ramai dan juga Photo Paling Kreatif. 

Mudah sahaja apa yang korang perlu lakukan ialah Strike A Pose Photo Contest ni mesti berlatar belakang kan Mural yang terdapat di sekitar The Atmosphere.

korang patut tengok mural yang mereka hasilkan. AWESOME gile!!!

Jadi macam mana? korang dah dapat idea macam mana untuk memukau para juri dengan idea kreatif korang. Jadi jom kita lepak  beramai-ramai Ahad ni bertempat di

Lokasi : The Atmosphere (Seri Kembangan, located behind Giant)
  Tarikh: 22nd December (Sunday)
Masa : 10am
Alamat : 1-3, Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Kuala Lumpur, Malaysia
GPS Coordinate : N 2° 58.952' E 101° 39.767'
Waze: Search 'The Atmosphere'
untuk info lebih lanjut korang boleh layari facebook dan website "The Atmosphere"  


Jumpa uols di sana!!!!!!!!!

No comments :