Dec 8, 2013

Movie Review: Tayangan Perdana Warkah Cinta CINDERELLA (Gambar Artis)

 
 Hi uols,

Excellent Picture mempersembahkan Cinderella.

kepada mereka yang menggemarkan cerita kisah dongeng Cinderella adalah menarik jika korang melihat kisah Cinderella yang modern Filem arahan Ahmad Idham, yang akan mula di tayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku (Salman) dan Nelydia Senrose, selaku (Nurul) merupakan sebuah filem yang di tunggu oleh peminat terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca teelvisyen satu ketika dulu.

Selain dari itu juga pelakon-pelakon hebat tanah air seperti kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen turut menjayakan cerita Cinderella ini.

Tayangan perdana ini bertempat di Cathay Cineplex The Curve, mari kita tengok siapa yang menghadirkan diri pada hari tersebut.
 Interview Session
 Sinopsis:
Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. 

Satu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya akan tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu, Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salam, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka beruda diserbu oleh ketua kampung tok imam dan beberapa orang kampung.. Salman dan Nurul diberi pilihan dibawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah dyariah atau berkahwin dan tidak lagi kembali ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya, salam bersetuju dengan pilihan kedua

Apa seterusnya yang berlaki kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

*mengalir juga air mata mek menyaksikan filem ni ^_^

No comments :