Dec 22, 2013

Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (Chicken Kiev)

48hours Sponsored Post


hi uols
Teringin nak rasa makan masakan western pada hujung minggu anda?
Menu di restoran terlalu mahal?
portion yang disediakan tidak mencukupi?
Ingin sediakan masakan special pada teman anda?

semua persoalan diatas akan mek rungkaikan dengan Resipi tersendiri dari Dapur Kifli Mally *feeling
ok nama menu ini ialah Chicken Kiev-ly Mally dan sumber ini mek amik sendiri dari Chicken Kiev. Jangan risau kerana menu ini semua korang boleh cari kat mana-mana hypermarket. Mek seperti biasa akan pergi ke HERO Supermarket area bandar sri permaisuri  ^_^ 

Sebelum mek nak start memasak, mek perlukan Nestle Natural Set Yogurt ini untuk menambahkan rasa lemak dan juga melembutkan inti dan tekstur pada ayam tu nanti. Yang paling penting beberapa senarai dibawah ini.
  • Rendak Lemak
  • Tiada Kandungan
  • Penuh Kalsium
  • Tiada Bahan Pewarna
Suka ke tidak? kalau suka jom kita start memasak 
 
Mari kita sediakan bahannyaya:
Pertama : Sediakan bahan untuk "Inti Dalam Chicken Kiev-ly Mally"

  1.  Bread Crumbs
  2. Marjerin Buttercups
  3. Mozzarella Shredded Cheese
  4. Dada Ayam (Tanpa tulang dan kulit)
  5. Garam dan gula secukup rasa
  6. Telur
  7. Daun Basil
  8. Nestle Natural Set Yogurt <<<< (Penting)
 Cara penyediaan.
  1. 50gram Marjerin Buttercup + 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  2. 1 sudu besar Mozzarella cheese
  3. Gaul hingga sebati dan rata
  4. Masukkan Daun Basil sebagai bahan penambah rasa
  5. Bila dah semuanya sebati letak kan pada Cling Wrap
  6. Gulung hingga jadi bentuk silinder atau berbentuk seperti sosej
  7. kemudian simpan di dalam peti sejuk beku selama 5-10 minit 

 Tips: kalau nak cepat beku korang boleh letak sekali ais cube untuk mempercepatkan proses beku pada "Inti Dalam Chicken Kiev-ly Mally" kemudian letakkan dalam peti sejuk.
 kemudian Dada Ayam tersebut perlu di lenyekkan. Mek menggunakan batu lesung kerana batu lesung mempunyak permukaan yang tebal dan berat dan sesuai untuk lenyekkan Dada Ayam tersebut.
 
kedua:  Penyediaan untuk mengoreng Chicken Kiev-ly Mally
 Cara penyediaan:
  1. Apabila "Inti Dalam Chicken Kiev-ly Mally" sudah beku korang boleh potong dua Inti tersebut.
  2. Letakkan "Inti Dalam Chicken Kiev-ly Mally" pada atas Dada Ayam yang telah di lenyek kan itu tadi dan gulung hingga tertutup penuh Inti tersebut.
  3. Kemdian salut Dada Ayam bersalut Inti itu pada telur kuning
  4. Taburkan pada Bread Crumbs hingga menutupi lapisan Dada Ayam
  5. Panaskan minyak hingga panas
  6. Goreng hingga Dada Ayam bertukar warna jadi Jingga serta garing.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

inilah dia menu western yang diberi nama Chicken Kiev-ly Mally
Rasa yang rangup dan juga Inti Dalam yang sungguh menggiurkan kerana rasa cheese dan juga yogurt tang teradun sebati. 
Mek pasti akan buat satu lagi ^___^

 Penyediaan Sauce ini adalah pilihan dan kehendak setiap individu tapi bagi mek cecah sauce cheese + Lemon sungguh menggiurkan. Kalau korang nak rasa resipi ni senang saja.

Penyediaan Sauce Cheese + Lemon untuk Chicken Kiev-ly Mally
Bahan-bahannya:
  1.  Mozzarella Shredded Cheese 
  2. Tomato
  3. Garam 
  4. Marjerin Buttercups
  5. Lemon 
  6. Nestle Natural Set Yogurt <<<< (Penting)
Cara Penyediaan: 
  1. Masukkan Marjerin Buttercups 100gram
  2. Masukkan Mozzarella Cheese dua sudu besar
  3. Masukkan 2 hirisan besar Tomato
  4. Nestle Natural Set Yogurt 2 sudu besar
  5. Garam secukup rasa
  6. Kemudian gaul hingga rata dan sebati
  7. Panaskan kuali pada kadar suhu yang rendah untuk memastikan Cheese dan juga marjerin cair dengan sekata.
  8. Hiaskan mengikut kreativiti anda kemudian hidang
Selamat Menjamu Selera dihujung minggu ^_^

Nampak nya korang pun dah tahu rashia disebalik khasiat dan keenakan Nestle Natural Set Yougurt ni kan.
Tak dapat bayangkan kalau tak ada Yogurt ini confirm pasti akan ada kekurangan sesuatu ^_^
even my baby #Kyuubi pun suka. Oleh itu untuk maklumat lebih lanjut tentang product ini korang boleh layari info dibawah:

Nestle Facebook Page: NESTLE
Nestle Official Website: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset 

 Follow mek di:
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally
Facebook Page: Almari Budak Jambu