Update sikit jer.



hey uols,

oleh disebabkan mek still bercuti tapi otak mek ni tetap teringat nak update blog taw. So ini satu pic buat korang yang rindukan muka mek yang comel ni ^_^ 

malam ni mek tak boleh nak tidur lah uols, biasalah dah sampai kat tempat orang excited dia lain macam memang takde masa nak berehat. Pagi tadi mek ke Pasar chatuchak mereka kat mo chit station kalau korang naik train lah.

oh mai tak sabar nak share pengalaman ke sini uols ^_^ 
ada macam cerita nak hapdet tapi tunggu lah yer mek update minggu depan.
Tom n Toms Coffee yang buka 24 jam, kat sini dia ala-ala starbuck dan juga dunkin donuts.
itu yang sempat snap picture ni kat Desktop yang mereka sediakan ni.
mek pun tak taw lah dia pakai tenet apa laju bebenor. Unifi pun tak lagu mcm ni uols!! opssss
dalam pic ada kawan FB mek tanya ek mana rambut color karat mek yang kat depan tu, dah color hitam balik lah uols sebab balik dari bangkok ni nak feeling cari keje. Dah sangkak uols balik dari bangkok dah over spent kat sana haha. 

Kalau korang yang dah biasa berambut color tu cuba color hitam balik, confirm nampak muda 10 tahun uols ^_^ kenapa tak percaya ker? ok lah uols nnti kalau ada masa mek update lagi ok.

Yeah mek pergi bercuti dulu yer!

 hey uols,

bermula lah perjalanan mek selama 6hari kat tempat orang, Malam ni flight mek Naik AirAsia pukul 9pm so kena ke airport 2 jam sebelum check in, dengan berbekalkan 1 tujuan iaitu nak melihat keindahan kat tempat orang lebih-lebih lagi macam dekat Bangkok tu. Bercakap semuanya lemah lembut dan peramah jer. Wah terasa macam tak nak balik KL je bila dengar kawan aku bercerita pengalaman dia kat Bankok tu. Macam-macam uols~
dulu akak lelaki tapi sekarang akak dah ada rambut panjang. KO RASA?

biasalah uols naluri seorang adek2 ni sangat over excited kot nak pergi menjelajah ke tempat baru. orang baru cerita hari ni esok dia juga dah start kumpul duit nak g tempat orang dia tak taw apa kesudahan kat tempat orang kan. Siapa adek-adek tu? mek ker? haha

tapi apa pun niat tu ke betul uols, wah ko ingat mek nak pergi ke bangkok tu menuntut ilmu ke niat kena betul, tak challenging lah uols. Kalau boleh nak buat macam The HangOver tu haha

Boarding Pass = Check
Passport = Check
money convert = check
singlet and Shorts (wardrobe) = check
Sun Lotion = uncheck
Glasses = check
halal food = uncheck 
camera = check
notebook = check

well kepada korang semua just tunggu je lah apa kesudahan mek kat sana yer. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar sebab mek ke sana dengan keadaan gamble je uols. Jangan risau kalau mek dapat online tu mek akan update vlog khas utk uols semua ok. I taw ramai yang yang rindu nak tengok keje gile mek kan haha ^_^

tengok lah dua tahun lepas mek ke Indonesia 
Indonesia released - part 1 (Malang Surabaya)
Indonesia released - part 2 (Kuta,Bali)

korang tengoklah kawan aku semalam dah sampai awal, bukan main lagi dia enjoy sorang2 ^_^
 
 
 We all checked in at Wall Street Inn, so basically they served rooms very nice ^_^ just can't wait to join em'
dan yang penting yer kawan aku sorang ni yang verangan chinese boy, katanya kena ushangoratoleh driver taxi tu siap pelawa dia pergi dinner uols. Ko tak taw dia sebenarnya nak culik ko lepas tu buat ko jadi maid kat bangkok tu hahahaha

 

Dinner: Kaw Kaw Burger Bakar di Loka Makana Puchong.

hey uols,

hello hello hello, haiyoooooo makin meningkat tua ni makin aku jadi pelupa sampai makanan yang aku makan minggu lepas aku dah lupa
but not to worries cos i don't give a damn about that!!

korang penah makan kat area Puchong tak? Kat Lokas Makana Arena tu?
satu kawasan yang dikelilingi oleh kedai makanan tapi apa yang membuatkan aku tertarik nak dinner kat sana sebab Burgernya. 

Memperkenalkan kat korang Kaw Kaw Burger Bakar yeah~

 
Burger Kahwin (Daging & Ayam)
Burger Cheeze Single
 
 dan kalau korang tambah RM1.50 korang akan dapat 3 keping sosej yang disaluti dengan Mustard Sauce yummy!
Selain dari itu sempat juga kami order menu sampingan seperti Mee Bandung dan juga Mee ketam.
Mee Bandung hanya Rm 5.50
 Mee Ketam Rm 5.50 
tak sempat nak rasa mee ketam ni, tapi kawan kita yang rasa dia cakap sedap je selagi boleh telan semua bagi dia sedap jer haha. Mee bandung tu nampak macam menyelerakan tapi maaflah tak boleh nak makan habis sebab minyak tu ya ampun dah macam boleh tutup saluran jantung aku dengan serta merta. Maaf minyak terlalu banyak hanya udang tu saja di habiskan ^_^
Laicikang yang terbaik, sejuk kan badan ketika malam yang panas ^_^
harga sorry tak taw. ala paling tidak pun 3.50 hengget je kan

Lepas ni confirm banyak makanan lagi aku akan buat review yer sebab kawan aku semuanya kaki makan ^_^ maklumlah kacukan badak air semua asyik lapar je haha
 Stay Goddess

huh pandai pun hormat orang ingat kan tak reti dah?



hey uols,

nanyi kejap boleh~

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner 
You kata you keluar dengan kawan you 
But when I called mak jemah she said it wasn't true..fullstop

semalam mek tengah dok sibuk edit picture utk diupload ke Instagram ada pula haters dari mana ntah tiba mention kita kat twitter, 
 oh god the word is sooooo mean, 
budak ni memang jahat dia cakap lancau kat kita? 
dia tak taw ke yang mek ni pompuan tulen asli dari ladang yang segar, 
haha aku taw dia tu ngidam nak berkenalan dengan mak lah tu. maaf tak layan
 lepas tu semalam mek takde keje, mek pun apa lagi stalk lah dia nye twitter page sampai ke facebook aku cari, dan yang penting hazab gila muka dia, bagi ibu yang mengandung please jangan tengok kang tak pasal-pasal dapat anak muka macam mamat ni hahaha

, dan yang penting budak kampung aku juga budak sabah negeri dibawab bayu yang tengah bergolak tu. 
so dari cara dia bercakap menggunakan ayat very the baku tu sah dia ni orang SULUK atau TAUSUQ

dah lama x mengajuk dalam bahasa suluk, 
" aduina oto, kari kau basuntuk kita? " haha hope it mean well ^_^

well darl mek tak berminat shhhh pergi main jauh-jauh haha
oooo rupanya budak ni memang takde keje hobi dia suka kacau orang even @blogrmy pun dia mention sekali. Ada lancau gak ker? hahaha

tapi mek nak berterima kasih lah dengan haters, mek respect uols seadanya sebab tanpa uols mek tak tahu apa kekurangan yang mek ada selama ni, even kawan baik korang sendiri susah nak bagi tahu apa kelemahan yang korang ada sebab mereka asyik nak jaga hati uols semua.
haters ni apa dorang peduli pasal hati korang yang lembut merah jambu tu haha, yang penting dia cakap apa yang dia tak puas hati full stop... 
perlu kah mek nak makeup kalau dah sedia kala cantik
kbai~

Dapur Bujang KifliMally: French Toast



Hey uols,
hari yang berbahagia ini mek nak buat satu resepi simple untuk anak-anak umi. Maklumlah dah lama anak-anak umi kebulur pergi sekolah tak breakfast ^_^

nama resepi ni French Toast Verangan

siapa kata makan buah berangan jer boleh khayal, kalu korang ikut resepi umi ni confirm korang akan turun berangan cantik macam umi haha 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  1. gula sekampit,
  2. Roti Gardenia sebuku (apa jenis roti boleh jer)
  3. Telor sekotak ^_^
  4. Minyak (Kuantiti yang amat sedikit)
cara-cara dia senang yang amats
 
1) Masukkan telur ke dalam bekas,
2) Gula secukup rasa dan start pukul untuk sebatikan gula dan telur
3) celop roti tadi ke dalam pukulan telur tersebut 

4) panaskan minyak kat kuali dalam kuantiti yang sedikit, kadar minyak yang diperlukan setengah sudu kecil. dah nama pun toast so minyak tak penting sangat sekadar nak bagi rasa telur tu masak jer.

5) Hidang dan sedia, kalau korang ada peanut butter or mentega sedapppp oooo~
ok umi harap korang semua dapat cuba masakan umi ni yer, walaupun simple tapi tetap verangan

Assalamualaikum, tak jawab takpe, kalau jawab ko feeling kau verangan
#Kbai


Eh! awak ni dalam blog tu kan?



hey uols,

semalam tu lepas balik dari genting sebab ada event singgah kat Mali's Corner kejap, kalau pergi mali's corcer tu confirm aku akan mencekik Char Keow Teow paling cikai pun nasi lemak ayam, huh tu lah rutin diet harian mak nok! tu lah tubuh mak cantik jangan jeles haha
sampai je kat mali's tu nampak segerombolan obor-obor apa lagi mek pun pergi lah dekat sikit sebab kawan jumpa kawan selaut takkan pula nak sombong kan nanti tak pasal kena pacak tumit heels kat kepala. Daaa pula mak tak cantik ^_^ peminat lari kang, peminat ni bukan boleh caya sangat semua hati busuk, nak idola tu muka yang cantik terletak je kan kalau muka hazab terus UNLIKE.
hah tengok macam akak ni, steady je uols, tetap ramai peminat walaupun bulu ketaik off side, siap peminat request nak buat video lagi macam mana penjagaan bulu ketiak secara sihat dan semula jadi. ^_^

ok bila sampai je kat dorang tu salam lah pusing satu meja uols sebab pasukan obor-obor memang ramai uols kalau kumpul satu KL memang tak akan pernah cukup. Salam punya salam ada sorang ni very decent guys I presume 
"Eh awak ni macam kenal lah?"
"Eh kat mana tu pula wak?"
"Awak yang dalam blog tu kan?"
ok bai ada juga orang baca blog aku, wah tak sangka 1st time jumpa orang yang mek tak kenal cakap macam tu, time tu apa lagi uols kita dah feeling sekeping malam tu tak yah makan nasi lemak ayam pun dah kenyang uols ^_^
tak sia-sia akak tinggal kan tabiat lama akak tu, merempit bersama jantan jalanan. Tapi syukur akak dah berubah dhek akak sekarang ni lebih kerap duduk rumah dan banyak berblog. Kalau mak aku tahu ni confirm dia akan buat kenduri syukur satu kampung haha.
hah uols betul tak tipu kadang-kadang tu sampai ke padang bola sepak cheras aku update blog taw, ko ingt aku saja2 je nak pergi padang bola sepak tu? dah memang sah2 lah pasal ada abang bola sepak uols lagi bersemangat dibuatnya. 
ok lah uols akak berjanji lepas ni akak tak nak malas-malas dah, akan akan rajin update blog, ni akak buat bukan untuk sesiapa2 tahu, ini semua untuk korang yang dikenali sebagai Readers aku, dan aku pun sayang juga lah kat silent readers aku tu, walaupun korang hanya masuk blog aku baca apa yang patut dan tinggalkan blog akak terkapai-kapai kan. Sikit pun tak usik blog aku contoh macam like ker follow ke haahaha
ok la uols jumpa lagi yer, laki mak dah panggil tu suruh balik kena siapkan ayam belanda masak 5 rasa uols, ada masa akak update blog lagi ok. 

Renew Passport di UTC Pudu Sentral @ Puduraya



hey uols,

dari hari ke hari planning nak renew passport tapi sampai berapa hari kena pending atas sebab2 tertentu wah dah macam pangkat Dato feeling busy sana sini kan walhal kat rumah mengangkang ^_^
at last jadi juga akhirnya aku pergi buat passport bertemankan rakan ku ZUL, so pada awalnya tu kita orang plan nak buat kat Imegresen cawangan Sri Rampai tapi dah petang better ke UTC Pudu Sentral disitu lagi cepat dan mesra. Korang tak percaya? pergi try sendiri semua jabatan ada kat  UTC Pudu Sentral ni.
 hah akak tu lah yang entertain aku, dia sangat peramah hokay. Imegresen ni kalau tak silap aku berada kat tingkat 2.
The main problem is aku kena snap pic passport yang baru sebab aku nye jambul ni ada color
Kenalah turun GF untuk ke booth gambar.
   
 
 Dalam dua kali snap aku pun berpuas hati dan akak tu start edit gambar aku menggunakan Photoshop hilangkan color pada jambul aku tu. Boleh dikatakan flawless gak lah diedit nya muka aku ni haha
 2009-2010-2013
hehe nampak tak perubahan muka aku, ishhh jangan la puji deras sangat ^_^ aku taw aku Jambu Feeling lagi hahaha
 
Bila segala urusan dah pun selesai dan pembayaran pun dah dibuat, untuk tunggu passport yang baru tu kena tunggu dalam masa sejam baru lah boleh collect di kaunter kutipan dan serahan ^_^
Sambil menunggu tu korang boleh lah ke tingkat 4 dimana pelbagai jenis makanan ada disediakan di food court ni. Seperti biasa ayam penyet menjadi pilihan utama aku. Murah pun murah uols~ 
Alamak tak sempat nak minta softcopy sebab lepas ni tak perlu nak pergi snap kan, terus je print hurmmmm~ takpe lah dah kalut sngt nak buat mcm mana semua benda jadi lupa dibuatnya.
yeah passport dah siap, okay dah nak start packing barang lepas tu duduk kat ruang tamu tonton drama thailand. Abis tu renew passport nak kemana?
shhhh tunggu yer untuk update yang seterusnya~


Buffered Earning March. Tak perlu nak fight gila-gila



hey uols,

dah lama rasanya aku tak bercerita pasal buffered earning ni kan? kalau dulu orang bukan main suka lagi dengan keyword BE ni pantang terus akan berusaha keras untuk cari jalan macam mana nak kaut lebih banyak Buffered Earnings masuk kat blog mereka. Takpelah uols rezeki masing-masing.

Tapi bagi aku BE seriously tak bagi effect besar mana pun, no point ko dapat BE mencecah sebanyak 10 kempen kalau BE tu tak dapat stay panjang. Its not worth at all to chased something that really not giving you any benefit.

who says that? adalah orang ni dia panggil diri dia Anonymous!

cara betul nak dapat income from blog is really get ur ass to be highlighted by other company who willing to pay or giving you an extra credit. The reason why am saying this because there a lots of thoudsand company would die to give you a chance to promote their product and advert. Do believe in me.

I've said this before on my previous entry, we do blog cos passionate right? itu dulu boleh lah kawan 2 3 tahun lepas but right now this is 2013 and everyone is skate racing each other to get on the finishing line. ^_^
so just stop pretending yourself "oh am only doing this cos its for my own interest." Bullshit

there is no more people saying that anymore this days!
this what i got from the last few weeks ago. My unique visitor is only reach over 5k and not more than 7k views, so what do ya think? Like seriously orang lain sudah pun mencecah puluhan ribu for god sake. I am really sick for waiting like this "takpe masa uols belum ada lagi sabar yer" 
no I can't stand any longer now, I need to do something that its big where I can change the atmosphere of blogging concept. 

 here what am gonna do! (scroll down please)






















teguk secawan coffee dan teruskan berangan~
haha confirm korang ada yang pissed off dengan mek kan?
kesah pula aku kannnn~
tak payahlah nak fight gila-gila kalau kita tahu kat mana limit diri kita sendiri ^_^
kalau "benda" tu nak datang tak perlu kita cari "benda" tu sendiri akan cari kita.
adiosss~


Set Buffet Lunch di Restoran Bambu. Murah you all!



hey uols,

kalau korang nak lunch mek sarankan uols pergi lunch dekat Restoran Bambu kat Ampang tu. 

Korang pun tau kan tempat tu tepi jalan jer. Ni pun dapat tahu dari kawan aku hari tu. 
So aku pun tak nak lah lepaskan peluang melantak kat Restoran Bambu tu. Bila sampai tu sunyi sepi je tempat tu aman damai rasa uols, rasa macam balik kampung halaman. Menu hari tu mereka tak serve daging dan ayam so majoriti mak kena telan all the ikan-ikan tu.
 Tapi minta maaf saya bukan penggemar ikan keli, tak tahu lah kenapa uols kalau aku nampak ikan keli tu macam nampak diri sendiri pula haha. Tapi ikan pari dia terbaik uols~
Ouh pengat pisang ini sangat mengancam boleh buat aku top up sampai 3 kali ^_^
Omaigod the cake. Huh tak boleh nak cakap lagi sungguh menggiurkan 
macam mana aku tahu sedap walaupun aku tak rasa? haha musykil sngt
selera yer dhek. makan pelan-pelan yer kang tercekik pula ikan keli tu haha
kesian budak berdua ni uols aku jumpa kat tepi highway tu yang aku ajak dia makan sekali dengan aku :)

So berapa harga utk sekepala?
murah je uols RM9.90 korang makan lah sampai muntah haha 
  Isnin - Jumaat 12pm - 4pm
 
Sepanjang nak menuju ke tempat makan tu korang akan lalui pemandangan yang sangat menyejukkan mata. Ada concept menanam padi sekitar pondok tu dan juga ikap koi berenang kegirangan ^_^
dan yang paling best bila ada seorang budak pelayan tu sangat baik dan mesra tapi geli hati bila dia bercakap uols lidah pendek haha

jahat betul mulut mak ni kan. "Sthelamat Dhatang Nak Makhan buffet athau ala-carte"
so kalau korang ada jumpa budak lidah pendek tu cakap yang mak kirim salam, mak mana? mak aku kat kajang tu niaga cekodok ok.