susah sangat ke nak sebut nama mek? KIFLI MALLY



hi uols,

T____________T nanges kejap di pagi hari ni uols, kecik hati kita dibuatnya. Semua ada orang masalah kan? tapi masalah mek ni lain uols! tak tahu nak ngadu kat sapa! nak ngadu kat staff mak yang helok tu lah. 

ok ni masalah mek!
tiap kali introduction pasal diri, paling common pun orang bertanya
what is your name?
my name is KIFLI
JEFFRY!
no its KIFLI
eh come again!
u jangan buat i repeat banyak kali hah. nanti kami semua pukul u haha ^_^
serious mek tak tahu nak cakap macam mana lagi, especially kalau kena pula acquaintance kat Chinese people, ya ampunnn sangat susah kot nak bagi dorang faham, kadang tu nak je bagi korang nama kelahiran western mek contoh angelica, monalisa, chrstine dan kak ton #eh. 

Instead of KIFLI kena tukar pronounce to KEFLI~ 
baru dorang angguk ooooo KEFLI!

kalau pass kat malay people pula, especially girls. OOOooo macam KIFLI AF tu ek? ah! sudah dikait nya pula aku dengan KIFLI AF haha
perbezaan antara kifli mally dengan kifli af adalah di google mek ranking 1 hokay ^_^
persamaan kami ialah kami berdua ialah comel dan JAMBU hahahaha
so selamat berkenalan semuanya, nama saya KIFLI MALLY
eh korang tahu kan KIFLI tu nama makanan orang austrain, sungguh sedap yer nama KIFLI ni hingga boleh diratah dan dijamah oleh semua lapisan masyarakat haha 

Stay goddess my loyal readers ^_^

Cam Whore di Public Toilet!




hi uols,

Confirm ramai sangat di kalangan mereka yang blogger dan non-blogger ni yang suka bergambar ^_^ sehingga terjadinya cam whore. Cam whore boleh terjadi kat mana-mana saja termasuk lah toilet. Serius aku pun tak taw kenapa bila masuk toilet jer amik gambar dulu hehe biarpun nak tercirit sekali pun satu snap gambar sudah memadai ^_^

Bagi mereka yang mempunyai ciri-ciri muka penggoda amatlah diperlukan dalam catergory cam whore ni. 
yessss aku rasa tak cukup dengan itu yer, nanti mek akan datang dengan cam whore yang seterusnya ok
tapi memang tak boleh nak challenge dengan cam whore lahanat sekor kat bawah ni, makan hati dengan women betul beliau haha
kalau pose DUCK FACE pernah jadi trend untuk gegurl trend duck face untuk lelaki pun ada gak sebenarnya. Kalau tak silap aku Justin bieber dan juga Zayn Malik yang pernah nampak buat Duck Face versi lelaki ^_^

tapi korang nak tengok tak macam mana kaedah lepas ni korang boleh buat duck face dengan lebih natural takde nampak sangat macam terpaksa haha 
tengok lah bawah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hahahah gotcha, lepas ni ramai yang akan nampak natural bila posing dalam gambar hahaha

Stay goddess my loyal readers ^_^



Takut je dah bekerja ni blog jadi usang!



hi uols,

siapa sangka kan pejam celik pejam celik akhirnya kerja juga aku. Sekarang ni aku kerja kat pusat Bukit Bintang yer. Sesiapa yang feeling nak melawat aku tu boleh jer. Jangan lupa bawa makanan yer. haha

Hari tu aku ada gak jumpa Cik Lily n Hazman, feeling nak mengadu nasib katanya.
"Alaaaa uols lepas ni confirm takle nak attend event during office hour"
"tak pe deknon keje itu lebih penting, event ada merata-rata"

Baru je start kerja first day dah ada 3 event yang approach. Cuma timing je tak kena sebab office hour kan. Nak cabut tak le uols, sbb tu bukan company bapak! mek.haha
 Nanges kejap uols.

tapi selepas dengar dari pakar nasihat tuan dan puan dari dua blogger otai ni, terus hati sejuk sikit ^_^
walau apa pun yang terjadi entry tetap sehari akan update. Gigih khusus untuk loyal reader mek.ok lah uols nak siap pergi keje ni. Siapa nak lunch sama2 dengan kita? hehehheeh
Shantek tak mak? tengah siap2 ke ofis katanya~
stay goddess people~

Yeah mak dah keje uols!




hi uols,

cuba teka kat mana mak keje skang ni uols?
tak perlu lah korang usaha keras untuk teka kat mana mek keje, apa yang penting tiap bulan boleh beli bag LV, mampo tak dengan statement mek tu? helloooooo mek mampo hokay beli bag LV tu takat pejam sebelah mata je haha. Tapi petaling street nye label lah, tu pun still bid nak harga murah lagi haha
 1st day je masuk keje ada briefing selama seminggu. Interiew dia bukan seperti interview biasa taw, banyak task kena buat lepas tu mek berjaya dan diserap masuk. Mek dapat keje ni pun sebab dorang confused tengok mak yang sangat zelita ini hahaha ^_^
mampo tak g interview macam ni haha ^_^

mek kena training selama 1 tahun ok! lepas tu kena shift lain-lain department dalam tiap 2 bulan, ko rasa tak apa yang aku rasa skang ni? HAZAB! bila dah settle setahun training tu baru lah weols di bagi kata putus nak masuk department mana. Aku sah-sah lah amik HR kan! feeling nak stay dengan makcik-makcik HR tu bergosip sambil stamp document!
ok la uols nak sambung kira stock ni.

apa pun uols just stay tuned taw, sebab banyak sangat jejants yang helok-helok ok. Serius cair mek dibuatnya, tu yang semangat hari-hari nak datang keje sebab nak cuci mata ^_^ muka melayu tapi versi arjun rampal, tak ke tiap malam mimpi basah #opssss

stay goddess my readers~

Budak perempuan ni baru masuk malaysia agaknya!



hi uols,

tadi kan aku on the way ke kepong central sebab nak makeup adik aku sebab dia ada farewell untuk  coz dia sebagai budak Nursing ^_^ lepas ni ada lah budak nurse dalam ahli keluarga aku, sorang lagi tu bakal jadi cikgu dalam 1 tahun 1/2 baru abis study. 

Dan aku?

hanya lah seorang blogger yang feeling full time hahaha ^_^

time tu aku baru nak gerak sebab janji nak makeup dia kol 4pm, lepas tu benda penting dalam makeup aku terlupa nak beli iaitu "VULU MATA" uols makeup tanpa bulu mata umpama makeup tu takde seri ok.
so aku pun pergi kedai pelangi kat area cheras ni, kedai ni jual macam-macam ok ^_^ dan aku tanya sorang akak yang duduk depan kedai. 

"akak bulu mata ada?" dia senyum
"akak bulu mata ada?" sambil tujuk bulu mata aku ni, dia senyum lagi. lepas tu dibawanya aku ke sun glasses display ^_^

sudah aku pergi cari sendiri. Sekali tengok kawan dia cakap dia baru start keje. Dan apa yang aku suspek dia ni orang vietnam dan sure baru sampai kat KL sebab tak fasih lagi nak berkomunikasi dalam bahasa. Nak je aku jerit 
aku ni polis dalam penyamaran, bak sini passport ko haha ^_^ confirm dia cuak kan!!!
klu korang nak rasa macam kat mumbai tu korang boleh jer turun kat Mydin besar kat area masjid jamik tu, confirm korang akan nampak muka BANGLA, INDON, MYANMAR, VIETNAM. etc. Yang penting kerajaan luluskan 45K pekerja asing ni datang utk support kerja di malaysia. Ko rasa? 
mak selalu jadi mangsa mereka, mak selalu di ganggu tak kira di mana jua haha
untungkan mereka datang ke malaysia ni mencari rezeki. Bersyukur sangat malaysia ni negara yang aman dan punya rezeki yang banyak untuk di kongsi sesama manusia

stay goddess my followers.

Fabulous cute day 4 semakin hampir - TKG Crew




Hi uols,

pejam celik pejam celik tak sangka jumaat ni 28th June, dah tiba masanya TKG Crew buat satu lagi event, iaitu malam dinner "Fabulous Cute Day ke 4" siapa sangka event dari group aku ni dah sampai episode yang ke 4 ^_^ 

seperti kebiasaanya setahun sekali je masing-masing nak drag. Kalau korang refer pada "Fabulous Cute Day ke 3" kita orang buat kat Melaka, tapi sayang aku tak sempat nak buat cover pasal cerita tu atas sebab-sebab tertentu. Untuk "Fabulous Cute Day ke 2" weols buat kat pangsun. kat pangsun tu lah aku baru nak kenal dengan lebih rapat lagi dengan budak TKG Crew yang lain. 

So kali ni kita orang buat kat PD balik uols, ko faham lah kan kenapa PD, jejants merata deknon lepas drag tu boleh cur. Terus berubah jadi kupu-kupu malam, mana yang cantik jadi kupu-kupu lah yang aku ni saiz dugong tak mampu nak berubah jadi cantik uols.
apa salah kita bang orang tu asyik tenung kita jer.

so since tinggal 4 hari je lagi sebelum acara tu berlangsung, harap-harap dress aku pun sempat jahit lepas tu ditambah dengan dress yang di sponsor oleh En Azhar. Nanti aku akan update kesemua dress aku kalau dah siap ok. Confirm korang akan keji gila lepas tengok dress mak tu. Dah nama pun drag show kan confirm lah ala-ala pelach semuanya ^_^ 
asalnya nak pakai wing uols feeling VS
tapi aku fikir, sudahhh mana nak cari bulu ayam seladang supply untuk wing aku ni.
so nampaknya kena lah buat dress. So korang just tunggu dan lihat macam mana mek transform ok.

stay goddess my lovely readers. ^_^

Wah dah 900 entry aku post!



hi uols,

tak sangka kan kita dah berblog selama 5 tahun ni tak sangka pula aku dah post sebanyak 900 entry ^_^
cuba lah korang bayangkan 900 bukan sikit kan?
banyak yang aku dah buat, eh boleh dikatakan pelbagai lah cerita yang aku combined dalam entry aku
dari lah aku start berblog lepas tu meroyan dalam ni dan di tambah pula dengan event-event yang aku pergi, 
haha kelakar dowh budak lembut tu~
 
dan lepas ni aku akan tetap sambung untuk berblog dan berblog tak kira lah apa keadaan sekali pun ^_^
dan untuk bagi reward kat diri aku sendiri mek pergi bercuti kat Batu Burok,Terengganu sekali gus ada International JetRace competition. Ouh semua itu di sponsor oleh MeganRata Sdn. Bhd ^_^
ok lah uols mak kena pergi dulu, terlalu ramai paparazi kejar mek haha
apa pun korang just standy yer ^_^ mana lah tahu mek menang jetrace tu. Ouh Club Terengganu Marina merupakan sponsor untuk jetrace kali ke 4 ni,
last but not least, race buffered untuk bulan ni. Ouh anak-anak ku cepat lah kamu membesar yer haha.

stay goddess my loyal readers.

Korang sanggup letak mak ayah korang kat rumah orang tua?




Hi uols,

Soalan pertama yang aku nak tanya kat korang semua?
Tergamak tak korang untuk meletak kan ibu ayah korang yang dah tua kat Pusat Penjagaan Rumah Orang Tua. 

Aku nak bagi tahu especially budak sekolah yang baca entry aku kali ni, adik-adik nanti kalau dah besar please lah jangan buat macam tu kat mak bapa korang yer ^_^ mek merayu kat uols semua.....nah RM10 untuk belanja sekolah haha

Kisah nya macam ni, 
Mak aku cakap nanti kalau dah tua nak stay dengan adik perempuan aku tu, eh mak aku mmg tua dah tapi tak uzur lagi ^_^
lepas tu boleh pula adik aku bergurau, "mak boleh stay dengan kita tapi tak boleh lama lah" so mak ayah aku pun sentap dengan ayat adik aku tu.
anak kedua mokcik mmg macam tu kurang taat budaknya ^_^

lepas tu mak aku pun apa lagi terus lah call aku, terus ngadu pasal apa yang adik aku cakap tu,
terasa diri ini macam hot careline pula. Sesapa nak mengadu boleh lah call saya di number ini yer 017-3278836
terus ini jawapan aku coretkan kat FB. Feeling nak share dengan orang semua orang katanya~

InsyahAllah nanti kifli mally akan jaga mak dan ayah selagi mana kudrat ini ada yer ^_^

stay goddess my loyal readers~

LG Fiesta Roadshow di The Curve, Mutiara Damansara

hi uols,
Awal bulan Jun hari tu, LG telah mengadakan satu Roadshow yang menarik buat pengunjung untuk merasakan sendiri kehebatan gadget dan teknologi dari LG. Dengan berkonsepkan LG Fiesta Roadshow kali ini sedikit sebanyak memberi impak buat Syarikat LG.All thanx to Bro sebab sudi ajak kami semua.

Seawal jam 8 pagi kami (Bloggers) sudah pun berada di tapak Plaza, The Curve untuk memeriahkan majlis.
Ok kepada korang semua sila buka mata tu besar-besar dan jangan kemana-mana, kerana aku akan 
bercerita dalam bentuk 3D kali ni (^_^)---3D tak?
Semua blogger yang hadir pada awal pagi tu kena daftar mengikut group yang di undi. Kemudian sebelum acara start masing-masing sibuk mengambil gambar dengan TV LG pertama di dunia bersaiz 84 Inch Ultra HDTV. Cool tak? #thumbsupLG
Speaksperson dari LG memberikan detail tentang kehebatan TV LG Gergasi ni. 
Confirm aku tak cari lain kalau dapat TV sebesar 84 Inch ni. Serious aku tidak akan curang, di tambah pula dengan Glasses LG Cinema 3D yang memberikan impak High Definasi kepada screen anda untuk merasa suasana sebenar semasa menonton rancangan pilihan anda. ^_^
Selain dari itu, LG Smart TV memberikan kemudahan kepada pengguna, dimana mereka boleh terus mainkan sebarang Game, Music Clip atau Video terus kedalam papar skrin TV tersebut. Mudah hanya "Connect & Play" #Awesome kan?
Selain dari itu LG Smart TV mudah dikendalikan oleh Remote Genius dimana pengguna boleh mengendali kan sebarang aplikasi yang telah sedia ada di papar skrin, selain dari itu juga pengguna boleh untuk online menerusi screen besar LG Smart TV ini. Wow~
Bila screen dah dalam High Defination, Gambar pun nice, video juga tak terjejas (scattered) apa kata kalau di tambah dengan 9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER. Memang tiada lagi yang boleh di pertikaikan bila LG Smart TV dan Home Theater Sound umpama Transformer. Kelebihan sound home theater ini terletak pada bunyi, ianya tidak pecah (Precise Sound) dan kurang gangguan pada bunyi (Sound Distortion) OMG 25x bayangkan korang tengok action movie dah sama seperti dalam Pawagam kan?
 
Bloggers Aktiviti:
1) Speed Question (Based On LG's Product)
2) Meneka Tajuk Movie
3) Oppa Gangnam Style Group Dance
Semua blogger nampak enjoy dengan aktiviti yang ketiga dimana semua blogger kena menari mengikut gerakan OGS (Oppa Gangnam Style). Juri mereka pula memang penari dan K-pop PRO di malaysia ^_^ so beat it~
banyak telatah yang kita lihat. Seorang akak blogger tu yang sarat pregnant dengan baby kembar tapi masih berkemampuan untuk menari lagu rancak ni.
Congratulation to the winner ^_^
I respect mereka yang bersungguh-sungguh, dan lihatlah betapa meriahnya event kali ni. Semua blogger gembira dengan event yang dianjurkan oleh LG Fiesta kali ni. Selain dari itu dapat juga berjumpa dengan blogger-blogger baru.
Sebelum aku mengundurkan diri dari event tu, aku tertarik dengan LG CINEMA 3D Smart TV ni, aku memang berkenan sangat ^_^
selain dari kelebihan yang korang tengok diatas sebelum ini, LG Cinema 3D ini juga boleh dikendalikan melalui "Soft Gentle Motion", di mana pengguna boleh pilih menu tanpa menggunakan remote control seperti TV biasa. Ini kerana camera yang terletak pada atas Smart TV ni membolehkan mengesan setiap pergerakan dari pengguna, #Menarik kan? #wow!!
      LG CINEMA 3D Smart TV ianya 
  • Smart Control     
  • Smart Sharing     
  • Smart Entertainment     
  • Comfortable 3D
Oleh itu saya nak bawa balik tidak kira mana satu dari LG Smart TV ni kerana bukan sahaja boleh di tonton dalam 3D, malah 2D pun ada juga. Part paling mengujakan ialah resolution yang besar dan berkualiti tinggi (High Definition) sekaligus memberikan kepuasan kepada setiap mereka yang merasakan pengalaman sebegini.

Menarik tak LG CINEMA 3D Smart TV dan juga Sound Home Theater ni?
kalau korang rasa menarik klik sini untuk pergi ke website mereka dan alami sendiri features dan specs produk tersebut.

Bawalah keluarga tersayang anda ke outlet yang berdekatan dengan LG, untuk merasakan sendiri betapa #awesome nya barangan LG. Korang tentu akan tertarik kerana LG tahu apa yang diperlukan oleh penggunanya.
Sayang keluarga anda dan berikan teknologi dan produk yang terbaik buat mereka dengan LG (Life is Good) ^_^
 
stay goddess my readers!!!!

Blogger ni tercari-cari milik siapakah suara lelaki lembut itu!



hi uols,

hah ngkooooooo! dup dap dup aku dibuatnya bila kawan aku si Makcik Konah ni bagi tahu ada seorang minah blogger yang letak pic dalam entry. Bangga kejap bila minah ni cerita pasal kecantikan mak hahaha
 tak tahan aku baca statement ko wahai miss volvo ^_^
hah kenalkan itu lah dia Ibu Hanis Zalikha time tu bergambar di Istana Budaya untuk preview concert DJ Dave

hah ngko yang penting entry ni dah lama, tapi disebabkan oleh si makcik konah ni expert dalam blogwalking dia pun terjumpa entry lama ni. Kalau tak silap aku Screening TED tu kat Midvalley kot ^_^ dan yang penting aku kat belakang dia tengah kepoh-kepoh dengan member aku. Dia pun apa lagi pantang dengar suara jejak lembut ni katanya. 

kenapa dhek alergic dengar suara lembut akak ker? Terus stim ke ko dibuatnya hahahahha ^_^
hah obor-obor itu lah kawan mak uols ^_^
cari punya cari, rupanya entry ni ditulis oleh Miss Volvo, hurm maaflah kita tak pernah bersua lagi kot. Nanti klu aku dah jumpa ko nok, aku terus transform jadi obor-obor yer. Sebab ko suka tengok yang lembut2 ni kan hahaha.

Tapi baru-baru ni aku pergi juga Movie After Earth tak jumpa pun ko kat sana wahai miss volvo, ke sebab ko tak dapat dengar suara lembut akak ni haha.  Ok lah nanti kalau ko dapat screening Monster University minggu depan boleh lah jumpa yer ^_^
asal nama ko miss volvo, ko pakai kereta volvo ek? wahhhh
kelasss ko volvo anak orang kaya rupanya haha
ko payunglah mak sebijik kereta ok. alaaaaa tak demand pun just nak Ford Fiesta tu boleh tak?
stay goddess readers ku.....

Yeah I got my second Give away Part 2



hi uols,

as referring back to my previous entry on how much stuff and junk that has given away by zuzu to me and currently his just can't stop from letting his stuff away ^_^,
haha so far the only friend of mine yang paling aku sayang
(bila dapat barang je aku sayang then aku carut lah balik haha)
if am not mistaken this is a concealer.
so apa yang aku suppose buat dengan concealer ni. Hurmmmm tengah fikir mungkin aku boleh bagi budak2 ni main as crayolan boleh conteng mereka punya buku ^_^
Btw thanx yer Miss zuzu for the give away.

Stay Goddess uols ^_^

Project Hope oleh World Marketing Summit Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Craft Complex



hi uols,

Selasa lepas ni aku baru je menghadirkan diri ke Complex Craft kuala lumpur sempena dengan event Project Hope yang di anjurkan oleh pihak World Marketing Summit Malaysia untuk 2013 ^_^
 
wah lepas tu dapat tengok betapa meriahnya muka adik-adik kita ni di beri hospitality yang sangat best ditambah dengan aktiviti seperti bermain bola sepak.
100 anak yatim dari seluruh rumah anak yatim di malaysia ni telah bertempat di Kompleks Kraf KL untuk menunjukkan minat dan bakat mereka bila besar nanti.
kanak-kanak diantara 8-12 tahun ini diberikan dengan aktiviti yang menyeronokan seperti bermain bola sepak bersama dengan jurulatih profesional serta diberikan medical check up percuma oleh Columbias Asia Hospital setapak dan juga lawatan untuk berkunjung berjumpa dengan malaysian idol.
Para VIP yang hadir pada Project Hope hari tu.
Christian Rehren, Ambassador of Chile to Malaysia; En Mansor Abdul Latiff, General Manager of Karyaneka; Mr. Stuart Ramalingam, Director of Marketing & CSR, Asian Football Confederation; Dr Annathurai, Head of CSR, Asian Football Confederation; Christopher Huehn, CEO of Staedtler Malaysia; Yang Berusaha Dayang Habsah Abang Saufi, Director of Ethnicite Sdn Bhd; and Donne Ray of The Platters
Selepas itu Donne Ray menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan lagu kegemaran beliau.
 Lepas tu dari mana pula kemunculan Mr, Bean ni. Habissss kecoh satu dewan bila semua kanak-kanak berebut nak bergambar bersama dengan pelawak antarabangsa ni ^_^
 Selain dari itu juga mereka kami diberi sedikit video clip tentang perjalanan mereka di dalam menjayakan event Project Hope kali ini, selain itu dimana untuk memberi kesedaran dan semangat untuk terus berjuang demi menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

World Marketing Summit Malaysia 2013 sangat gembira sebab boleh memberikan pertolongan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini untuk mempunyai masa depan yang cerah. Selain dari itu juga selepas WMSM2013 berjaya melaksanakan project hope kali ini di malaysia , baru lah ianya akan di terapkan di negara lain pula.

Yang penting selain dari itu juga SMEs turut terlibat di dalam menjayakan project hope kali ini. Dengan adanya pelancaran 8 Billion ini anak-anak yang kurang bernasib baik di malaysia akan diberikan kemudahan dan juga sumber kehidupan agar mereka boleh mencapai masa depan yang cerah di tambah dengan kelebihan yang terletak pada penaja Project Hope kali ini. 

Diantaranya adalah penaja-penaja yang bernama besar seperti Kraftangan Malaysia and Karyaneka (Venue Sponsor), AirAsia (Airline Sponsor), Staedtler (Official Stationery), F&N, Volkswagen Group Malaysia, Manoah Consulting, Alcom, BMI Research, Columbia Asia, Jim Liaw Photography Studio, AOS Conventions & Events, Dream Asia and Gabungan Bola Sepak Asia
sekali lagi berterima kasih kepada Airasia kerana memberi penerbangan percuma kepada rumah anak yatim dari Semporna Sabah, 40 orang kanak-kanak kesemuanya. Bagaimana mereka memilih rumah anak-anak yatim di seluruh malaysia? Mereka akan memilih mengikut purata dimana 50% dari Semenanjung Manakala 50% adalah dari Sabah & Sarawak
Mr. Ng Ghim Hwa, Dr Marceline Lemarie, dan Mr Fabian Nesan Selva. Mengadakan sesi press conference bersama dengan media lain.

100 keping koleksi hasil dari kraf kanak-kanak ini akan diletak pada laman bidaan pada 28-30 september 2013. Selepas itu duit yang mereka menang bidaan tertinggi akan diberikan pada mereka bila mereka mencecah usia pada 18tahun. Selain dari itu juga WMSM2013akan sentiasa untuk mengikuti setiap perkembangan kanak-kanak ini dari masa ke semasa.
kepada korang semua yang berada diluar sana jemput lah untuk memberi sokongan kepada adik kita yang kurang bernasib baik ni. Sentiasa bersyukur uols dengan apa yang kita ada sekarang ni berbanding dengan adik-adik kita yang masih kecil ni.
Korang like dan follow lah yer page WMSM2013 dibawah ni yer!!!

Stay goddess people!!!