Food Review: Dip N Dip, Jalan Telawi @ Bangsar



hi uols

Kalau hujung minggu memang sesuai kalau korang pergi cuba desert yang kaya dengan Chocolate, boleh dikatakan penggemar chocolate memang suka tempat ni ^____^ 

mek memang dah lama nak pergi ke sini and you guys should try the same. 
1st what you have to do is select your menu, seriously BLURRR!!! terlalu banyak cake dessert dan chocolate yang sedap untuk dimakan, and even the menu looks so tempting sampai rasa macam nak makan je menu tu ^_^
 this is an other option for those yang tak tahu nak makan, same like mine,
mek tak tahu nak makan apa so kena buat tilik nasib dan stop your point finger on the menu. ^___^
Help much? nahhhh no it dont! bahaha

 so mek decided to try this simple look chocolate 
Chocolate Mousse RM 13.50 diperbuat dari Chocolate Belgian.
 second menu, mestilah based chocolate juga kan ^_^
Dip Crispies RM13.50
(A cup filled with cereal and chocolate, topped with mini marshmallows)
Also available cereal, rice crispies, honey smacks and trix
and as for our drinks, still based chocolate bahahaha
memang hantu chocolate betul mek ni kan?
mek try mereka punya special Dip 'n Dip Freezy RM18.90 

seriously manissssssssss masih terasa bila korang makan kat situ, even makan chocolate pun dah boleh kenyang. Hehe nak tahu apa rahsia mek nampak manis je selalu. ^_^ 
eat all the sweets food lah haha
 well for those yang nak tahu lebih lanjut, boleh lah kunjung address dibawah, sebab ada banyak lagi dessert lain yang perlu korang try. I do pledge to come back, the reason is because I want the "Fondant" serius nampak sangat menyelerakan ^_^

sebut dengan laju2 Fondant Fondant FOndannnn haha ^_^

Address 5, Jalan Telawi 3 59100 Bangsar
Phone03-2201 5052
Websitehttp://www.dipndip.com
StatusToday 11:00 am - 1:00 am
Hours
Mon - Thu:11:00 am - 1:00 am
Fri:2:30 pm - 1:00 am
Sat - Sun:11:00 am - 1:00 am

Stay goddess people ^_^

susah sangat ke nak flush jamban lepas membuang!



hi uols,

arghhhhhhhhh tension bila mek nak masuk gents tiba-tiba tengok ada beberapa jongkong emas yang masih fresh grrrrrrrrr

budak lelaki kat department aku ni bodoh sangat ke sampai tak boleh nak nak flush hasil buangan sendiri, ke korang memang kat rumah mak bapak korang yang tolong flushkan, tak pun ada maid korang yang tolong cuci kalau korang berak kat merata-rata tempat seperti kat sofa, meja makan, pasu bunga dan lain lain tempat!!
arghhhh tension aku.
ke korang jenis yang sayang kat emas tu smpi nak keraskan macam suri anak tom cruise buat ni.
 
Tapi dalam fikiran mek ni teringin nak masuk kat ladies tengok confirm ladies bersih je kan. Yeke? sekali tengok ladies lagi teruk dari gents bahahahahaha ^_^
gents boleh kencing berdiri pancut dinding, ladies kena duduk gituuu sopan kekdahnya.

tapi come one lah, boys kat department aku tu semuanya dah tua bangkak kot, dah boleh kawin jaga anak bini orang. Tapi still tak boleh nak jaga taik sendiri!!! BODOH IDIOT!!!!
ooo kau la rupanya yang berak tak flush tu yer, aku tumbok muka kaw (slang sabahan)

So kepada korang yang baca entry ni di luar sana lepas membuang harta peninggalan tu please please please flush dan bersihkan toilet sebab orang lain pun nak guna, dan tolong jangan penting kan diri sendiri.

stay goddess people ^_^

Makan sampai kenyang di Wonder Food Adventure di One Utama Shopping Mall

hi uols,

kepada kaki makan jangan lupa datang ke Wonder Food bertempat di Old Wing Court centre One Utama Shopping Mall. Korang sendiri akan turut merasa betapa mewahnya level ni penuh dengan pelbagai jenis makanan. 

Weekend hari tu mek tak lepaskan peluang untuk merasa beberapa outlet yang memang menjadi tumpuan Wonder Food Adventure kali ni. 

so tunggu apa lagi jom kita cuci mata ^_^

#Vivo American Pizza & Panini
1) Baked Chicken Chop: RM16.90
2) Smoked Chicken BBQ Pizza 11 inch RM22.90
3) Volcanic Chocolate With Ice Cream RM15.90

     LG311B, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.     
603-7732-9799

mek akan suggest korang untuk rasa ketiga-tiga menu diatas, especially Volcanic chocolate tu memang membuatkan anda semua tak duduk diam. Surprise hot chocolate didalam brownies tu ^_^


 #BBQ Chicken
 Manakala di BBQ Chicken pula mek di hidangkan dengan family platter set.
kebiasananya di dalam family set ni dia ada 4pcs chicken + French fries + Coleslaw + 4 carbonated drinks
tapi untuk review kali ni seperti yang korang nampak ayam tersebut ada pelbagai jenis rasa dan label.
1) Olive Luxury Chicken
2) Jerk BBQ 
3) Korean Charboiled
4) Hot-hot drums

untuk family set ni semuanya berharga RM59.90

LG323-LG323A, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, No.1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 
603-7727-0619 

 #Bisou Bake Shop
 Akhirnya untuk dessert yang sangat sedap tak terkata ni, penuh bersalut dengan cokelat yang mewah sudah semestinya Bisou Bake Shop. Sungguh kreatif dengan hasil seni ukiran dan hiasan.
oleh itu mereka berikan mek Cup Cake Of The Month
 
 cream chocolate yang sangat sedap, lembut dan manis ^_^

LGK105, LG, 1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya. Tel : 03-7728 6526


 #Molten Lava Cafe
 (Opposite Cold Storage)
Lot LG312B, Lower Ground Floor
Oval, One Utama Shopping Centre
Tel : 03-7725 1777
Email : molten.lava@yahoo.com
 Cinnamon Sugar : RM4.80
Terima kasih atas penghasilan ekspress Cinnamon Sugar ^_^ 
memang sedap betul dimakan waktu-waktu panas macam tu.

 #Seaweed Club
LGK 109A, Lower Ground Floor,
One Utama Shopping Center
No. 1 Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

 wohoooo selain dari itu juga, mek sempat lagi tapau seaweed untuk di bawa balik, terima kasih kepada Seaweed club. Sememangnya berbaloi ^_^

 #Mr Cendol
 memang tak sah kalau tak menjamah Cendol kan, siapa kata tak boleh jumpa cendol di dalam shopping mall One Utama yang sangat besar tu. Mr Cendol menyediakan cendol yang terbaik dari ladang ^_^
Hilang rasa penat dan dahaga setelah menikmati ais cendol cawan yang sungguh menyegarkan itu.

Cendol Cawan RM4.50
LGK 109, Lower Ground Floor (Old Wing), One Utama Shopping Center, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. 012-661-8683


Dan banyakkkkkkkkkkk lagi. Serius sampai tak tersnap kedai makan yang lain, sebab terlalu fokus menikmati semua hidangan yang pelbagai jenis. Dari halal ke non halal, dari portion yang kecil ke besar, manis dan bercrea semua ada di Wonder Food Adventure One Utama kali ni.
 
 Terima kasih Butterfly Malaysia kerana sudi menjemput kifli mally untuk melantak sambil berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Sudah pasti ramai yang akan datang ke One Utama untuk merasa sendiri nikmat juadah dan hidangan mereka. Kalau malas sangat nak ke OU korang boleh pergi ke outlet lain bahahaha

Stay goddess people ^_^


Dulu dia sexy, sekarang dia sederhana

 hi uols,

hurm sungguh bersederhana entry mek untuk hari ini *amik tudung nak buat tutorial lilit kat leher. boleh tak? ^_^

cerita nya macam ni nok, satu ketika dulu time mek muda-muda uols, kat kolej tu mek ada kawan wanita yang begitu sweet candy katanya, tinggi, cantik, sexy dan boleh dikatakan full package yang penting mek suka kawan dengan dia sebab dia jenis open minded person. Dengan semua orang dia boleh masuk ^_^
sepanjang dia dekat kolej tu ramai juga yang mengata yang di cukup sexy itu dan ini, but why not student life what do you expect kan ^_^ plus she has the full package. *hamboiii ayat nak omputih sajoooo
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
ok buka lembaran baru!!!
bila dah setahun lebih kita orang dah grad, mek ternampak profile dia kat facebook ^_^ 
selama ni mek belek2 FB tu tak pula pernah nampak dia, cuma malam tadi ternampak profile picture beliau kini sudah bertudung. Ouh sweet sangat uols, mek sangat berbangga dengan beliau kerana mampu bertudung litup dah sekarang ni ^_^

mek tak nak post pic dia kat sini sebab nanti timbul spekulasi pula bahahahaha
apa yang mek nak korang tahu ialah jangan sesekali judge orang lain dengan hanya sekali pandang hokay!!!
bukan itu saja, jangan ingat budak dulu nya liar tak boleh berubah satu hari nanti. Dah banyak yang mek tengok, dah banyak yang mek lihat orang jenis seperti ini berubah ke arah kebaikan gituuuu *bergenang air mata kejap 
 hey girl let photoshot ^_^ *kenalkan geng baru hijab mek!

cuma persoalan nya disini, apa yang mek harap korang jangan lah muda berputus asa dengan perubahan yang korang lakukan yer, buat dengan ikhlas, sebab apa takut korang jenis yang lemah semangat ni hari ni bertudung lepas dah tak rasa cantik start free hair balik. Cissssssss!! itu jam mek hantar kahak satu tong kat uols ^_^
tengok mak hayam sorang ni, dah bertudung semenjak balik dari umrah. Miss Nina ^_^ love uols.

mek berharap mizz nina maintain dengan style bertudung ni yer. Sama juga seperti kawan wanita mek time kat kolej tu dulu. Harap style korang berpanjangan, You go hijabista girls
^_^ 

stay goddess people!!!!

trend dan Fashion rambut kifli mally

 
hi uols,

Mek boleh dikatakan memang baru lagi dalam company yang mek tengah kerja sekarang dan kebiasaan bagi kita orang semua kalau dah muda fresh and vibrant fashion dan style tak pernah lepas dari pemakaian seharian kita orang.

incident ni berlaku dalam di dalam lift dengan pantas dan cepat akak tu bertanya
"Adik tumpang tanya boleh? Ini memang fashion rambut sekarang ker?"

sebenarnya fashion rambut jenis sekarang ni ramai je yang dah start ikut dan mengayakan ikut style sendiri. 
kebanyakan mereka akan refer pada icon yang mereka suka seperti pemain bola sepak dan celebrity kegeraman mereka, mek pula more refer to magazine dan juga runway fashion style.

Icon hair fashion kifli mally:
 takde lain most of the time mek suka tengok style rambut zayn malik ^_^
sambil mencuci mata pada runway, style rambut juga tak terlepas dari pandangan mek ^_^ lebih lagi pada style model yang "terletak heloknya"
rambut memang sangat susah untuk dijaga lebih-lebih lagi rambut mek jenis yang mengerbang macam hantu kak limah tu, so dengan bantuan hair blow, iron, shampoo, serum dan conditioner amat lah penting untuk memastikan rambut mek sentiasa sihat.

beberapa tahun lepas:
berbalik pada beberapa tahun lepas mek tergila-gilakan rambut panjang, tapi setiap kali nak panjang pasti rasa rimassss. Oleh itu mek memilih "undercut" sebagai satu cara yang selamat untuk kenakan dengan gaya casual.

style rambut terkini:
selain undercut style korang booleh cuba trend rambut untuk sekarang iaitu "the fade" lebih kurang seperti undercut cuma lebih tipis dan nampak seperti pudar. Seperti ada tone ketebalan rambut.

gambar dibawah ni dari rambut mek panjang sehingga pendek, dari pendek kembali ke kerinting ^_^ banyak cara dan design yang mek buat dengan rambut ni. Bukan senang nak maintain kan rambut yang ikal kerinting seperti mek.



Mural Sekolah Bertemakan Kesegaran Buah-buahan Memenangi Hadiah Utama

hi uols,

Para pelajar SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar baru-baru ini bersorak penuh kegembiraan apabila mural dinding mereka yang menggambarkan buah-buahan segar memenangi pertandingan melukis mural yang diinspirasikan oleh Clean & Clear® Fruit Essentials, rangkaian pembersih muka baru yang membersihkan, menyegar dan mencerahkan kulit remaja.

Dicipta khas untuk kulit gadis remaja, Clean & Clear® berhasrat menyediakan para remaja Malaysia dengan aktiviti di sekolah yang sihat dan menarik serta menampilkan daya kreativiti mereka secara berkumpulan.  “Pertandingan mural  ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para remaja menunjukkan bakat kreatif mereka selain memahami kepentingan bekerja secara berpasukan,” kata Lynn Yeo, Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson Malaysia, yang memasarkan produk Clean & Clear® di negara ini.
Yeo menambah: “Seni mural dipilih kerana merupakan satu bentuk seni yang berkait rapat dengan ekspresi kumpulan remaja. Seni ini membolehkan mereka mengolah hasil seni secara bebas di tempat awam yang orang ramai boleh melihat hasil kreativiti mereka. Melalui pertandingan ini,  Clean & Clear® memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menghasilkan mural dinding di sekolah mereka supaya dapat dilihat dan dihargai oleh rakan-rakan sebaya”.

Apa yang membuatkan para pelajar SMK Sultanah Bahiyah nyata berbeza daripada 12 buah sekolah lain di Semenanjung Malaysia yang menyertai pertandingan ini ialah daya kreativiti mereka dalam menghidupkan tema pertandingan iaitu “Segar – Yakin - Pasti OK” melalui mural yang dicipta. Sama juga seperti pembersih muka yang menyegarkan, mural dinding yang dilukis oleh para pelajar ‘membangkitkan’ deria melalui kombinasi buah-buahan yang berwarna-warni dan bentuk geometri yang bijak.

“Kami merupakan peminat permainan ‘Candy Crush Saga’! Warnanya yang menarik serta ikonnya yang unik telah memberi pengaruh yang besar dalam mencipta hasil kami.  Bagi kami ia mencerminkan kesegaran dan keceriaan rangkaian Clean & Clear® Fruit Essentials,” jelas Fathin Maisarah, yang seperti rakan sepasukannya yang lain sedang menuntut di Tingkatan Empat.

Kreativiti memainkan peranan penting dalam fasa mencipta, manakala proses mengecat pula menguji kesabaran dan semangat bekerja secara berpasukan para remaja ini.   

“Kami perlu melukis garisan dan membuat stensil untuk mural terlebih dahulu. Kemudian kami memilih warna yang diperlukan dan mula mengecat beramai-ramai. Setiap orang mempunyai tugas  masing-masing dalam menyiapkan mural ini.  Kumpulan kami terdiri daripada lapan orang tetapi kami memerlukan 9 jam sebelum dapat menyiapkan kerja kami. Antara sebabnya ialah hari hujan semasa kami mengecat, jadi kami perlu mengeringkan dinding yang basah terlebih dahulu sebelum memulakan kerja melukis mural,” menurut Nor Hazleen Hani, dan menambah yang kemahiran berkomunikasi amat berguna semasa bekerja dalam pasukan.  
“Kami turut memahami akan rangkaian produk Clean & Clear® Fruit Essentials. Kami bukan sahaja mengetahui bahawa pembersih muka ini diperbuat daripada ekstrak buah, malah kami mendapati bahawa rumusannya dihasilkan khas untuk kulit para remaja seperti kami. Oleh yang demikian, kami masukkan semua buah yang ada dalam tiga pembersih muka, iaitu epal, lemon dan beri dalam reka bentuk kami dan turut menyampaikan mesej keremajaan melalui penggunaan warna-warna yang terang,” Nur Zafirah Adiba menjelaskan.

SMK Sultanah Bahiyah berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM5,000, dan Penolong Kanan Puan Norlela Mohd Sahat, menyatakan penghargaannya kepada  Clean & Clear® atas hadiah yang diberikan.

Menurut Puan Norlela, para guru memilih pelajar yang akan melukis mural dinding dan memberi panduan semasa kumpulan remaja ini berbincang untuk mencari idea rekaan. Selepas guru meluluskan lukisan pelajar, ia kemudiannya dihantar kepada Clean & Clear®.

“Acara ini telah memberi peluang kepada para pelajar kami untuk menunjukkan daya kreativiti, membangunkan kemahiran bekerja dalam sebuah pasukan dan melibatkan diri secara langsung dengan pihak luar yang mempunyai reputasi tinggi seperti Clean & Clear®. Bagi kami pertandingan seperti ini patut diteruskan dan kami pasti memberikan sokongan penuh!” Puan Norlela berkata.

12 penyertaan yang diterima untuk Pertandingan Mural Clean & Clear® Fruit Essentials diadili berasaskan daya kreativiti dalam menterjemah tema, teknik, pematuhan syarat kemasukan, kerja berpasukan dan bilangan ‘suka’ yang dapat dikumpulkan di Facebook.

Menurut Yeo, penyertaan para remaja yang telah bersungguh-sungguh mencari idea untuk menghasilkan konsep mural mencerminkan keceriaan pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials.
“Saya bangga melihat usaha yang dilakukan oleh para pelajar untuk memastikan kemenangan sekolah mereka. Ini adalah selaras dengan semangat di sebalik rangkaian produk Fruit Essentials, yang membersihkan, menyegarkan dan menyerlah hari remaja agar mereka boleh mencapai potensi diri mereka yang sepenuhnya setiap hari,” tambah Yeo.

Rangkaian Clean & Clear® Fruit Essentials memberikan kesegaran untuk kulit remaja melalui tiga variannya – Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon. Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B3, yang merupakan bahan antioksidan bagi menyegarkan semula sel kulit.  Purifying Apple pula memiliki ekstrak epal dengan ciri pengelupasan lembut untuk membersihkan bahan asing seperti kotoran, minyak dan mekap pada muka.  Akhir sekali ekstrak lemon di dalam Brightening Lemon memberi kesegaran kepada kulit remaja untuk menghadapi hari melalui ciri antioksidan dalam Vitamin C yang mencerahkan wajah.  

Pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials didapati di outlet utama seluruh negara – dapatkan sebotol atau ketiga-tiganya hari ini untuk menceriakan wajah remaja anda!

Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear® serta barisan produk, layari “My Clean & Clear” di www.facebook.com/mycleanclear.