Jan 24, 2014

Food Review: Mee Tarik Warisan Asli @ Jalan Dang Wangi

 Hi UOLS,
kali ni teringin rasanya nak makan Mee Tarik masakan cina muslim, kalau korang ada masa korang boleh jer pergi rasa kat restoran ni, terletak kat Jalan Dang Wangi bersebalah dengan Capsquare.

Jangan banyak cakap jom kita review makan kali ni.
 kebetulan time mek datang ni, salah seorang chef dia tengah menarik mee tersebut, di pintal di pulas di pusing di hayun dan di lambung. menurut hypothesis mek, semakin lama dia menarik semakin anjal dan lembut hasil mee tersebut. #power tak?

jadi hasilnya seperti dibawah:
 Wet Mee with Ziran RM12.00
kepada mereka yang inginkan kepedasan (Medium level) yang membakar menu ini amatlah sesuai untuk membakar kalori. Ini kerana banyak hirisan cili sebagai hiasan sekaligus ingin seimbangkan rasa wet mee bersama daging.
 Lamen Soup with Sliced Beef RM6.80
kepada mereka penggemar soup, seharusnya order menu ni! 
kuah soup yang tidak begitu pekat dan juga cair. Ramen juga cukup pejal dan mengenyangkan.
 Fried Lamen with Beef RM8.80
so far ini adalah yang terbaik, sebab mek suka dengan ketebalan mee tersebut. Di goreng dengan secukup rasa. Kalau korang nak tahu ianya seakan Mee Ladna tapi yang ni berbeza dari segi rasa dan penyediaan. Nampak tak mee tu sangat tebal taw! memang kenyang separuh jalan nak habiskan

Portion yang disediakan juga cukup besar dan berbaloi.
 Kebersihan:
tempat yang cukup selesa, bersih dan sentiasa terjaga rapi. 5/5

Service:
Sangat pantas, sebab time tu bukan peak hour.

Parking:
korang boleh parked kereta berdepan dengan Restoran tersebut 1/2jam 3 ringgit.
 Detail seperti dibawah:
Facebook : Link
Foursquare Link
Google map: 3.1558828807655375,101.70068879342743

3 comments :

Daus Redscarz said...

Semalam gi sini.. memang terbaiik lah mee tarik ni..

Ija Ramli said...

Mee tarik ni memang rasa dia lain dari yg lain..kelembutannya fuhhh rasa nak terjah sekarang jugak

Kemasan said...

Berbicara mengenai mie, ijinkan saya berbagi informasi.
Bagi pemilik restoran ataupun rumah makan yang memiliki menu mie, mungkin akan kesulitan mencari kemasan makanan yang tepat agar kuah dari mie tersebut tidak tembus.

Untuk mengatasi hal tersebut, ini saya berikan referensi. Klik di sini.