Kifli Mally selalu teringatkan arwah.


  Hi Uols,


Pertama sekali mek nak sedekahkan al- fatihah kepada DD Khairil nizam, walaupun dia sudah lama pergi meninggalkan kita semua tapi mek masih tak boleh nak lupa kan arwah, setiap detik pasti akan teringat pasal arwah dan acap kali itu juga mek akan sedekah kan al-fatihah.



Kenapa begitu susah bagi mek untuk melupakan arwah, mungkin arwah adalah orang yang pertama paling dekat dengan mek yang pergi dulu meninggalkan kita semua. Serius mek tak ada kawan2 rapat meninggal dunia.

Arwah tu dah lah housemate mek dan juga sekaligus senior mek kat kampus, lama juga kita orang kenal antara satu sama lain, pahit manis kita lalui bersama2 bergaduh apatah lagi jangan cakap, ingat lagi kalau arwah marah sebab pakai barang-barang dia pasti dia akan letak notis konon2 nya macam surat cinta versi carutan laaaaa haha *rindu saat itu



Aku selalu berkata kalau arwah masih di panjangkan umur pasti arwah dah femes sekarang ni sebab arwah pandai dalam marketing SEO dan website ni. Arwah juga ada kelebihan di dalam membuat website, kalau arwah ada pasti senang kerja mek nak minta tolong arwah buatkan website.

Mohd Khairil Nizam. Jangan risau DD mek always akan teringatkan kau disana. Percayalah setiap kali terdetik teringatkan kau, pasti akan ku sedekahkan mu al-fatihah



Kawan-kawan minta tolong sedekahkan sama boleh?



Yuk! Al-fatihah dan terima kasih!!!!!


follow mek di sini uols:
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally

3 comments :

suezen said...

al Fatihah

Innanie Ariffin said...

pernah kenal Arwah dan baca blog arwah...

terperanjat juga bila arwah pergi di usia muda!

Bro Framestone said...

macam kenal je salah satu gambar yang dipamerkan...

al-fatihah

www.broframestone.com