Mar 27, 2014

Coffee Review: Sesi Coffee Pairing bersama Duta Pacific Coffee Company "Mike Yung"

Hi Uols,

Sihat tak semuanya? pada minggu yang tak berapa nak lepas! mek pergi menghadirkan diri ke satu majlis yang di panggil Coffee Pairing "Coffee and Dessert" bertempat di Pacific Coffee Company Paradigm Mall. 
Kali ni yang special nya Duta PCC (Pacific Coffee Company) itu sendiri turun ke Malaysia untuk berkongsi dengan coffee lover yang lain. Mike Yung boleh dikatakan dah banyak hadirkan diri sebagi juri dalam setiap pertandingan dan yang pastinya beliau adalah bukan calang-calang orang yer ^_^
memperkenalkan Coffee yang bermutu tinggi dari segi rasa dan qualitinya!
(Costa Rica, Ethiopian Mocha, Sumatra)
setiap dari satu coffee brand ini membawa rasa yang berlainan. Jadi mudah untuk korang tahan rasa coffee asli ini, Selain daripada itu juga Mike Yung sendiri akan memberi penjelasan yang amat detail terhadap 3 Brand Coffee tersebut. 
Time dia bagi ucapan time tu weols semua dihidang dengan Coffee bersama dengan Dessert yang sungguh comel. Ini adalah hasil pilihan terbaik dessert yang dipadan kan bagi setiap coffee.
Hidangan pertama Sumatera dan Tiramisu: Sebagai pembuka hirupan coffee yang pertama datangnya dari insipirasi Sumatera kepulauan Indonesia. Penggemar coffee akan merasakan sedikit pekat kerana ianya hasil campurang herba dan aroma asli dibangkitkan dari Tasik Toba.
Sekaligus dipadankan dengan cake Tiramisu dan kacang walnut berfungsi untuk seimbangkan rasa asli pada coffee sumatera itu tadi. Walaupun coffee terasa sedikit kelat, bila korang padankan dengan kemanisan serta kehalusan teksture Cake Tiramisu tersebut ianya akan sebati dan rasa sederhana.
Hidangan kedua Costa Rica dan American Bakes Cheesecake: sesuai dengan nama yang diberi, hasil inspirasi dari tropicana bagi menghasilkan rasa coffee yang berkualiti. Rasa yang begitu tajam dari segi rasa dan bau membolehkan korang berjaga semalaman, keasidan yang cukup tinggi mampu membuatkan korang terasa tahap keaslian coffee yang sebenar. Hasil dari sedikit campuran sirap maple dan beberapa herbal bagi mengekal kan keseimbangan rasa manis pada coffee tersebut.
Manakala American Baked Cheesecake ini membuatkan mek rasa begitu teruja sekali, sebab mek adalah peminat no 1 dessert yang ber-basekan cheese ^_^. Kelembutan teksture dan rasa lembut pada cheesecake ini membuatkan mulut tak kering. Di tambah pula dengan teksture yang berkrim. Hurmmmm memang sesuai!
Hidangan terakhir Ehtiopian Mocha dan Blueberry Cheesecake: Dikayakan dengan warna coklat pekat yang di ilhamkan dari warna kayu dan tanah, hasil dari buah berry. Berbeza dengan coffee yang lain htiopian Mocha mempunyai jumpa keasidan yang kurang pada coffee tersebut. 
Manakala Blueberry Cheesecake sudah pastinya memjadikan rasa coffee tersebut tidak hilang dari rasa buah berry. Itu yang ditambahkan dengan rasa Blueberry Cheesecake bagi mengekalkan rasa manis berserta dengan rasa coffee tersebut.

Kepada korang semua yang ingin merasa sendiri kenikmatan Coffee berkualiti ini korang boleh lah datang berkunjung ke outlet Pacific Coffee Company di Paradigm mall. 

2 comments :

Mahamahu said...

Gituw tgk cara kau minum tu menyampah lak aku wakakakak.....

Innanie Ariffin said...

aghhhrrrrrhhh stress lama tak minum kopi!