Mar 23, 2014

Food Review: Ayam Ghantari selera terbaik dari Nusantara Indonesia @ Medan Selera Lokas Makana, Puchong

Hi Uols,

Sudah pasti sebut je Medan Selera Lokas Makana pasti akan ada diantara korang tahu makanan apa yang terbaik di medan selera tu kan? Kali ni tempat tu lebih terbaik sebab ada menu dan resipi terbaik yang di inspirasikan dari Indonesia.
Kepada korang yang menggemari ayam kampung, disini adalah pilihan yang terbaik dimana ayam kampung organik menjadi pilihan mereka. Mek memperkenalkan kepada korang semua the only ayam kampung bakar Ayam Ghantari.

Serius mek tak pernah makan ayam kampung yang begitu lembut dan sedap dagingnya. Ok kalau itu pun tak dapat menangkap deria rasa korang, mungkin dengan sauce (Ghantari & Taliwang) istimewa mereka confirm korang tak akan lari kemana dah lepas ni. Asyik teringat ayam bakar ni jer.
 
 konsep menu disini amatlah simple dan ringkas, setiap menu boleh dipilih sama ada korang mahu set di hidang dengan Nasi Kukus (Kerepek Tempe, Kerepek Paru dan Lalapan) ataupun Kentang Goreng. Seperti yang korang nampak di atas menu set tersebut hanya RM7 sahaja. 
 Ayam Ghantari (Kentang Goreng) - RM7
 Burung Puyuh Taliwang  (Kentang Goreng) - RM7
 Barongan - RM20
Kombinasi dari ayam dan juga rusuk lembu dihidang bersama nasi kukus (Sos Pilihan Taliwang)
 Iga Ghantari (Rusuk Lembu) - RM12.90
Credit picture by http://kisahtatie.blogspot.com/
 
Bagaimana membezakan Sos Ghantari (Kiri) dan Taliwang (Kanan)
Ghantari - berwarna gelap kehitaman pedas manis, tapi tahap kepedasan still boleh di handle
Taliwang - Merah seperti sambal, lebih cerah warnanya berbanding Ghantari, tapi awas yer sos Taliwang ini mungkin menyengat. Pedas yang membuatkan kita ingin makan lagi dan lagi.
 Klik Menu untuk gambar yang penuh dan jelas

 Kegemaran: Mek lebih prefer sos Ghantari kerana sos nya yang cukup pedas + manis membuatkan mek ketagih nak makan semua ayam kampung bakar. Ayam bakar kampung di remeh dengan ramuan rahsiah cukup membuatkan mek tak berhenti ingat keenakan Ayam Ghantari ni.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pergi lawat website/facebook mereka. Info seperti di bawah:

Medan Selera Lokas Makana

No 15 A, Jalan PU 13/2, 

Taman Puchong Utama, Puchong, 
Selangor Darul Ehsan
Facebook Page: https://www.facebook.com/ayamghantari
Business Hour: 6 petang - 12 malam

p/s: Terima Kasih kerana sudi menjemput ^_^

No comments :