Kemarahan ku pada Nuffnang sudah reda.

Hi Uols,

Pada awal tahun hingga pertengahan bulan dua ni mek asyik terfikir eh kenapa dengan nuffnang ni dah lama mendiamkan diri, perasa membuak-buak ni rasa macam nak hembus je kahak kat sorang2. Rasa terpinggir kejap.
Tapi takpe mek sabarkan diri sebab kawan-kawan lain pun ada mention benda yang sama, "isk Nuffnang tu dah macam berubah ek?" "Nuffnang sekarang tak macam nuffnang dulu" "Nuffnang sekarang macam racist je"

Hari tu I ada lepas geram kat sorang chinese blogger ni mek cakap, Seriously I dah fedup dengan Nuffnang rasa mcm nak quit and stop iklan dari mereka je. Then dengan selamba chinese blogger tu terbang di awangan ala-ala kungfu style gitu. Dia cakap rilek lah sekarang kan musim chinese new year, so mereka pun akan berhenti rehat seketika.
 So sekarang ni Movie Screening pun makin banyak, begitu juga dengan BE dah berjalan seperti biasa.
Marah-marah mek pun tak sampai hati nak menduakan Nuffnang sebab takut tragedi lama berulang kembali. Lama dah kisah tu.

Marah-marah juga tapi sampai sekarang ni dah masuk 3 cashout yang aku petik dari Nuffnang dah rasa macam petik buah kan?

tapi apa pun Nuffnang still the best. Tapi terasa juga lah sebab ramai staff nuffnang yang lama kita orang kenal dah takde. So agak sedikit kekok untuk mulakan suai kenal bersama dengan staff member yang baru.

 Tapi itu baru pandangan yang cukup ringan dari mek, korang tak tengok lagi pandangan dan pendapat dari orang lain, mek tertarik dengan article mamat ni dari http://www.keithrozario.com - Why I stopped the Nuffnang Ads on my blog menceritakan kenapa dia berhenti ber-kolaborasi bersama dengan Nuffnang si kayu keding ini.

 Follow mek disini:
Instagram : @kiflimally
Twitter: @kiflimally 


No comments :