Apr 16, 2014

Kisah pakcik mahu ke Tabung Haji



Hi Uols,

Siapa tahu kan pagi isnin ni pasti ada je cerita yang boleh dikongsi kan dengan korang semua, cerita mek tak semestinya semua kena ada unsur berbaur carutan gitu, tapi mek juga sebenarnya baik hati ok Nampak je macam budak ni spoiled, tapi mek masih lagi boleh berbakti pada masyarakat gitu,

Pagi isnin ni mek dah sampai kat office awal pagi taw, dalam lebih kurang 8am. Sampai je kat office duduk kat kerusi dan fikir macam seperti ada je barang yang tertinggal then firasat mek memang betul sebab document tertinggal kat kereta so gigih lah patah balik untuk amik document tu kat parking sebelah the weld.

Dalam mek melangkah balik ke office tu mek Nampak sorang pakcik tua yang memaki kopiah putih serta Nampak kemas dengan kemeja hijau nya duduk di bus stand di depan the weld, sayu je kelihatan wajah pakcik tu, lalu pakcik tu menyapa mek dengan ramahnya nya

“anak nak pergi ke Tabung Haji macam mana? Jauh tak? Sebab orang teksi tu tersalah hantar pakcik, dan duit pakcik dah habis RM20 tambang teksi tu tadi.” 

Ya rabbi time tu memang mek nak pergi je balik ke office untuk amik wallet mek dan berikan tambang yang secukupnya untuk pakcik tu, dan adakala waktu itu terdetik untuk hantar pakcik tu sendiri ke Tabung Haji, tapi dengan kebaikan abang sorang ni yang berjalan bersama dengan mek dari car park tu terus berhenti dan menyapa! Dan dia sendiri cuba volunteer untuk terus pergi tahan teksi di depan The Weld yang super crowded tu. Brader ni keje kat #AffinBank dan brader ni Nampak cool jer ^_^

Dalam pada masa yang sama ada sorang brader india tu yang ingin menghulungkan wang RM5, tapi ditolak dengan ramah oleh brader #AffinBank kerana dia tahu yang dia sendiri masih boleh untuk handle. Tak sampai berapa minit brader #AffinBank tu berjaya untuk mendapatkan teksi dan sekaligus membayar jumlah tambang tersebut. Tak berapa jauh dari bus stand brader #AffinBank tu bagi signal yang pakcik tu dah boleh bergerak ke teksi tersebut.
Bila pakcik tu dah selamat menaiki teksi tersebut, mek dan brader tu berborak dan berkenalan ooo rupanya dia keje bahagian Admin di Affin Bank dan mek pula kebetulan berkerja di AXA Affin General Insurance. So company kita orang ni macam adik beradik ^_^

Siapa sangka kan, dalam begitu ramai orang yang lalu lalang di depan pakcik tu mek dan brader #AffinBank tu yang dapat menolong pakcik tu. Memang sikap masyarakat Malaysia yang sangat takut untuk di approach tapi apa salahnya kalau kita bagi mereka peluang untuk bercerita dan sedia untuk mendengar masalah mereka sebelum kita tolak mereka mentah-mentah! Jangan terlalu memandang rendah pada orang yang berpakaian selekeh! 

Apa yang mek Nampak sudah menjadi lumrah bagi rakyat Malaysia yang selalu memandang rendah pada mereka yang Nampak HODOH pada luaran nya ^_^ tapi siapa yang tahu dari segi dalaman mereka adalah bukan orang biasa. 

Kepada brader #AffinBank yang baik hati tu, tiada ada yang perlu mek pulangkan sebagai balasan di atas kebaikan kamu itu, doa saya dan pakcik ini saja lah yang mampu memberikan kamu DOA, moga di hari isnin ini kehidupan kamu di rahmati serta di murahkan rezeki seadanya. 

p/s: korang patut lihat wajah pakcik tu tadi bila dia dapat naik teksi tersebut. Dia menyalam kami dengan raut wajahnya yang terpancar rasa kesyukuran. Tangan mek dan brader #AffinBank itu disalam erat. Ya Allah seperti aku menolong ayahku sendiri kerna kedut dan kulit terbakar dek matahari itu sama seakan wajah ayah mek dirumah ^_^ korang kena ingat satu je mek nak pesan. Korang tolong ayah/ibu orang lain, insyahAllah suatu hari nanti ayah/ibu korang bila di dalam kesusahan pasti ada anak muda lain yang akan menolong mereka.

 *kesat air mata uols. SAYU OK!