Food Review: Aroma Ikan Bakar @ Jeram, Kuala Selangor.

Hi Uols,
bercomolot lagi kita dalam rancangan aku makan kau bayar, hahaha
kekdahnya kali ni mek bersama dengan team department mek yang lain try nak feeling2 makan seafood, so cadangnya mereka semua ni nak try makan kat kedai Seafood Aroma Ikan Bakar ni. Gigih juga lah mek drive sorang2 dari cheras ke Kuala Selangor ni.

Apa yang membuatkan ramai datang berkunjung kat sini sebab restaurant ni pemandangan dia betul santai ala pantai. Lepas tu kalau korang nak duduk bersila kat pondok bambu yang facing pantai korang kena bayar RM20, kalau Saung atau tempat yang sederhana bambu hanya bayar RM10
 so kiranya sambil ko makan tu takde lah sesak nafas sebab pemandangan ko sangat luas terbentang melihat laut gitu. Dengan harapan ikan duyung jantan datang melambai2 kannnnn #Feeling

Sementara nak tunggu menu tu sampai, mek pun apa lagi berselfie lah kita di tepi pantai, bajet2 kiut itu
sudah pasti, untuk mengundang kahak dari kalian!!!

Tempat semua sudah siap di atur sekarang masa untuk meng-order makanan pula. Tang order makanan ni mek serahkan kat Bos weols untuk decide, sebab mereka yang nak sangat makan kat sini #gitu. Takde lah sebab mereka ni arif sikit tentang makanan ^_^ 

So korang tengok menu2 kat bawah ni.
 Burpppp Alhamdulillah mak dah kenyang yer anak2, so korang teka dengan berbekal kan 10 tangki perut yang penuh di isi. Korang agak2 berapa harga semua menu tu tadi. Alaaaa murah je uols tak kurang dari RM400+ je uols. Murah kan so setiap kepala bayar dalam RM50+ . Kalau bagi Korang anggap tu murah mungkin uols mampo! Tapi bagi mek mungkin cukuplah untuk setahun sekali hahaha.
Ikan2 kat sini memang fresh, plus cara dorang kira berdasar kan berapa berat ikan tersebut berdasarkan 100 gram, contoh ikan bawal berat 100gram = RM5.00 #AdaFaham
Sebab kalau kat kampong mek memang murah dengan makanan laut ni, sama gak tinggal tepi persisiran pantai tapi kenapa seafood kat Kuala Selangor ni mahal ek? Mohon pencerahan plz, mungkin teknologi untuk tangkap ikan pun canggih2 ye dok? haha


Alamat Aroma Ikan Bakar:
Alamat : Aroma Ikan Bakar, 

Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 

Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

Paling sempoi korang just guna waze jer: "Aroma Ikan Bakar Jeram" confirm ada punya!!!

No comments :