May 16, 2014

kifli mally terapi di Cat Cafe Malaysia @ Danau Kota, Setapak




Hi Uols,

Hari tu kannnnnn, kita bosan sangat tak taw nak pergi kemana!!! lepas tu terus teringat yang kat Malaysia ni ada Cafe Cat yang pertama kat KL gitu!!!!

So kalau korang ada masa boleh lah lawat cafe kucing ni kat Danau Kota.
Time aku pergi ni kucing mereka ada lebih kurang 8 ekor kesemuanya. Tapi tak tahu lah pula kalau sekarang ni, mungkin bilangan mereka dah bertambah kot ^_^
kalau korang nak walk in bukan senang-senang terus dapat masuk yer? sebab bilangan customer untuk masuk dalam cafe ni maksimum ialah dalam 5-6 orang je, sebab cafe dia takde lah besar mana pun huhu. 
 Huh! lebih kurang seluas ini je cafe kucing ni. Sebab tempat mek berdiri snap pic itu adalah dari pintu masuk. Korang nampak macam takde kucing kan? so mari mek kenalkan kat korang semua kepada ahli keluarga yang ada dalam Cat Cafe ni. Wohooooooooo
 Hai kenal kan, nama dia mak senah!!!
mak senang ni boleh dikatakan yang most welcome, sebab dia memang gentle. Macam dah ready gitu orang datang untuk usap telinga dia yang unik tu hahah, Mak senah ko memang kekwat ^_^
hah budak ni memang nakal, antara kucing semua kat sini dia sekor je yang aktif berlari kesana kemari. tapi bila nak approach dia lari bawah kerusi.
 hai kenalkan ini cika! nampak je muka dia kekwat tapi sebenarnya dia baik hati! kan cikaaaaaa
 dari awal aku masuk sampai lah balik, dia ni tak reti nak bangun...tension tawwww!!! so aku panggil dia frozen!! beku je sebab tidur mengeras haha
korang juga boleh sikat bulu dorang ni. Ok yang ni agak lembap sikit pergerakan nya, nak berjalan dari satu tempat tu memang makan masa, so mek panggil dia siamang!!! hahahaha
tapi dia bila kena sikat amboiii mengeliat ^_^
korang masuk kat dalam cage tu dan korang akan tahu betapa tak sukanya kucing-kucing ni kalau kena kurung, nasib baik rumah kucing ni sangat besar untuk menampung mek yang gemok badak ni. urghhh tension taw nak masuk pun tersepit."Go In and Experience the Difference" Yessss memang mek rasa difference sebab mek tak suka duduk dalam tu sebab sempit. 

Sebab tu mek tak suka kurung kucing2 mek kat rumah umpama, #Frozen - Let It Go!!!!
 eh!!! almost termissed out pula si black bobo ni, 
dia ni agak pemalu sikit sebab dia asyik duduk kat bawah kerusi. Jarang bebenor dia nak tunjukkan diri nya yang gelap gelita itu ^_^ Bila dah keluar dari bawah kerusi, susah pula nak tangkap sebab terlalu pantas untuk di kejar. 
 Lepas tu kalau korang rajin sikit, boleh buat wish kat kucing2 ni semua.
sekali gus wish untuk kucing2 yang terbiar di luar sana ^___^
so ini adalah ahli keluarga Cat Cafe Malaysia ^_^
 
Ouhhhhhhh, ada sekor yang kurang sihat time tu, dia nampak lemah jer, 
harap dia cepat sembuh yer. Hurmm tapi tu lah mek prefer untuk masuk tengok mereka dalam cafe yang ada matahari ada rumput so kesihatan mereka juga mungkin turut terjaga kan ^_^

Fees Entry: RM15 sekali masuk untuk 1 Jam (Slippers & Drinks)
RM10 X 3 tin untuk wet food. 

Location    60, PLAZA USAHAWAN GENTING KLANG, JALAN DANAU NIAGA 1,TAMAN DANAU KOTA,, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

untuk info yang lebih di Facebook : https://www.facebook.com/malaysiacatcafe

1 comment :

Anonymous said...

Hi. You can now enjoy playing with cats at our cat cafe called Catastic Place at Sri Rampai KL. It's free. Just pay for what you eat/drink.