Drama Bersiri: SELUDUP. Uji Bakat Seludup menang RM15,000

credit by facebook.com/seludup

Hi Uols,

25 Jun 2014 yang lepas mek datang ke Press Conference di mana Astro Prima (Saluran 105) dan juga Mastermind Group Sdn Bhd akan memperkenalkan drama bersiri 13 episod yang bertajuk SELUDUP. Drama bersiri ini akan dijangka akan ditayangkan hujung tahun ini.

Kemain sekarang ni Jehan Miskin makin meletup dengan membuat drama bersiri terbaru ni. Kalau dulu tu drama yang pernah dijayakan oleh Jehan Miskin seperti "Buta Warna" & "Suka Benci Kamu" dan sekarang ni Jehan Miskin akan tampil lagi dengan sebuah Drama Bersiri: SELUDUP.
haha confirm naik tepu dah otak korang asyik mek mention perkataan SELUDUP tu kan?

Kenapa memilih SELUDUP?
Ok bagus juga lah idea Jehan Miskin ni untuk membuat Drama Bersiri seperti ini, seperti yang sedia maklum korang sendiri dah nampak perkataan SELUDUP sudah menunjukkan satu sifat yang negatif, kotor dan tidak baik untuk kegiatan masyarakat di dunia khususnya di MALAYSIA ni. 

SELUDUP ini di ilhamkan dari kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya yang semakin meningkat dikalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan juga cetak rompak! confirm cetak rompak ni paling memberi kesan kepada korang semua kan? Di malaysia ini, di mana saja ada nya cetak rompak. Tak begitu?

Dari situ lah Jehan Miskin merupakan Penerbut Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd mendapat idea yang bernas ini. 

Siapa pula pelakon di dalam Drama Seludup?
 huh tiptop tak pelakon2 ni semua? 
Jehan telah memilih mereka sebagaimana ianya amat bersesuaian dengan character masing-masing. Kalau korang nak tahu Drama ini bukan berkenaan pasal SELUDUP semata-mata. Ianya ada juga melibatkan kisah hidup dan percintaan manusia sejagat haha. #tiptop tak ayat mek?
Ramai juga media yang datang untuk cover Press Conference pada bulan Jun yang lepas.

Ingin menjadi sebahagian pelakon di dalam Drama SELUDUP?
nak ke tidak? hah inilah masanya untuk korang semua bersinar wohoooo....
senang yang amat, Skrip pun mereka dah sediakan. Maka Mastermind Production ingin mencari 2 orang pelakong yang turut sama berlakon di dalam Drama Bersiri ini nanti. 
Dua orang pelakon itu adalah Seorang Lelaki & Seorang Wanita. 
dah lah dapat berlakon lepas tu korang sendiri boleh menang hadiah menarik bernilai RM15,000 ^__^ #senyumlebar untuk syarat kelayakan korang pergi ke Facebook Seludup untuk uji bakat sekarang. Video korang akan dinilai dari segi 50% Vote LIKE dan 50% undian Juri.
apa kata Pekin Ibrahim (Watak Utama)
dan apa pula kata Jehan Miskin.

Sila hantar kan video uji bakat anda di sini Website Official SELUDUP
dan jangan lupa like Facebook SELUDUP
dan follor Instagram SELUDUP


No comments :