Apa salah dia? dia tidak pernah kacau sesiapa!



Hi Uols,

yesss sebelum itu mek nak ulang ayat di atas! apa salah dia? dia tidak kacau sesiapa!

itu adalah satu ungkapan dan ekspresi menunjukkan satu sifat orang yang tidak bersalah di aniaya.
Kisah ini mek ingin kongsikan kepada korang semua. Sekarang ni tepat pukul 2.14am di mana mek tengah busy mencoret kisah hidup kenalan kawan atas kawan ni. 

Di terkena santau uols! akibat dari perbuatan orang. Sebab apa? tidak ada lain sebab dengki!! PHD = Perasaan Hasad Dengki.

Ya Allah kalau kau dapat lihat kedaan dan fizikal kenalan mek tu, confirm korang akan terkedu dan rasa seperti perasaan kasihan itu tiba-tiba muncul dalam diri. Cerita nya macam ni! dia ada business dan businessnya berjalan lancar boleh dikatakan sangat masyuk sebab setiap minggu ada saja tempahan yang dia akan buat, dan dia akan usahakan! 

oleh disebabkan business dia yang lebat itulah ramai yang berkenalan di sekeliling nya berasa iri hati, cemburu, dengki dan sebagainya. Bila dah terkena santau tu dik non! hidup dia start punah dan berlopak. 
Business yang di jalankan lingkup dalam masa sekelip mata, bayangkan perniagaan beliau yang 14 tahun menjadi tumpuan utama untuk mencari rezeki kini sudah tiada. Bukan 100% punah, cuma dia ada jalankan business seperti biasa. 

Keadaan fizikal dia teruk, tumbuh bisul pada tubuhnya, bila dipecahkan bisul tu terkeluar lah seperti pasir dan bukan nya nanah. Tangan dan leher dia umpamam sopak, kalau korang nampak nampak seperti alahanan, senang cerita macam kuridak uols. Mata kanannya di buta kan penglihatan nya agar dia tidak lagi boleh gunakan kelebihan dia di dalam menyentuh atau memberikan tata rias kepada pelanggan nya. Tidak cukup dengan itu, muka beliau di biarkan kemerehan seperti muka yang busuk, tujuan utama adalah bagi menjauhkan pelanggan yang ingin mendekati beliau. Selain dari itu juga, hubungan antara dia dan pelanggan juga turut renggang akibat service perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan.

nampak tak disitu betapa teruknya dia dikenakan, sampai macam tu sekali. Dia sakit telah lebih dua tahun dan kini segalanya kembali beransur pulih. Kalua nak di ikutkan sudah banyak para tabib, bomoh dan ustaz untuk dia menemukan jalan penyelesaian namum tidak semua berjaya. Ada 2 saja yang berjaya untuk mengurangkan beban yang di tanggung oleh beliau ^_^


Alhamdulillah, tadi kami pergi ke rumah beliau untuk beraya, dia sudah nampak sihat dan ceria ^_^
atas semangat dan kecekalan dia untuk hidup, boleh menampakkan dia masih ada harapn untuk teruskan perjuangan di dalam kehidupan ini.

Kepada kamu diluar sana yang sedang membaca penulisan dari mek ni! tolong lah mek berharap kepada korang satu je, jangan lah kamu letak perasaan hasad dengki pada orang lain walau sebesar zarah sekali pun, nescaya itu tiadalah faedah melainkan dari kamu mendapat bencana yang lagi besar atas diri kamu sendiri.
Kenapa perlu berdengki atas rezeki orang lain? orang lain yang berjaya sebab mereka kuat berusaha, mereka pandai mengambil hati pelanggan! kita semua kan di lahirkan dengan bakat dan rezeki masing-masing. Jadi kenapa perlu berebut sedangkan kita semua sudah sedia maklum bahawa segala rezeki yang datang dan hilang itu semuanya ditetapkan oleh yang masa Esa...sekian uols!!!