Oct 20, 2014

Food Review: Kontiki Restoran makan di Love Seats @ Federal Kuala Lumpur Hotel



Hi Anak anak,

Bila kita di beri pilihan untuk makan di Hotel Restoran, mungkin pilihan kali ini kita akan ke Kontiki Restoran di dalam bangunan Hotel Federal Kuala Lumpur. Apa yang membuatkan rasa best kat makan kat sini selain dari juadah makanan dia yang pelbagai, korang juga boleh makan dalam keadaan santai dan tenang, siap boleh mingle around kat area swimming pool di belah luar.
hah uols, itu baru concept tempat jamuan yang di deco. sekarang ni apa kata kita focus pada makan mereka sediakan. Tempat makan dekat Kontiki restoran ni sangat luar, so korang boleh makan secara private. 

ya ampunnnn, kepada penggemar seafood korang patut datang ke sini sebab Kontiki restoran memang menyediakan makanan yang sangat fresh terutama haiwan laut tu. Choiiii nak makan tiram/kerang tu memang tidak lah walau di paksa sekalipun.
 Jangan risau masakan tradisi dan lauk pauk masakan melayu tetap menjadi tumpuan para tetamu di Kontiki Restoran ni, Kalau sesiapa yang kerja di area Lowyat pun boleh dapatkan juga ye. Iti togel tu bukan main lagi posing depan aku kan. haha.

desert dia pun not bad, bermacam jenis sampai naik blur kita nak makan yang mana satu. Selain dari itu juga kami perlukan orang yang ada store.

Harga 
Buffet Lunch Isnin - Jumaat
RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak

Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad
RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak


KONTIKI RESTAURANT @ THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Laman web : www.fhihotels.com
                     : www.kontiki.com.my
Tel                : 03 - 2148 9166
Fax               : 03 - 2148 2877

info credit to mahamahu,com