Best Nasi Lemak In Town, Nasi Lemak Tanglin? Biasa je.

 hi anak anak,

serius nasi lemak tanglin adalah nasi lemak yang boleh dikatakan salah satu kedai nasi lemak yang terlarik kat KL ni, akhirnya setelah plan dengan ketabahan yang menggunung akhirnya dapat juga pergi weekend lepas, 

tapi yang tak tahan tu ingat kan kalau dah pergi lambat orang dah kurang or stop Q. sekali tengok tu dia!!! orang macam semut balik ke busut hhahah. Q yang amat panjang. Sebab apa? sebab nak kan nasi lemak owner ni....
tadaaaa ini lah dia nasi lemak yang kita jamah tu. biasalah uols bila dah datang lambat ni confirm banyak menu yang dah habis, actually aku ni nak merasa paru dia sebab aku ni paru hunter haha. tapi since ada yang tu so terpaksa lah amik menu yang cliche ayam goreng sajo.
 
 so korang boleh tengok pekerja dan lauk yang mereka sediakan.
pelayan pun kat situ memang hectic yer, tak cukup tangan mereka nak handle customer yang beratur panjang tak henti.
 para pelanggang yang datang dengan pelbagai bangsa uols. Masyarakat majmuk itu yang kita nak!
 selain dari itu juga kalau korang tengok, kat jiran penjual nasi lemak ni ada mee wantan, mee bandung dan segala mee lah yang di jual. haha feveret kita adalah mee wantan....serius sangat sedap ok. So far kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak. aku prefer lagi mee wantan ni ^_^
 
 
 aduhai meriah betuk kehidupan kat sini uols, bukan saja lebat dengan makanan, malah ada juga penyedap telinga di awal pagi weekend ni. Korang bayangkan lah busking people ni menyanyi kan bermacam2 versi lagu...dari A to Z mereka boleh dikatakan semua boleh cover lah. Yang penting derma ikhlas hokay. hehe time tu aku very the generous harus bagi 50 haha ^_^
dah pula kepana dengan pic kat atas ni?
cuba korang perhatikan betul2...tenung lama2 sikit...nampak tak?
YESSS itu adalah RAMBUT yer aku repeat RAMBUT!!!!

sangat2 kecewa dengan hygiene makanan kat kedai ni. ko ghaser ke tekak aku ni ngilu sebab nak telan nasi lemak tu. haha bukan nak condemn kat perniagaan kau ni tapi at least sentiasa berhati2 ok. sebab aku jenis makan memang tenung nasi tu lama2 baru makan, tak tahu lah piula dengan customer lain kalau makan tu mana kan? umpamam melintas dikalan trafik color hijau haha.
waktu perniagaan seperti diatas, kalau korang nak datang rasa boleh dan gampang sangat nak cari lokasi ni. Korang hanya perlu Waze atau google Klini Kesihatan Tanglin confirm itu tempat yang betul2 berhadapan dengan food court ni.

Selamat melantak uols!

No comments :