Pengemis itu lebih kaya berbanding mereka yang kerja Government


Hi anak anak,

waktu rehat semalam kat aku tiba tiba terasa tekak ni seperti nak makan Nasi Ayam Goreng Kunyit. <<< haha tak sia-sia kena maki review buruk segala yang penting sekarang ni dia dah boleh keluarkan lori perniagaan sendiri curlassss tak?

by the way itu bukan concern aku yang pertama untuk bercerita hari ni. Aku just nak share tentang pengemis yang memang makin membanjiri kat perkarangan di sekitar malaysia. Gituuu ayat terpaksa nak baku

ok aku bukan jenis tak berhati perut aku juga jenis yang ada hati ok, suci dan murni lagi bagai anak dara. Cuma yang membuatkan aku geram adalah agent agent yang mengambil kesempatan kat mereka ni, memang lahanat lah korang. Bila semua orang yang lalu lalang kat situ hulur duit segala. At the end agent yang datang kaut semua keuntungan.

ok hari pertama dia letak orang/warga tua untuk meraih simpati. Kemudian hasil kutipan tidak begitu memberangsangkan dia tambah pula pelakon sampingan iaitu kanak kanak yang tak banyak songeh macam anak2 liar. Yang boleh tidur sepanjang hari. 
ya allah betapa luluhnya hati aku bila melihat makcik ini duduk di antara peniaga. So makcik makcik dan hakak hakak yang lalu confirm akan hulurkan baki dari jumlah makanan tengah hari dorang.

the best part ni, bila aku beratur ada sorang habang habang yang bertarur kat depan aku, agak lama juga lah dia perhatikan makcik ni. Mungkin sejenak dia terfikir, apa lah nasib makcik ini kalau di banding kan dengan mak dia yang kat rumah tengah duduk senang lenang setiap bulan tunggu payout anak anak untuk di belanja bersama geng poco2 dia. 

sedangkan makcik ini kena lagi berhempas pulas untuk meraih simpati dari rakyat malaysia untuk mendapat kan sesuap nasi....

amboiiii kemain panjang monolog habang itu kan??? boleh dikatakan abang tu memang sayu je muka dia nok, time ni aku memang tak leh sayu2 dah sebab aku busy dok nak curi snap pic taw...tanpa fikir panjang habang tadi dia selak beg LV dia terus di hulur kan tangan makcik itu dengan penuh berhati2 dan cuba untuk merahasiakan jumlah sumbangan yang di hulur ^_^ 

tapi mata aku lebih pantas dari cahaya ok, aku nampak lebih kurang dalam RM50 atau RM100 lah dia hulur. Dalam hati aku rezeki makcik tu, harap dia amik dan jangan bagi kat agent2 celaka tu....
untuk menjaga semua hati dari setiap pihak mek just snap pic kaki je, yerlah nanti kalau snap muka uols semua cakap dia ni riak lah suka menunjuk laaa walhal dia ikhlas tak begitu ????

haha ko tak ghaser sakit hati bila makcik tu keluarkan beg prada dia untuk simpan segala hasil pemberian uols. hahaha Kesimpulan nya aku nak cakap yang mereka ni lebih kaya dari kita yang kerja di office. Setuju????

2 comments :

yoorin melacolea said...

sy syak, diorg ni bagi ubat tidur lah kat bebudak tu..lagi2 bayi..mana ada nak tidoooo manjang.. paling geram baby lagi dah bagi minum air milo..dah susah, bg je la tetek ko.. nampak sgt bukan anak sendiri kan..eh geram plak rasa... =( kesian kat anak2 tu je... sigh

Kifli Mally said...

@yoorin melacolea Ya rabbi, aku baru terfikir cara tu....hurmm apa lah nasib mereka ni kan T_T keadaan memaksa mereka untuk berbuat demikian