Press Conference: Drama bersiri Seludup @ TGV Cinemas


hi anak anak,
 
Aku dah tengok 2 episode. Serius so far dalam 2 episode ni aku sangat berbangga dengan hasil shooting angle dan lakonan para pelakon semuanya mantap2, huhu

Drama 13 episode lebih vogue berbanding dengan cerita2 lain, sebab ianya di produce oleh Jehan Miskin. Lepas tu ditambah pula dengan pelakon watak utama. lelaki dan wanita huhu.
Sinopsis drama ‘SELUDUP’

Ia berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh lah usha link mereka di di www.facebook.com/seludup dan tak lupa juga account Instagram @seludup
 wohooooo bukan main lagi mereka semua. Tapi serius korang patut tengok lakonan dan jalan cerita ni. Sangat banyak pendedahan kepada kita betapa bahanya aktiviti seludup ni.

So please tengok drama ni untuk anti kegiatan Seludup.
siaran bermula setiap Hari Khamis.jam 9.30 malam di Astro Prima di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang..

p/s: Terima kasih yer encik byrawlins.com atas semua picture tersebut ^_^