Food Review: Aroma Ikan Bakar @ Jeram, Kuala Selangor.

Hi Uols,
bercomolot lagi kita dalam rancangan aku makan kau bayar, hahaha
kekdahnya kali ni mek bersama dengan team department mek yang lain try nak feeling2 makan seafood, so cadangnya mereka semua ni nak try makan kat kedai Seafood Aroma Ikan Bakar ni. Gigih juga lah mek drive sorang2 dari cheras ke Kuala Selangor ni.

Apa yang membuatkan ramai datang berkunjung kat sini sebab restaurant ni pemandangan dia betul santai ala pantai. Lepas tu kalau korang nak duduk bersila kat pondok bambu yang facing pantai korang kena bayar RM20, kalau Saung atau tempat yang sederhana bambu hanya bayar RM10
 so kiranya sambil ko makan tu takde lah sesak nafas sebab pemandangan ko sangat luas terbentang melihat laut gitu. Dengan harapan ikan duyung jantan datang melambai2 kannnnn #Feeling

Sementara nak tunggu menu tu sampai, mek pun apa lagi berselfie lah kita di tepi pantai, bajet2 kiut itu
sudah pasti, untuk mengundang kahak dari kalian!!!

Tempat semua sudah siap di atur sekarang masa untuk meng-order makanan pula. Tang order makanan ni mek serahkan kat Bos weols untuk decide, sebab mereka yang nak sangat makan kat sini #gitu. Takde lah sebab mereka ni arif sikit tentang makanan ^_^ 

So korang tengok menu2 kat bawah ni.
 Burpppp Alhamdulillah mak dah kenyang yer anak2, so korang teka dengan berbekal kan 10 tangki perut yang penuh di isi. Korang agak2 berapa harga semua menu tu tadi. Alaaaa murah je uols tak kurang dari RM400+ je uols. Murah kan so setiap kepala bayar dalam RM50+ . Kalau bagi Korang anggap tu murah mungkin uols mampo! Tapi bagi mek mungkin cukuplah untuk setahun sekali hahaha.
Ikan2 kat sini memang fresh, plus cara dorang kira berdasar kan berapa berat ikan tersebut berdasarkan 100 gram, contoh ikan bawal berat 100gram = RM5.00 #AdaFaham
Sebab kalau kat kampong mek memang murah dengan makanan laut ni, sama gak tinggal tepi persisiran pantai tapi kenapa seafood kat Kuala Selangor ni mahal ek? Mohon pencerahan plz, mungkin teknologi untuk tangkap ikan pun canggih2 ye dok? haha


Alamat Aroma Ikan Bakar:
Alamat : Aroma Ikan Bakar, 

Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 

Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

Paling sempoi korang just guna waze jer: "Aroma Ikan Bakar Jeram" confirm ada punya!!!

Food Review: SATAY WILLY yang gebu @ Taman Ramal Indah, Kajang

Hi Uols,

Tension hari nie, sebab aku baru tahu yang selama ni aku berbulan pergi makan satay willy tapi tak post enty, confident tak? no wonder lah aku search kat google tak ada listing, sebab entry memang tak pernah buat sebelum ni, Arghhhhh tension kejap uols!!!

kalau korang nak order pastikan korang ingat number meja korang, sebab setiap warung kat situ akan bertanyakan number meja dan kemudian baru mereka akan hantar makanan yang korang pesan. Penarik utama kat Taman Ramal ini semestinya Satay Willy, The Willy Satay katanya!

Ayam dan Daging RM0.80 secucuk manakala Daging Kambing RM1 secucuk. Tapi time tu kambing dah habis so mek melantak ayam dan daging
 
 
 memang gebu uols, tak nyesal datang makan satay kat sini, sorry to say mek pernah makan satay hajah shamsuri *bukan nama sebenar kat kajang tu tapi tak boleh layan satay willy kat sini. hahah tercabar lah tu ^_^
 selain dari satay willy tu korang tengok makanan kat sini memang sedap2 belaka, murah pun murah ^_^
kalau korang tengok ada je menu lain yang sempat mek tibai.
 environment kat sini memang meriah ^_^
dan kalau lebih kurang dalam kol 8 keatas tu memang penuh orang beratur beli satay willy. So kepada korang tu lepas balik office terus je datang ke sini haha.
 Jangan risau lah uols, satay dia memang tak akan abis order pun!!!!
 Rasa seperti nak makan satay willy lagi lah? 
siapa nak belanja secucuk satay untuk kifli mally.

Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor
No: 013-330 9291
Business Hour: 4:00 pm – 12:00 am 

 

Kifli mally test Jetski terbaru Sea Doo Spark @ Tasik Biru Kundang, Rawang, Selangor

Hi Uols,

hari tu kan mek ada pergi satu event ni kat Tasik Biru Kundang Rawang selangor, mek kena attend untuk test drive gitu jetski baru dari Sea Doo ni. Sumpah uols mek dah lah suka dengan color setiap jetski ni, lepas tu ditambah pula dengan kehebatan dan kelajuan melampau. Harus la mek jadi cikaro atas air lepas ni ^_^
Kalau korang nak tahu MeganRata Sdn Bhd ni memang merupakan syarikat yang memang mengusahakan segala yang berkaitan dengan water sports, dan Jetski adalah business core mereka, apa yang mek kagum ialah MeganRata Sdn Bhd ni adalah business keluarga je uols, dan boleh dikatan mereka merupakan dealer yang terbaik untuk Jetski ni.

Huh confirm dah ada yang tak sabar nak tengok mek beraksi kan ^_^
wajah anak2 mek yang tak sabar nak beraksi katanya, walaupun cuaca agak terik yer time tu, weols harus gigihkan juga semata nak try Sea Doo Spark yang termantop ni!
 ok skang ni mek tengah siap2 nak membawah Spark jetski yang paling laju ni, korang tunggu taw!! sikit je lagi ni haha
Ok antara Bubble Gum Magenta dan Orange Crush ni mana satu menjadi pilihan uols,
kalau korang tanya mek? opcos lah color pink uols, baru nampak macam adik2 aggressive gitu hahaha.
Dua jetski ni mempunyai kelajuan yang berbeza, bagi mereka yang expert amatlah sesuai untuk pakai color orange ni. Tapi disebabkan mek teringin nak cuba kesemua so mek decide untuk test orange dan pink. 
 dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa VRROOOMMM!!!! amatlah memuaskan uols,
uols harus cuba ^_^
mek beraksi macam Tasik Biru Kundang tu mek yang punya ^_^
time mek test tu hanya mek sornag je so apa lagi harus di maksima penggunaan jetski tersebut. Cara handling sangat lah senang sebab ianya auto. Ciri keselamatan korang tak perlu risau kerana ianya memang sentiasa di lengkapi dengan sistem keselamatan yang teratur,

bagi mereka yang sudah jetski expert confirm korang akan teruja dengan kelajuan Spark jetski ni.

 huh korang tengok betapa SYOK! nya mek bawa kan ^_^
untuk lebih lanjut korang boleh pergi ke Facebook Page mereka di Megan Rata Sdn Bhd.
adalagi best uols, kepada uols semua yang nak purchased dengan harga yang lebih murah dan terjamin kualiti Spark Jetski ni korang contact person incharge iaitu Cik Rashida - 019-6512 222 dan mention voucher code ni "kiflimallydotcom" 
so kalau korang mention ni, korang boleh dapatkan harga yang special dari Cik Rashida kita ni. SIAPA TAHU lepas ni hobby korang beralih minat ke Jetski. WOhooooooo

AXA Affin General Insurance Malaysia Family Day "Big Splash" @ Port Dickson



Hi Uols,

wah bukan main lagi minggu lepas company mek buat family day, ini pertama kali mek datang untuk meriahkan keadaan. Begitu ramai sekali ahli keluarga & sanak saudara yang datang beriadah ^_^

kemain lagi masing-masing tak nak mengalah dengan acara pertandingan yang di adakan, ada yang all out ada yang revealing true color dan macam-macam ragam ada.

kalau korang nak tahu AXA GI ni memang penuh dengan aktiviti tahunan. Boleh dikatakan lepas satu event ke satu event lain yang dianjurkan oleh company AXA GI ni. Ni dalam pertengahan kemunculan bulan 6 adalah lagi event kempen kesedaran yang bakal di anjurkan, mek dan trainee lain apa lagi tetap nak amik bahagian haha.

seawal pagi mek dah terpacak depan rumah, tunggu budak-budak ni datang berangkut.
walaupun tiba di lokasi Mayang Sari Port Dickson sedikit lambat tapi acara baru saja nak warm up gitu!!!
apa lagi mek dan team yang lain of course harus mencuci mata dulu uols, scanning merata tempat uols!! mana yang citarasa kita simpan mana yang hazab kita kahak haha
sampai je terus selfie lagi, dan terlupa untuk ambil sekitar pantai dan juga gambar keseluruhan untuk event hari tu, gamaknya dah terlalu excited uols. 

Siapa sangka begitu meriah sekali theme park yang di setup oleh committee ni, memang meriah gila lah kanak-kanak kecil bersorak sakan dengan istana belon mereka ^_^ 
manakala kita orang yang dah kertu ni, hanya mampu berselfie saja lah uol.
 selfie dan terus berselfie tanpa henti.
 tu dia ini adalah tema broking yang penuh dengan event, kalau korang perasan mek pernah training dengan team broking ni selama 3 bulan, memang begitu banyak sungguh event dan makan2 haha
Last event untuk hari itu ialah sambut Xmas department.
 dorang semua ni memang meriah, tak berhenti gelak ketawa.
Amboiiii bila sampai tang family day ni bukan main lagi semua, masing-masing tunjuk true color gitu. mek ni pun apa kurangnya sampai2 je terus pecah lobang lenggang sebatu dah nampak haha.
Oh yer dorang ni adakan suka neka dimana ada 4 group warna dan mek adalah group kuning ^_^
yang ni pula sesi coloring di mana si isteri/pasangan kena makeupkan husband theyols agar kelihatan cantik seperti mek, tapi sekor2 muka macam haram hahaha. Gelak sakan mereka semua nya. Dah lah hazab macamn ni di kerah pula buat catwalk haha. #nangis hati mak nok tengok sekor2 lenggang ayu.

 amboiiii kau siap boleh main tarik tali gitu. Nanti lah yer kalau dah siap edit video tu mek akan upload kat sini buat carutan uols semua haha. 

Apa lagi jom kita sambung berselfie ^_^
 
 antaranya kalau korang tengok ada beberapa lagi game yang turut disedikan kepada semua anak-anak ni untuk berhibur. Selain dari sukaneka bola pantai pun turut di adakan uols. Masing-masing nak tunjuk bakat terpendam gitu. 
ok la so far sampai disini saja, nanti kalau ada apa2 event pasti mek akan update buat tatapan uols semua ok ^_^