Ini adalah kepuasan menjadi seorang BLOGGER MALAYSIA



Hi Uols,

korang masih ingat lagi tak entry mek yang lepas kereta mek disagat oleh anonymous gitu, dan ko fikir apa yang mek buat? haruslah meroyan macam mati laki kat dalam youtube & Blog, time tu uols mek tak dapat nak tahan amarah hingga mencarut2 haha. Tak sangka video tu jadi viral, siap dapat kahak free dari seluruh rakyat malaysia haha.

Kini mek sedar itu semua tak membuahkan hasil apa yang penting mek terus hidup dan kumpul segala pengalaman yang ada, mampu ke tidak terbaca mukadimah blog mek kali ni, #Insaf kejap.

Apa yang mek nak cuba sampaikan ialah berbaloinya kita menjadi seorang blogger, apa yang mek maksudkan dengan berbaloinya seorang blogger? adakah hasil dari duit yang korang dapat dari BLOG atau pun kepuasan mencarut setelah seharian korang terasa dunia ni berat sangat bila 1000 tan masalah menimpa kepala korang.

Sebenarnya menjadi seorang blogger ni senang je, niat korang adalah untuk berkongsi cerita dan juga pengalaman yang korang dapat, sama ada hasilnya buruk atau pun baik, semua harus di kongsi bersama untuk jadi tanda peringatan kepada pembaca korang di luar sana. Tak begitu uols. Siapa setuju sila kembang kan hidung anda.

cerita sebegini: selang beberapa minggu kereta mek kena sagat tu lepas tu ada lah a few yang tanya soalan dimana mek tukar cermin kereta tu, berapa harga survey dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan kat sini yang blog mek juga dijadikan sumber untuk mereka check update pasal accessories kereta haha.

Itu je yang mek nak sampaikan uols semua. Betapa best gila dapat share something yang membolehkan semua orang untuk access info yang berguna. 

keep on spreading good info guys. Tapi tak salah kan kalau diselang seli kan dengan gossip or lifestyle baru nampak meriah sikit berblog ni ^_^

Do not ever give up!

Akhiri Ramadhan bersama dengan Ewana.Fm di Pak John Steamboat & BBQ



Hi Uols,

Nampak nya Ramadhan yang kita lalui bakal berakhir pada malam ini, di saat mek publish entry ni bermaksud esok dah raya wohoooo Selamat Hari Raya 2014 terlebih dahulu mek ucapkan kepada semua.

pada minggu yang sudah mek bersama dengan para blogger handalan yang lain telah menghadirkan diri ke event Ewana.fm berbuka bersama dengan anak-anak yatim. Di samping itu juadah menarik yang akan buat korang dalam keadaan koma iaitu tak lain tak bukan Pak John Steamboat & BBQ. 

Tentang nak komen makanan di Pak John Steamboat & BBQ ni mek tak nak buat kat sini sebab sebelum ni kalau korang pernah baca kat entry mek yang lepas. Mek ada mention yang makan kat sini dengan pilihan soup dia yang menggiurkan membuatkan mek terasa dalam keadaan coma hahaha akibat makan dengan kenyang. Food Review: Restaurant Pak John STEAMBOAT & BBQ @ e-Curve, Mutiara Damansara - Sila baca
pelancaran yang di rasmi kan oleh vip yang hadir ^_^

Apa yang korang tengok di dalam majlis yang di jaya kan oleh ewana.fm ini ramai juga selebriti yang turtu menghadirkan diri ^_^
 kemudian ada acara penyampaian blogger hangat haha. Korang tengok lah kat bawah ni bukan main lagi blogger2 kita dapat award kan? makan hati mek kejap dibuatnya hahahah
 Selain daripada itu juga mereka ada menyediakan banyak hadiah untuk cabutan bertuah dan juga nyanyian kepada para tetamu yang menghadirkan diri.
 comel adik-adik kita ni kan. ^_^
tadaaaaaaaaaaaa tak lain tak bukan kalau korang tengok ada banyak selebriti baru yang turut sama menjayakan event ewana.fm ni.

kalau korang nak tahu ewana.fm ini selain dari berfungsi sepenuhnya sebagai station radio 
ianya juga merupakan satu platform kepada blogger di luar sana untuk merasa dan sebarkan cerita anda kepada para pendengar anda di konti mereka sendiri. Hehe ada yang berminat tunggu apa lagi terkam lah mereka di link ini online.http://www.ewana.fm/ 
Pilih sahaja mana satu soup kegemaran korang ^_^
PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAU FOO

korang usha lah Iftar kami hari tu ^_^

I AM "Gorgeous Buddies"



Hi Uols,

Gorgeous ke tidak? please jangan muntah dulu sila simpan anda punya muntah tu yer. Sebab mek tak abis buat entry lagi. Jah lepas ni confirm berdarah hidung ko bila tengok budak2 ni feeling berpose sakan jah. Sebenarnya nak kasik korang tengok budak2 sekarang ni kan suka pakai baju macam ni I AM "Mak Jah" 

hahhhh elegant ke tidak? kalau boleh semua orang nak tahu yang dia tu Mak Jah associates.
kekdah nya masing-masing pun kalau dah start verangan ko rasa? tak ke dorang ni nak duduk saja membiarkan lensa camera mek tak fokus direct tepat kat batang hidung sorang2

makan hati berulam jantung tak tengok cara depa semua ni pose. Mek sendiri tengok pun rasa nak telan pil kuda 1 kotak dik!!!! luluh hati kakaq melihatnya kemain posing mengalang amber choi!!!





huh gitu itu baru theyols belom lagi turn mek yang dok mengpose. Ko ingat aku nak saja2 biarkan gambar dorang mencemar duli dulu!!! hahaha memang tidak yer. Bukan Kifli Mally nama nya kalau tidak meng-interframe yer.
        Cuba teka nama Pose:
1) Kepitan Selaput Gerbang
2) Tujahan Di Langit Ke 7

hah gituuuu!!!! ada 2 nama pose yang sangat sesuai dengan pose mek 2 keping gambar di atas!

selamat bermain game teka2 ye daaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: kepada puaka2 diluar sana sila follow IG mek. Ini bukan rayuan tapi ini paksaan @kiflimally <<< search di IG ada faham?????


Fokus ku hanya pada satu.

Hi Uols,


yer memang betul fokus mek memang hanya pada satu. Sebab mek bukan lah seorang bagaikan super hero yang begitu hebat (multitasking) di dalam melakukan sesuatu perkara. 

Ok lah mek nak berterus terang yang mek sekarang ni dah kurang sangat nak menulis sebab more into fokus pada Instagram Vine. hehe itu lagi best walaupun kata orang alaaaaaa kejap je tu hangat-hangat taik ayam ^_^ 
apa mek gediksss? yer memang gediks yang amat ^_^

tapi mek rasa kalau minat mek yang mendalam tu masih lagi kuat confirm mek akan terus usahakan sampai berjaya. Dah kalau minat tak boleh di calit kat mana2 kan non!!!!

Kalau Hanis Zalikha pun busy tak lepas tangan nak update blog ini kan pula mek yang asyik busy dengan keje office. Gituuuuuu memang tiada masa yang cukup untuk meroyan seperti dulu lagi di dalam blog mek yang humble ini ^_^
tapi kalian jangan risau, mek memang terus terang katakan BLOG sekarang ni memang kurang, tapi kalau di Instagram atau Facebook mek memang banyak luangkan masa untuk test meroyan di sana. Hahaha kan senang untuk jadi viral katanya. #sedih lah semua tu noks. Mak tak hingin di keji oleh masyarakat tapi mak nak jadi attention seekers. Ko ghaser tak nak kasik mek pelempang seutas dua? hahha

ok lah smpi di sini saja entry meroyan mek, apa pun jangan lupa follow mek di IG search saja @kiflimally insyahAllah korang akan jumpa insan yang paling GEDIKSSSS di alam semesta hahaha

SOS Topup Maxis Shortcut RM3

Hi Uols,

entry ni sangat simple dan pendek saja,
 Kepada mereka yang merupakan pengguna Maxis/Hotlink dan menggunakan prepaid untuk melanggan perkhidmatan ini. Bila korang kehabisan credit tu terasa sangat sakit hati bila urgnet nak buat sesuatu call kan. Lepas tu time tu lah tak boleh nak topup online, kedai top up pula tak jumpa.

So mek sarankan korang untuk buat SOS topup. Pengguna Maxis just taip  *767# dan RM3 akan dimasukkan kedalam account kredit korang dengan serta merta. Tapi sebagai balasan kena caj sebanyak RM0.50 ^_^

ada lagi satu option dimana korang minta credit dari member korang  *100*4*4*2# dial benda ni dan tekan butang memanggil lepas tu minta lah berapa yang korang nak. Kalua tak silap RM3, RM5, RM10 macam tu kot haha.

Selamat meminta kepada mereka yang terdesak ^_^


Food Review: Sungguh menyelerakan Udang Petai di SOI Pacific Regency Hotel @ Kuala Lumpur

Hi Uols,

Minggu yang sudah mek buat review untuk berbuka @Iftar di Restoran Pacific Regency Hotel area Bukit Bintang Kuala Lumpur. Makan kat sini pun not bad juga yer ^_^ jangan pandang hanya kerana Hotel ni tersorok di celah bandar masakan yang dihidang perghhh terbaik YOP!!!
kemuncak betul rasanya bila makan masakan ala-ala ibu ni. Mana tak nya dalam semua hidangan ni mek paling gemar dan fokus pada Udang Petai sebab memang tiptop lah jah ^_^ korang tak percaya? korang kenalah datang rasa sendiri,
kenal tak sapa budak tembam berbaju kuning tu?
untuk pengetahuan uols semua Soi23 cafe ni terletak di tingkat 23. Sambil korang makan tu sambil tu korang boleh cuci mata melihat pemandangan di luar.

So tunggu apa lagi jom tengok hidangan makanan yang disediakan wohooooo
ada lemang, satay ayam dan daging. Memang berkonsep kan tem Hari Raya sangat.
Kerabu Ayam Kerabu Mangga Kerabu Perut
kambing dan juga murtabah memang terbaik ^_^
juicy menyelerakan gitu
Dessert ada machine ABC, aiskrim dan juga manisan seperti kuih muih. Buah fresh turut disediakan sekali.
untuk tetapan harga pula ianya bermula dari harga RM88++ ini bagi mereka yang datang secara individu. RM78.00++ ini pula harga yang dikenakan bagi mereka yang membuat tempahan beramai-ramai.
 
 Jadi untuk pilihan mek kali ini adalah Udang Petai wohooooooo ^_^
rasanya kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh tengok info kat bawah ni:
SOI23 PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Tel : 03 - 2332 7777 ext 6807
Email : fnbadmin@pacific-regency.com