T.G.I. Friday's: Party Hat sempena 20th Anniversary. Jom Melukis!

Hi anak anak,

Ok pertama sekali aku nak shout out HAPPY 20th Anniversary TGIF. Kalau korang nak tahu isnin yang lepas aku sempat singgah kat TGIF Friday outlet The Gardens. Tak ingat tingkat berapa tapi betul-betul kat jejantas penghubung di antara Mid Valley dan The Garden.

Sampai je aku order minuman feveret, always be mine either in virgin atau pun non virgin lulz!
 ni appetizer kita orang while waiting for our drinks. Ada lah a few menu yang dia serve kat kita orang.
 
 my topshelf mojito
boleh dikatakan malam tu memang tak boleh nak bernafas sebab kekenyangan yang teramat ^_^
Selesai je makan aku pun apa lagi dah sampai masanya untuk menconteng idea pada topi kita orang. 

aku dah sedikit lembap bab bab nak melukis ni, akhirnya aku decide untuk buat macam ni haha 
aku budget nak bagi dia bagi nampak comel....tapi hasilnya seperti dibawah ni haha
TADAAAAAAAAAAAAA.......
eh eh apa tengok2 ni...nak curi idea aku lah tu haha...
 heheheh di sebalik scene kita orang menconteng. Nampak tak budak kat sebelah aku tu? dia lagi kreatif taw, semua warna crayon dia pakai hahaha.....
 
 tadaaaaa me is so happy ^_^

ok lah anak anak semua, kalau korang nak tahu. Korang boleh buat Hat Party ni kat mana outlet yang berhampiran dengan tempat korang. Bila korang dah siap lukis hat jangan lupa post kat Instagram letak #fridays20th, lepas tu korang akan di rewardkan dengan RM20 Voucher. Cepat hanya dari 27th Oct - 13th Nov saja tahu!!!!!

kalau korang nak tahu lebih lanjut pergi je kat Page official TGI Friday : https://www.facebook.com/fridays.com.my


 Selamat Melukis & Mnejamu Selera

Remove Application sampah pada Facebook

Hi anak anak,

hari tu kita rasa macam nak tengok selama aku ada facebook ni apa yang aku dah add, edit and remove. Sekali tengok ya ampunnnnnnsssss pedih ulu hati kita bila tengok semua apps semua ni, arghh tension ini semua bagaikan sampah saja. 

Apps ni semua bila dah tak pakai nak buat apa? buat icon kenangan ke? choiiii
so kalau korang yang nak remove apps korang yang tak berapa nak berkenan tu sila ikut steps dibawah ni


How do I remove an app from my Page?
  1. Click Settings at the top of your Page
  2. Click Apps in the left column
  3. Go to the app you want to remove and click x
  4. Click Remove
You can add the app again at any time.

 happy remove uols!!!

Mall Review: Quill City Mall Jalan Sultan Ismail @Kuala Lumpur (Review Pendek)

hi anak anak,

hari tu aku first time taw nak jejak kan kaki kat Quill City Mall Kuala Lumpur ni. Boleh dikatakan time aku datang ni banyak lagi kedai yang tak buka. Jadi kesudahan nya korang pun akan tengok sedikit sangkak isi dalam mall ni.

tapi better lah dari takde kan, sebab mall ni pun diterajui oleh Aeon. So takdelah sangkak sangat uols. Ok kedai tak buka itu bukan satu masalah besar, tapi yang paling sangkak dan hazab bila ko masuk je kat bawah tu level LG handphone ko automatically takde line yer anak anak, aku repeat takde line. Terus tercut off lain kau.

aku pun tak taw apa masalah smpi tak line. Ko bayangkan kalau orang keceklakaan kat bawah tu nak buat call urgent. CHOIIIIIIIIII...maaf line ada tiada sila cuba lagi. Hah sesuai cuba smpi orang tu dah mampos hahaha
dengan kaki ini aku cuba untuk merempuh segenap inci Quill City ni.
ok tandas dia seperti biasa, selamat lagi kalau nak berak atau memancut. Tapi tandas yang aku pergi ni sedih juga sebab kepala paip tercabut. Eh macam haram lah sial orang kat sini ni memang jenis hantuk kepala kat kepala paip ke? haha
hah ini sajo beberapa pic yang sempat aku snap dan post kat dalam blog ni, sebab tidak lah semeriah mana sebab kedai banyak lagi tertutup uols. Nanti kalau ada masa aku akan datang untuk tinjau kali ke dua gituuuuu...tapi kalau uols perasan kat depan dia tu memang nice untuk lepak. Ala2 santai gitu, budak budak unikl kalau dah settle kelas confirm akan meroyan lepak kat sini.
ok yang ni pula aku post kat dalam H&M, sumpah sangkak!!! aku repeat SANGKAK!!!
barang dia tak nice, mungkin sebab aku pun deria rasa tentang garment dah takde taste. sebab aku nampak semuanya tak mendatangkan nafsu yang begitu memacak!!!

apa yang aku tengok cara mereka susun barang kat situ sangat tidak ada ONG!!!!
lepas tu aku cuma tertarik apda seksyen wanita tu pun tak sempat habis aku selongkar, dan juga seksyen HOME H&M ok tu je lah yang aku anggap nice. Seksyen kids dan Men SANGKAK!!!!

H&M Please improve pleaseeeee.....hahah boleh gitu!

Address: Exit Jalan Sultan Ismail, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cafe Review: Hobby & Coffee - Menjahit sambil menikmati coffee

 
hi anak anak,

Cafe Review kita pada kali ini adalah dari jemputan Mr Stephen.
dia ni adalah owner kepada Hobby & Coffee cafe.

pada mulanya tu aku ingatkan cafe dia ni jenis yang biasa jer, tapi sekali telah diberi kunjungan yang khusus (skema) baru tahu selain dari dapat minum coffee rupanya customer dapat juga bermain indoor game. Kalau nak sebut indoor game tu banyak bebenor memang tak familiar langsung maklumlah permainan budak modern zaman sekarang kita just tahu main snake & leader, dan Uno haha 
 nak pilih game tapi semuanya very the indoor game up to date. So aku just pretend untuk tahu game tu haha. eh kenapa aku stim??? sial tol baju tu menampak aku stimmm hahahaha. baru pegang dah stim!!!
 hah yang tertampal itu semua ada art latter (white coffee) yang korang boleh request untuk mereka hiaskan coffee uols. So aku request nak yang comel2 je, pikachu dan juga angry bird hehe 
 pastry dia pun not bad yang penting halal, so jangan ragu untuk datang dan lepak kat sini ok.
 kenapa orang buat buih kat hidung comel je ek, sekali aku buat macam siamang haha
 yes memang betul, kepada mereka yang suka menjahit atau boleh dikatakan hobby menjahit korang boleh je datang minum kat sini sambil tu boleh belajar menjahit dari isteri Mr stephen ok. Dia memang peramah dan tak kedekut ilmu untuk share semua benda yang dia tahu, cool bukan? lepas ni senang dah kalau tahu menjahit boleh start jahit gaun pengantin sendiri haha jimat kos uols.

biasanya sesi kanak-kanak akan datang segerombolan pada hari sabtu, sama juga seperti time aku pergi tu ada a few group budak2 yang sibuk bermain game card. Boleh dikatakan meamng havoc tempat ni.
ok lah nak sambung untuk baca buku yang tak reti2 nak habis ni hahaha
normally jumaat dan ahad adalah bagi mereka yang datang nak baca novel dan bersantai bersama dengan rakan. Kalau tak silap sebulan sekali mereka adakan pertandingan main game bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka ^_^

Operating Hours: Wed to Sat , 9:15 AM to 10:30 PM
Address:
1st Floor, 12 Jalan Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-7731 6602
Google map: https://goo.gl/maps/razIw Our website: http://www.hobbyNcoffee.com
Our facebook: https://www.facebook.com/hobbyNcoffee
Mr Stephen Contactl: 0178799934

selamat meng-coffee ^_^

#TeamPanAsian: Kuih Bahulu sumpahan ibu - Kifli Mally


hi anak anak,

sekarang ni so far alhamdulillah tiada lagi yang aku dengar dari cuping telinga aku sendiri mengenai ibu mereka kena dera, onak muda yang membuang ibu bapa mereka di tepi jalan. Tapi itu yang kita tak sedar dan dengar. Yang realiti nya perkara macam ni masih lagi berleluasa. Jadi tolong lah sayang ibu dan ayah kalian sementara waktu kesempatan ini masih ada ^_^ 



LOVE YOU ALL! <3 br="">