Food Review: Boat Noodle sekali suap je @ Empire Damansara

Hi anak anak,

last few weeks ago me and my family kan plan nak pergi ke Boat Noodle, actually dah plan lama uols tapi luckily hari tu plan dan terus shoot ke lokasi. 
korang bayangkan kita yang duduk kat kajang ni gigih tak semata datang ke empire damansara semata nak sesuap rasa Boat Noodle. Boleh kata berbaloi tu takde lah berbaloi sangat tapi at least dapat lah rasakan. So next time kalau nak datang dah taw nak order menu mana satu. 
 korang tengok Menu diatas ni memang menyelerakan, dan masa yang di ambil untuk siapkan satu menu tu sangat cepat juga lah. Takdelah kau terlopong nak tunggu uols. Noodle semangkuk tu RM1.90 portion dia memang kecil. Jadi kalau tak puas korang boleh repeat order ye.
kelasss tak chicken wing dia, ni kalau dapat kat kucing aku pun confirm dia reject. haha kemut bebenor style dorang nak serve kan. Atau ini adalah memang trademark Boat Noodle menu. RM4.90
 Grill Beef Meat Ball RM5.90
Grill Chicken Meat Ball RM4.90
 
ada 4 jenis noodle tengiok kat bawah ni harga RM1.90 semangkuk
Beef: Pathumthani & Ayutthaya
Chicken: Pathumthani &  Ayutthaya

tapi apa yang aku lebih prefer adalah Beef sebab kuah dia memang sedap berbanding dengan chicken. Tak boleh masuk dengan citarasa melayu gitu.
 lepas tu dessert kita orang pilih Ka Num Tuay RM1
 susun punya susun, akhirnya kita orang hanya dapat susun tingkat mangkuk tu setinggi 18 tingkat saja uols. Hurmmm kalau ikutkan nak tambah tapi nanti tak habis pula, makcik aku membebel dah suruh berhenti hahaha...next time nak makan dengan zuzu banyak2 kalau boleh 50 tingkat gitu hahahahaha
  ok lah uols smpi kat sini je, nanti ada masa kita update lagi ok.

Address: Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

No comments :